Home · About Me · Sitemap ·

Amalan Bagi Yang Tidak Dapat Berpuasa di 10 Muharram


Assalamualaikum wbt...

Selamat berpuasa bagi mereka yang berpuasa pada 10 Muharram hari ini. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak dapat berpuasa? Sebenarnya banyak amalan lain yang boleh dilakukan pada hari Assyura. Salah satu amalan yang dianjurkan pada 10 Muharram oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam ialah  mengusap kepala anak yatim. 


Ayah Hakimi meninggal dunia ketika dia berusia 6 tahun manakala Amirruddin (kemeja biru) pula menjadi yatim di usia 2 tahun. Depa ni murid Tahun 5.


Amalan paling senang ni memang sayang kalau tak dibuat.. Kalau orang lain di luar sana tercari-cari , kat sekolah pula mencari anak yatim taklah sesusah mana.

Dalam ceramah agama setiap Jumaat , Radio Kedah 97.5FM , Ustaz Fadhil Hj Hassan ada menyebut, kalau anak yatim itu dari kalangan ahli keluarga kita, usaplah dari depan ke belakang. Kalau bukan dari kalangan ahli keluarga pula, usap dari belakang ke depan.

P/S Fadhilat mengusapnya pada hari Assyura ini kata Ustaz, Allah SWT akan meningkatkan darjat kita mengikut setiap bilangan helai rambut anak yatim tersebut. Wallahua'lam.

Artikel berkaitan:

34 Komen untuk "Amalan Bagi Yang Tidak Dapat Berpuasa di 10 Muharram"

  1. tak pernah tahu pon amalan usap kepala ni kak anim..terima kasih kerana memberitahu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak amalan pada 10 muharram selain meluaskan perbelanjaan keluarga pada hari tersebut, bersedeqah pada fakir miskin dll...termasuklah mengusap kepala anak yatim:-)) wallahua'lam

      Padam
  2. Bukan susah nak buatkan Anim...cuma tak jumpa anak yatim je ni hehe
    Macamana dengan Satu Abdul? dapat berapa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah saya kata...sekolah ni bukan saja gedung ilmu tapi gedung pahala :-))

      Padam
  3. ada caranya juga ye kak...sy ingt sapu biasa2 je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengusap2 pun ada pahalanya...caranya ini mungkin cara lebih baik kan:-))

      Padam
  4. senang je kan nak dapat pahala kak..TQ sharing kak...
    InsyaAllah sy juga berpuasa hari ini...
    salam kenal..follow sni #236...
    jemput ke blog sy kak:):)

    BalasPadam
  5. mudahnye nk kumpul saham akhirat kan..good sharing kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn bersedih pd yg tak dapat puasa...ada banyak lagi amalan yg boleh kita lakukan..:-))

      Padam
  6. Balasan
    1. Ya, mereka golongan yg dekat dengan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam;-))

      Padam
  7. Ohhh...satu ilmu baru saya dapat. Usap kepala pun ada adab rupanya. Aina kalau dpt bebudak je mesti nak usap2 bubun depa. Tabiat kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah...tapi selalu orang silap tafsir...jangan main kepala kan? Kak bagitau sebabnya kat depa. Dek kerana bukan sekali buat, depa macam dah faham...main sua je kepala..hee-:))

      Padam
  8. alhamdulillah hari ni boleh puasa. tapi amalan ni juga boleh dilakukan... rugi rasanya jika ada peluang tapi tak mau melakukan amalan yg semudah ini, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, banyak yg boleh kita lakukan pada orang sekeliling kita. Bukan hanya berpuasa:-))

      Padam
  9. saya pun ada baca bab ni kak...dan saya baru tau tentang cara usap kepala anak2 yatim ni..thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. usap2 saja pun ada pahala..mungkin yg ustaz beri tu adab2nya kan

      Padam
  10. Alhamdulillah Sunat Tasu'a semalam pun kakak dapat dan moga Assyura hari ini mampu digalas.
    Kakak baru tahu kalau bukan saudara sapu dari belakang ke depan Anim (terima kasih) sebab selama ini kakak buat memang dari ubun-ubun ke belakang (tak tahu - ceteknya ilmu).

    Untung jadi cikgu senang nak jumpa anak yatim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun baru tau kakzakie:-))

      p/s ya..gedung ilmu dan gedung pahala

      Padam
  11. salam. kak....
    mak saya pun selalu cakap memang bayak kelebihan.. usap kepala anak yatim ni..
    tq 4 sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amalan paling mudah tetapi sering orang lupakan...

      Padam
  12. Mengusap kepala anak yatim pun mendapat ganjaran apatah lagi jika dapat membantu mereka.

    p/s: Macam mana result Abdul?

    BalasPadam
  13. ingat dulu masa sekolah.ustaz cakap dapt pahala usap kepala anak yatim. habis pi usap kawan yg anak yatim konon nak dapat pahala. bengkek je kawan.. hehehe..

    saya tak xdpt puasa. ALLAH bagi cuti. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau usap kepala kawan..sure dia kata "wei..apa main2 kepala orang ni"..kepala kan sensitif, hee

      Padam
  14. Salah satu fadhilat apabila mengusap kepala anak yatim ialah dapat melembutkan hati kita..wallahua'lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najmiah..alhamdulillah, sihat ya. Bila tiba di tanahair? Tq sudi singgah sini. Itu salah satunya. Yg dimaksudkan ustaz ialah fadhilat mengusap rambut anak yatim yg dilakukan pada 10 muharram

      Padam
  15. subhanAllah.. besar ganjarannye.. baru fifi tau ganjaran tentang darjat tu..

    BalasPadam
  16. Saya pernah dengar tentang perkara ni. Cuma tak beberapa jelas. Terima aksih atas perkongsian. :)

    BalasPadam
  17. Baru tahu kalau bukan saudara kena usap dari belakang ke depan. Terima kasih kerana berkongsi info. Mudahnya nak dapatkan ganjaran dari Allah, ya!

    BalasPadam
  18. pernah tau tntang ni, tapi dah lupa, tq mengingatkan yer !

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai