Home · About Me · Sitemap ·

Cerita rayuan pertukaran guru Januari 2014

      
Assalamualaikum wbt..

Anim masih di Ipoh. Mati kutu bila line Celcom lembab sangat di sini. 2 Abdul pun naik gelisah. Depa rajin layan Youtube. Sudahnya Encik Suami beli TV baru untuk kami. Dok pusing channel yang ada. Jadilah...dari takde langsung.

Banyak draft tersangkut. Bila keluar petang2, penuh bar je baru dapat edit. Kalau sempat, publish. Tapi nak singgah blog kawan2 tak sempat. Apa pulak kata orang sekeliling. 'Mak dia ni sibuk dengan hp'. In sha Allah, balik SP minggu ni, nak settle semua.

Walaupun bayang2 kelulusan pertukaran tipis sangat, in sha Allah, barang2 akan tetap diangkut awal Disember ini. 2 Abdul juga in sha Alllah akan bersekolah di Ipoh. Perkara lain tu tolak tepi dulu. Sungguh, Anim tak nak terlalu memikirkan. Yang penting, apa dirancang, tetap diteruskan. Yang lain serah bulat-bulat pada Allah.

Ada yang nak tahu ke cerita Anim masa buat rayuan di Putrajaya? Walaupun ada yang menggeleng kepala, Anim nak story jugak. Bagi hilang stress..huhu. .

Last Anim jejak Aras 3, Blok E2 ni 5 tahun lalu bila pertukaran dari Selangor ke Kedah tidak diluluskan. 

Suasana Rabu tengahari tempohari tak selengang ini ( tutup waktu rehat). Kat sini je kita boleh merasai kesusahan yang dialami oleh rakan sejawat yang lain.

Setiap mereka mempunyai cerita dan masalah berbeza. Tak nampak raut muka ceria, suara gelak ketawa. Silap- silap sangka ini kaunter Kementerian Kesihatan. Maklumlah, ada yang membawa anak kecil, pasti tak betah duduk lama.

Masing-masing memasang harapan, alasan mereka didengar, masalah mereka diambil kira. 

5 tahun lalu, setiap kami akan masuk ke Bilik Rundingan. Jumpa 4 mata dengan pegawai tertentu. Mengemukakan alasan dan dokumen sokongan. Namun berbeza pula apa yang berlaku semalam.

Kami ditempatkan ( dalam 30 orang) dalam satu bilik mesyuarat dan diberikan taklimat . Tak payahlah nak cerita panjang apa yang di"ceramahkan" . Tak tahulah nak kata apa bila awal2 lagi sudah dimaklumkan harapan sangat tipis. Alasan opsyen menjadi halangan.


P/S Kita dibayar gaji mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ada yang kena  mendengar masalah orang, ada yang kena jaga kebajikan pekerja,  malah ada juga yang dibayar gaji untuk kena marah. Tak perlu dicanang masalah yang kita hadapi untuk menutup kelemahan sesuatu sistem.

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Cerita rayuan pertukaran guru Januari 2014"

  1. sabar ye kak Anim.. sedih pulak bace..

    BalasPadam
  2. saya percaya anim seorang yang sabar dan mempu menghadapi ujian ini. Takdir Allah untuk kita pasti ada hikmahnya. Sentiasalah berlapang dada..terus merayu padaNya. Lambat atau cepat, semoga pertukaran Anim diluluskan juga nanti..

    BalasPadam
  3. Insyaallah bnyakkn bersolat hajat dan mengadu padaNya..tiada yang mustahil bagiNya..niatkan ingin bersama keluarga demi tanggungjawap terhadap mereka,,semuga Allah permudahkan jalan nya...insyaallah

    BalasPadam
  4. Dapat atau tidak...ianya sudah tentu ada hikmahnya. Teruskan berusaha dan berdoa.
    Saya juga doakan berjaya...Amiin.

    BalasPadam
  5. saya pun tak tahu nk kata apa. tapi faham. my mum juga beberapa kali mintak tukar tapi...

    BalasPadam
  6. harap kak anim terus bersabar.. pasti ada hikmahnya kak.. kita doakan semoga rayuan kak dipertimbangkan oleh mereka..

    BalasPadam
  7. Dilema kan kak tanggungjawab pada keluarga dan tanggungjawab pada tugasan. Moga semuanya akan selesai dengan baik.

    BalasPadam
  8. Sabar jelah ... maaf xleh nk komen pjg2 kebusyan sgt ni ! mengejar waktu lunch tuk terjah laman kawan2 !

    BalasPadam
  9. Banyak bersabar ya. Insya Allah selesailah nanti masalah tu walaupun banyak dugaannya. Aha, untungnya dapat TV baru lagi. Teringat pulak kat iklan Hotlink yang dok cari wifi percuma kat restoran tu :D

    BalasPadam
  10. sabarlah kak... barangkali rezeki utk akk lebih mudah dan menyenangkan selepas ni

    BalasPadam
  11. tetap semangat ya

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai