Assalamualaikum wbt...
Moh kita ke Gua Tempurung di Gopeng..
Hari Isnin, lengang. Last menjengok Gua Tempurung, 13-14 tahun lalu. Taklah secantik sekarang. Al maklum...dulu free!
Dek kerana tak survey dulu apa yang ada di sini (bukan jauh sangat konon-kononnya), si tukang promote syor kami ambil package 2 iaitu Top of The World (Dry) dengan alasan pakaian kami lawa sangat. Tak sesuai untuk aktiviti basah. Harga tiket dewasa RM9 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun RM4.50.
Teruja nak explore Gua Tempurung, gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Perjalanan kami meneroka gua dijangka mengambil masa 1 jam 45 minit.
Seumpama galeri yang menyimpan beribu bentuk stalakmait dan stalaktait dan lain-lain ukiran batu yang amat menakjubkan. Yang amat menarik ialah ada satu lubang yang dinamakan tingkap gua di mana pancaran matahari memberi cahaya kilauan di dalam gua.
Golden Flowerstone bermaksud lantai gua yang berombak dan apabila dilalui air mengalir akan mengeluarkan cahaya keemasan.
Perjalanan terhenti sebentar melihat apa yang ada di depan mata. Ooo..tidak..tidak. Si ayah dan Abdul kecil sudah mengalah, Depa ni SUPER GAYAT. Mereka sudah tidak sanggup meneruskan perjalanan.
Anim mengajak si Abdul sulung berpatah balik dengan alasan kelibat kami saja yang nampak. Dia tampak kecewa. Berlari menuruni anak tangga. Kasihan, ini bukan pertama kali. Setiap kali menempuh ketinggian, dia "dipaksa" untuk turun. Teringat kejadian sama sewaktu mendaki
Great Wall. Tunggu besar sikit nak ya. P ngan kawan-kawan nanti:-))
Perjalanan berharga RM 31.50 itu berakhir lebihkurang 30 minit saja. Kalau tahu, ambil pakej 1 ~ Golden Flowerstone yang mengenakan tiket RM 6 dewasa dan RM2.50 kanak-kanak ( 40 minit pergi dan balik) :-))
Ada untung, ada rugi. Hiburkan hati si Abdul sulung yang kecewa dengan archery. RM6 bagi 10 arrows. Membayar RM12 untuk 20 arrows tapi dek kerana tiada pengunjung lain di archery , si adik yang menjaga baik hati beri 2 Abdul memanah lebih 30 kali (5 arrows tambahan bila si Abdul tepati sasaran). Mak pak pun tumpang sama. Gaya je lebih...tapi bila tiba rumah....lenguh tangan, tergeliat bahu dibuatnya, Aduuui....
Nikmat makan walaupun hanya dengan nasi lemak sarapan pagi yang dimasak sendiri:-))
P/S Terpaksa bertolak balik SP, Subuh esok. Kalau tak kerana paper Maths si Abdul kecil Khamis ni, mak dia dah ambil cuti sakit. Tulah...ingat senang ke memanah kalau tak pernah practise????
menarik sekali bila tengok..take care ya dek..
BalasPadamanak saya yg ikut rombongan sekolah kesana..ceritanya tempat tu sangat cantik...masuk gua keluar gua..meniarap..semua ada...
BalasPadamBunda ni orang Perak...selalu lalu lalang jer...tak pernah singgah pun...
BalasPadamBetul kata kak Kam... Pakej yg best yang buat full aktiviti tu... Last sekali tembus kesebelah sana bukit! Barulah tak rasa terkilan.
BalasPadamteringin sangat nak pergi gua ni kak.. tapi anak kecil lagi.. macam tak sesuai bawa masuk gua.. hari tu nak pergi gua kelam.. sampai2 je sane.. tutup.. pasrah..
BalasPadamsy dgr cerita je kak pergi nyer blom lg ;-)
BalasPadammenarik juga gua tempurung nie ye kak... idah belum pernah pergi lagi... tapi rasanya kurang sesuai untuk anak2 kecil laa.. tunggu la dorang dah besar sikit nanti... :)
BalasPadamSaya pun gayat juga. Anak kecil lagi tak mungkinlah dapat melawat Gua Tempurung ni. Kalau masa muda belia dulu rajin juga lepak-lepak gi tempat cam ni. Suka sangat. Bila dah tua ni, tahu pulak gayat. Pelik sikit...
BalasPadamcantik ...
BalasPadamxpernah msuk gua lg
Tulah nampak mcm sunyi jer dalam tu Anim....takut gak tu.....Tak de ulaq ke?Seram mak weyh....
BalasPadamBagus untuk exercisekan....
Yang memanah tu Pak Jilap pernah cuba kat mana tah tapi dia kata mmg lenguh tangan...
belum pernah sampai lagi ke Gua Tempurung..
BalasPadammesti sejuk dalamnya ek, tak pernah masuk lagi
BalasPadam