Assalamualaikum wbt....
Dalam kalendar hijri, nama-nama bulan ada 12 bulan. Hal ini diterangkan dalam al-Qur'an surah Surah At-Taubah, ayat 36:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ.َ
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati (Zulkaedah, Zulhijah, Muharram, Rejab)".
Nama-nama bulan tersebut sudah ada sebelum Islam lahir. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasssalam membawa syariat Islam dengan tidak merubah nama-nama bulan tersebut hingga ke hari ini. Namun demikian, mungkin ada antara kita yang belum mengetahui makna dan erti dari bulan-bulan Islam tersebut.
Nama-nama bulan dalam kalendar hijri mempunyai makna tersendiri berdasarkan kepada keadaan semasa masyarakat Arab pada waktu itu:
1. MUHARRAM
Maknanya diharamkan atau ditegah. Dinamakan demikian kerana pada bulan Muharram kebiasaan masyarakat Arab Jahiliah pada bulan tersebut dilarang untuk berperang atau menumpahkan darah, Maka bulan tersebut di sebut dengan Muharram.
2. SAFAR
Safar maknanya kosong atau kuning. Dinamakan demikian kerana pada bulan Safar, kebanyakan kaum lelaki keluar meninggalkan rumah untuk berniaga, berperang, mengembara dan sebagainya. Sehinggakan rumah-rumah penduduk pada bulan tersebut menjadi kosong. Maka akhirnya dinamakan dengan Safar.
3. RABIUL AWAL
Rabi' maknanya menetap, Awal maknanya yang pertama. Dinamakan bulan tersebut dengan Rabiul awal kerana pada bulan tersebut kaum laki-laki yang tadinya keluar meninggalkan rumah,sedikit demi sedikit mula pulang ke rumah masing- masing.
4. RABIUL AKHIR
Dinamakan Rabiul Akhir kerana kebiasaan masyarakat Arab pada bulan tersebut semua kembali ke rumah untuk bulan yang terakhir.
5. JAMADIL AWAL
Jamad maknanya kering atau beku, Awal maknanya yang pertama. Dinamakan dengan Jamadil Awal kerana pada bulan tersebut sumber air menjadi kekeringan dan jika musim sejuk maka sumber airnya jadi beku. Parit, lembah, semuanya menjadi kering dan beku.
6. JAMADIL AKHIR
Dinamakan dengan Jamadil Akhir bermaksud kekeringan yang terakhir atau penghabisan. Kerana pada bulan tersebut kekeringan dan kebekuan akan berakhir.
7. REJAB
Bulan Rejab maknanya mulia. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut bangsa Arab Jahiliah sangat menghormatinya dengan melakukan banyak kebaikan dan ibadah mengikut cara mereka.
8. SYA'BAN
Sya'ban maknanya berselerak/bersepah. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut kebiasaan masyarakat Arab akan berselerak di rumah kerana mencari sumber mata air. Atau makna yang lain, Sya'ban adalah berseleraknya pahala kebaikan.
9. RAMADHAN
Ramadhan bermakna panas terik yang menyengat atau panas terik yang membakar tubuh badan. Cuaca pada bulan Ramadhan memang cukup panas. Makna Ramadhan yang kedua adalah membakar dosa dan kesalahan kita pada masa yang lalu ketika kita melakukan ibadah puasa.
10. SYAWAL
Syawal maknanya naik. Dinamakan demikian kerana kebiasaan orang Arab Jahiliah jika hendak naik unta mereka akan memukul belakang unta dan menyebabkan ekor unta menjadi naik sedangkan pada bulan yang lain tidak demikian halnya. Maka bulan tersebut dinamakan dengan bulan Syawal.
11. DZULQAIDAH
Dzul maknanya yang empunya /yang memiliki, Qaidah maknanya duduk relaks. Dinamakan Dzul Qaidah kerana kebanyakan laki-laki dan perempuan pada bulan tersebut duduk relaks dan tidak ada yang pergi bermusafir.
12. DZULHIJJAH
Dzul maknanya yang empunya/ yang memiliki, sedangkan hijjah maknanya haji. Dinamakan Dzul hijjah kerana pada bulan tersebut, manusia banyak yang melakukan ibadah haji dengan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah mengikut cara mereka.
Demikianlah wahai saudaraku sekalian nama-nama bulan yang ada dalam kalendar Islam yang setidaknya kita tahu maknanya dan asal usul nama bulan tersebut.
Ya Allah ya Tuhan Kami. Jadikan kami hamba yang beriman dan beramal sholeh. Berkatilah kami di bulan Muharram yang mulia ini. Mudah-mudahan Kami diciptakan sebagai hamba yang terbaik dalam pandangan-Mu. Aamiinn !!!!
Wallahu A'lam.
P/S Perkongsian dari Lajnah Penerangan dan Perhubungan, Kelab Al-Azhar Members, ALAM KUIS
thanks sharing kak anim..tak pernah tau semua ni kecuali ramadhan je..
BalasPadamJika bulan Islam saya lahir dalam bulan DZULHIJJAH. Terima kasih perkongsian ini Akak.
BalasPadamPerkongsian baik buat semua
BalasPadamBiasa yg kita pasti masyarakat kita ambil tahu bila Rabiulawwal, ramadhan, syawal dan zulhijjah..
Itu pun tak tahu cerita disebaliknya.. Thanks Anim.
Rasa macam deja-vu pulak. Macam dah baca kat blog lain. Tapi takpa, sebab jarang mengingat kalendar Islam, elok juga baca selalu info ni. Tanamkan dalam kepala ^_^
BalasPadamYe ar....betul kata MD....mcm dah baca kat blog sapa tah pasal bulan Islam ni....Terus rasa nak nyanyi lagi Raihan haha...
BalasPadamDah biasa sebut nama2 bulan Islam tapi tak ramai yg tahu maksudnya ... semoga lebih ramai yang tahu maknanya selepas ini .
BalasPadamtq for sharing kak
BalasPadamMenarik... Setiap nama bulan rupanya ada kisahnya yg tersendiri.
BalasPadamThank you for sharing...salam perkenalan
BalasPadam