Assalamualaikum wbt....
Takwim dan Waktu Ibadat bagi negeri Kedah untuk Tahun 1436H sudah dijual. RM4 sahaja. Dalam kuliah UAD, Ustaz menyebut kadang-kadang kita terlepas pandang akan bulan-bulan Islam.
Tinggal lebih kurang 10 hari saja. 25 Oktober ini sudah bermulanya 1 Muharram 1436H. Tambah UAD lagi, di zaman jahiliyah, penduduk Arab masa itu kenal bulan Muharram ini. Mereka tidak berperang, tidak melakukan maksiat kerana tahu bulan Muharram adalah diantara empat bulan haram disebut dalam firman Allah.
Di zaman kita, bulan-bulan hijri tidak lagi dipedulikan, Kita lebih kenal kalendar Masihi. Masuk bulan 11, bulan 12, musim cuti sekolah, musim kenduri kahwin. Kita tak tanya lagi waktu sesuai dalam kalendar hijri.
Kata UAD lagi, bila kita kenal dan ambil tahu akan bulan-bulan Islam, kita akan berada dalam suasana agama setiap masa. Kita ni kan setahun lebih tua andai usia kita dikira dengan bulan hijri. Tapi....tobat lahom kita nak mengaku tua setahun kan..kan..
Tahniah dan syabas kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Tahun ini depa tak bazirkan langsung kertas yang ada. Di belakang setiap helaian takwim 1436H ini digunakan untuk memberi ilmu kepada pengguna. Ada 12 tajuk. Selain yang tertera di gambar, ada juga biodata para sahabat dan 4 imam mazhab.
Teringat dialog Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam Madu Tiga yang ditonton di youtube.
Waktu ini rahsia P.Ramlee berkahwin 3 bocor dan dia ke rumah bapak mertuanya yang sporting (penasihat) untuk menyelamatkan diri.
Ahmad Nisfu gelabah dan mahu naik ke tingkat atas. Bila ditanya, dia kata mahu ambil wuduk dan solat . P.Ramlee kata nak solat apa, Asar dah habis. Dia kata nak solat tolak bala....
P/S Dalam bergelak ketawa menonton, terfikir..itulah realiti kehidupan kita. Bila berlaku sesuatu yang buat hidup kita jadi kelam kabut ( puting beliung di Pendang, Kedah semalam pun telah menimbulkan "ketakutan" buat kami di Utara ) , kita akan lebih lama di tikar sejadah memikirkan...sempatkah aku?
Nanti dah menigkat umur kita kan. Kena buat amal untuk bekalan juga.
BalasPadamso true sis anim..masa untuk buat azam baru nak menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. by the way, saya dah tukar alamat blog. ada problem sikit. nanti singgah ye
BalasPadaminiblogsal.blogspot.com
kak anim, abaikan komen atas ni..sebab saya tukar url lagi sekali..huhu
Padamblognisalpunya.blogspot.com
ini final.hopefully.
Samada lebih tua setahun apa pun tak jadi soal Anim, sebab tiap hari pun usia kita terus berganjak. Yg sedar dan sentiasa bersedia kira beruntung juga. Tapi yg sedihnya dunia bergolak-bergoncang masih buat tak tahu lagi tu macam mana dan apa yg dirasa agaknya ye...
BalasPadamSalam kak.. tu lah nampak sgt kita skrg lebih terdedah dgn kalendar masehi berbanding hijrah.. sy salah sorg jg..sedihnya... InsyaAllah kena pertingkatkan amalan.. umur pun dah makin meningkat..moga kita terus istiqomah kak... (puting beliung kat Pendang tu memang menakutkan, sbb jarang berlaku kan...)
BalasPadamSetuju sgt Nim bulan bulan Hijri ni mmg selalu terlupa.....kecuali bulan Ramadhon itu pun sebab puasa, bulan Haji tu pun sebab org sebok gi Haji....huhu sedih mengenangkan diri sendiri. Tp nasib baik ada sahabat blogger yg rajin share ilmu ilmu mcm ni....
BalasPadamNi Pak Jilap suh baca surah Al Kahfi depan dia ni hihi
bestnye ade takwim macam tu.. putrajaya ade tak? hihi.. muharam ni besday saye kakak.. bertambah lah usie tak lame lagi..
BalasPadammmg agak susah nak dapat kalendar hijri ni . selalunya balik kg baru dapat ... inilah kelebihan social media bila kita saling mengingatkan ttg bulan Islam dan nilai Islam itu sendiri .
BalasPadamYa Allah... Selamatkanlah bapa mertuaku!
BalasPadamBenar...wajar kita hidup berpandukan tahun hijri barulah terasa kehidupan kita dalam suasana keislaman. Sepatutnya kerajaan lupuskan sahaja penggunaan tahun masihi.
BalasPadamAnim masa tengok video n gambar angin puting beliung kat pendang tu..memang rasa takut sangat.. Ya Allah..ampunilah segala dosa2 kami hamba2Mu yang lemah..
BalasPadamBetul tu, biasanya lebih titik beratkan kalendar Masihi. Bulan-bulan Islam ni kalau tak tengok selalu pun boleh terlupa bulan seterusnya apa. Hujung dan awal tahun Masihi memang banyak plan dalam kepala tapi hujung dan awal tahun Hijrah ni macam takda plan langsung. Teruknya hidupkan ...
BalasPadam