Assalamualaikum wbt....
Buat pertama kalinya menyambut Aidil Adha di Ipoh. Teruja juga nak merasai pengalaman di tempat orang.
Aidil Adha tahun lalu, menu
lontong putih menjadi hidangan. Ketawa besar kami 4 beranak bila kenangan itu diungkap kembali. Aduhai...tahun ini, kami pun beraya 4 beranak lagi tapi dalam suasana berbeza.
Menu utama; ITIK MASAK UNGKEP. Daging itik dibawa khas dari SP. Kalau dah darah Jawa, ke negeri mana pun dicampakkan, menu Jawa tetap diutamakan. Untuk 2 Abdul yang mahu menu berkuah, Anim bahagi dua dan tambah santan, maka jadilah Itik Ketumbar pulak.
Sebenarnya, tak berniat nak canang kat semua tentang ibadah korban yang dilaksanakan (semoga Allah menerima ibadah korban kita), namun pengalaman menyaksikan dan melaksanakan ibadah korban di Ipoh adalah pengalaman baru yang mungkin tak sama dengan apa yang telah dilalui di negeri-negeri lain sebelum ini.
Lepas solat raya di surau berdekatan, bermulalah acara korban. 1st time juga Anim jejak surau ini. Belum kenal mana-mana jemaah wanita. Sementara menunggu , Anim berkesempatan berkenalan dengan seorang makcik yang turut sama melaksanakan ibadah korban. "Makcik buat korban untuk anak makcik yang meninggal dunia tahun lalu".
Sungguh! Pertama kali dengar tentang ini. Dalam hati berkata, setahu aku, ibadah korban untuk mereka yang hidup. Sempat berbisik, bertanya Encik Suami. Jawapan yang diberi spontan, "Eh, korban untuk kita yang masih hiduplah". Tak sempat dah nak tanya Ustaz secara live. Mulalah mengoogle!!
Terjumpa persoalan sama di (
sini )
. Syukur, Allah nak beri kita ilmu dengan persoalan makcik itu. Alhamdulillah, pagi itu kami dapat ilmu baru. Sempat Encik Suami timbulkan persoalan baru untuk Anim fikir, apa hikmahnya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam berkorban dengan niat untuk umat Baginda yang bertauhid (merangkumi yang hidup dan mati). Adakah untuk umat Baginda yang miskin, yang tak berupaya untuk melaksanakan ibadah korban sepanjang hidupnya?
Satu lagi persoalan yang diajukan kepada Anim, kenapa hanya kambing dan kibas yang sering diutarakan dalam ibadah korban di zaman Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam ?Kenapa tidak disebut unta? Kenapa juga Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas, bukan dengan unta? Menarik bukan bila bercerita tentang kambing dalam kehidupan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam .. menggembala kambing, suka makan kaki kambing..
So, bagi mereka yang mind set mereka tak berani makan daging kambing, cubalah ya. Ingat, susu lembu yang diperah kena masak dulu tau sebelum boleh diminum berbanding susu kambing, boleh terus diminum...banyak rahsianya tentang kambing ni..
Berbalik cerita tentang lembu yang menunggu untuk dikorbankan. Merungut juga 2 Abdul kerana kanak-kanak dilarang melihat dengan dekat saat lembu-lembu itu disembelih. Anim kata mungkin mereka ada pengalaman berbahaya sebelum ini . Bimbang berlaku kejadian tak diingini, agaknya. Mereka bertanya lagi, kenapa kat Sg Petani, kat Johor dulu boleh, katanya.
Hanya petugas dan peserta yang mengambil bahagian saja yang boleh memasuki kawasan berkenaan. Pada pendapat Anim, biarlah mereka yang tak ambil bahagian dan kanak-kanak dibenarkan bersama-sama menyaksikan ibadah korban itu dengan dekat. Mudah-mudahan dengan cara itu, timbul azam dan keinginan untuk melakukan ibadah korban tersebut pada tahun mendatang.
Sama-sama bertalbiah, sama-sama menginsafi saat melihat darah lembu yang dikorbankan mengalir dan turut sama melapah. Setidak-tidaknya, jika mereka tidak berpeluang melaksanakan ibadah korban tahun ini, mereka boleh bersama-sama menghulurkan tenaga membantu melapah haiwan berkenaan. Ibadah korban juga buat mereka...berkorban tenaga dan masa. Wallahua'lam.
P/S Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain pelaksanaannya:-))
saya tak boleh tgk binatang(ayam/lembu/kambing dll) disembelih...kesian..sat lg mau menangis jadinya..
BalasPadam(time makan tak pulak rasa kesian hehe)
haha..saya ok je tengok lembu kena sembelih, alhamdulillah:-))
Padamhihi masak ungkep so jawa hihi.. itik tu lagi rare.. salam perkenalan
BalasPadamsebut betul2 "ungkep" tu, hihi
Padamtqvm sudi singgah
Mesti adalah sebabnya tu Anim dia tak benarkan. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak nak buat macam mana... isu korban utk yg dah mati boleh katakan tiap tahu mesti ada yg bertanya. Baru-baru ini pun dlm radio IKIM ustaz Muhammmad Al-Amin ada menghuraikannya...
BalasPadamiyalah kakzakie. camtu gak saya kata kat 2 abdul. tengoklah paper hari ni. ada budak ditanduk lembu korban, huhu
PadamBelum berkesempatan lagi nak tengok orang buat ibadah korban ni.. Selalu mak,ayah dan adik beradik lelaki saya aje yang pergi. Semoga Allah s.w.t berkati setiap ibadah korban yang dilakukan oleh semua hamba-hamba-Nya. Insha-Allah.. =)
BalasPadamkena ikut serta tengok faarihin...
Padamseronok tau, hihi
masak ungkeplah paling senang dan paling malas . yg bestnya klu kuah tu dah pekat likat , cuma perlu tambah kicap klu nak masak kicap , boleh juga masuk santan + lada hijau blend = kari hijau , blh masuk cili kisar utk masak merah dll lah senang citer . arwah abah suka benor dgn kaki ni . mesti jadi menu utama raya ... saya x berani nak tgk lembu kena sembelih ...
BalasPadamTak semua tempat di Perak menyekat kanak2 dan orang yg tidak terlibat dr melihat sembelih korban dan menolong aktiviti seterusnya. Mungkin sesetengah tempat jer yg mungkin ada sebab2 tertentu.
BalasPadambetul tu BM. lain padang, lain belalang. mungkin area tempat kat tinggal ni berlainan dgn tempat lain di perak. mungkin juga surau ni ada pengalaman kejadian tak diingini berlaku sebelum ini, kak pun baru pertama kali beraya ni kat situ, hihi
Padamalaaa sian nyer depa...
BalasPadamerrr kak, itik tu ada lg x? ;-)
Alhamdulillah... tempat idah boleh jer budak2 dekat tengok... mesti pernah ada kes tu buatkan sekatan dibuat...
BalasPadamPegi RHB Isi tabung kak anim :D
BalasPadamMacamana itik masak ungkep tu, Anim? Masa datang jumpa saya dalam mimpi, tak bawa sekali ke? Hehehe ... gurau-gurau je ya!
BalasPadamSaya ni ada sedikit penakut. Saya tak berani nak datang dekat kalau orang buat korban. Ada nanti terus saya tak makan daging lembu sebab dok terpandang-pandang adegan korban tu terjadi. Saya juga tak makan kambing selama ni tapi dah dua, tiga kali diautakan oleh Hubbydearie dan mak mentua. Tanpa pengetahuan mereka beri saya makan daging kambing dan saya ni sengal, tak tahu nak membezakan daging kambing dan lembu. Jadi, saya fikir kalau tak tahu saya boleh je makan, kenapa bila tahu saya rasa lain macam. So saya suruh Hubbydearie buat pilaf kambing tapi masa makan jangan disebut-sebut pasal sedap ke tidak daging kambing ni. Boleh je telan rupanya ...
ungkep jugak jadi pilihan ye Nim hihi.... Lamalah tak masak ungkep. Teringin pulak nak masak ungkep daging
BalasPadamAnim bab korban tu OKje pernah dengar yang Saidina Ali raw pernah berkorban utk baginda Nabi Muhammad Saw selepas kewafatannya
BalasPadampernah tengok orang sembelih lembu masa raya korban..pastu xleh nak mkn daging lembu tu sebab dok teringat-ingat...skrg ni kalau ada yang nk sembelih2 ni memang tak tgk sbb nanti mesti xleh nk mkn...kalau ayam pun macam tu..x berani nk tgk lh..bukan apa tak sampai hati nak mkn,kesian..
BalasPadam