Assalamualaikum wbt...
Kami di Utara cuti 5 hari tau. Rabu, baru naik sekolah. Ikut hati, mau saja balik Johor. Apakandaya, orang Ipoh tak sama cuti lak . Keputusan akhirnya diambil. Untuk pertama kalinya kami akan beraya dan melaksanakan ibadah korban di Ipoh. Teruja juga nak melalui pengalaman baru ini nanti.
Pagi Jumaat di Ipoh.
Ustaz Harryanto Rizal Rokman klon Dato Ismail Kamus ada di Nasi Lemak Kopi O TV9. Isu Puasa Arafah pada Jumaat atau Sabtu tu tak perlulah Anim nak ulas panjang di sini. Banyak pandangan dan pencerahan yang sudah disebarkan di FB, di WhatsApp. Ada di antara kita yang berpuasa Khamis, Jumaat, Sabtu. Ada pula yang berpuasa hari ini pada detik yang sama dengan hari Wukuf di Arab Saudi . Ada pula yang akan berpuasa esok (Sabtu) mengikut pandangan Imam Syafie dan Imam Nawawi.
Ustaz Harryanto kata, orang yang berpuasa pada hari Jumaat, janganlah dok kutuk orang yang berpuasa hari Sabtu. Yang berpuasa hari Sabtu juga janganlah kutuk orang berpuasa Jumaat. Ustaz Harryanto kata dia berpuasa Arafah ikut pada 9 Zulhijjah, Sabtu ini.
Tambahnya lagi, moga-moga Allah ampunkan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya bagi orang-orang yang berpuasa dan juga yang tidak berpuasa juga. Bukankah kita juga digalakkan berpuasa dari 1-9 Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji, bukan hanya pada 9 Zulhijjah saja.
Majlis ilmu di TV, ada ustaz buka kitab. Ada juga yang buka laptop. Tak kurang guna iPad. Pagi ni..
nampak Ustaz Harryanto guna hp aja. Bak kata Prof. Muhaya, teknologi canggih bukan satu keburukan kalau kita niatkan untuk kebaikan:-))
P/S Terdengar ulasan seorang Ustaz dalam Radio IKIM tentang satu perkongsian tentang puasa Arafah dalam WA yang tertulis "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah iaitu Sabtu, 4 Oktober, ia seolah-olah melakukan ibadah selama 2 tahun. Barangsiapa yang memberi peringatan tentang perkara ini kepada oranglain, bersamaan dengan pahala bersolat selama 80 tahun"..sudah jelas dan nyata, ini adalah tak benar sama sekali. Tolonglah jangan disebarkan. Wallahua'alam.
Salam ziarah,
BalasPadamPerkongsian yang baik.
Kalau ikut jam kat M'sia dgn Mekah 5 jam beza jadi tengahari di sana kita sini lebih kurang pukul 5 baru bermula 9 zulhijjah. Tapi kan dah kita ni duduk M'sia pada kakak 9 Zulhijjah tu hari Sabtulah. Tapi kalau nak puasa dari semalam sampai esok apalah salahnya. Tiga hari aje bukan sebulan pun...
BalasPadamSekarang ni macam-macam penyalahgunaan teknologi yg buat kakak takut sebab cara penyampaian tu macam betul aje.. anak kita dahlah baru nak membesar.
Selamat Hari Raya Haji buat Anim dan keluarga. Balik Johor tak:)
Oh, balik beraya di Ipoh kali ni. Saya pulak beraya di KL sebab mak pun tak balik kampung, beraya di rumah kakak di KL. Selalunya raya saya tak masak sebab tumpang rumah kakak. Share beli barang lepas tu masak sama-sama, time tapau tu saya je yang lebih *__* Kali ni terasa macam nak masak untuk rayalah pulak tapi tak reti nak masak apa :)
BalasPadamOh, semalam ada juga menonton berita pasal di Thailand (Pattani kot) yang katanya ada masjid akan solat raya hari Sabtu dan juga ada yang hari Ahad. Saya tak berapa arif. So kalau katanya hari Sabtu ni 9 Zulhijjah, elok puasa sunat akan saya ikutkanlah. Insya Allah.
salam ziarah. tu la ada gak dgr psl ni kat tv.
BalasPadamSalam Kak.. suka baca entry akak ni..
BalasPadammemberi banyak pencerahan ttg puasa Arafah yg tersebar di WA ..
juga tentang kita yang nak berpuasa esok atau pun hari ini...
assalamualaikum...
BalasPadamhihihi... macam2 orang sekarang ne.
teknologi yang dicipta untuk kebaikan - lebih ramai yang guna membawa keburukan.
huhuhu... sebar berita tanpa usul periksa...
niat tidak menghalalkan cara.
bak kata ustaz Dr. Abdul Basit...
jangan sampai jadi macam kes lembu bani israel...
tanya macam...
patuh nya tidak juga...
argue ustaz sana sini ... puasa nya tidak juga...
huhuhuhu....
betul sangat setuju... kan elok puasa + bnyk kan amal ibadah 1-9 zulhijjah...
puasa jer sudah... ;-)
Salam kak anim...
BalasPadamTerima kasih atas pencerahan...
Selamat hari raya buat akk sekeluarga..
Assalamualaikum Anim..beraya di Ipoh je ya. Insyaallah merasa beraya di tempat orang pula.
BalasPadamAnim, boleh ke bagi alamat rumah ke hp CM..013-3672459. Tk
dok belek saya punya ... hadis palsu ke sohih . selamat melakukan korban dan selamat berpuasa .
BalasPadamjika kita berpuasa tapi tetap pada "kehidupan" lama puasa kita akan hanya sia-sia sahaja.ada orang puasa sebab nak dapatkan sesuatu bukan buat ikhlas itu masalahnya.lepas itu buat "hal" gila balik tak solat ikut waktu, aurat tak jaga baik, hubugan dg mak ayah kemana susah nak katakan.apa sesiapa puasa dt mengubah diri lebih baik dari sebelumnya.kalau tak puasa mungkin terlupa apa ker think postif jangan buruk sangka. semua Tuhan telah tetapkan.wahualam.
BalasPadamasalamualaikum..selamat hari raya korban ..senang datang ke sini
BalasPadamKita berada dibumi Malaysia dan terikat dgn hukum serta ketetapan disini. Maka ikutlah apa yang telah diputuskan. Kadangkala terlebih canggih dan pandai pun membawa byk persoalan dan kekhilafan.
BalasPadamtingat mama sy bising2 ari sabtu hari tu krn kwn dia berpuasa...sy dok pekakkan telinga je...nnt kalu bantah laion plak cite nyer...
BalasPadamMacam macam pandangan.... buat kerana Allah ajelah selebihnya kita serahkan kepadaNya, biar Allah yang menilai
BalasPadam