Amboi...tajuk entry.. Sebenarnya, kalau perasan, ada sentuh dalam previous entry. Hmmm...ada juga yang terperasan dan memberi komen mengenainya (
Hainom Okje...u memang peka!).
Ni nak habaq, di hari yang sama Encik Suami menerima berita dia dapat visa umrah Ramadan baru-baru ini, sebenarnya dia juga dapat surat transfer yang berkuatkuasa 29/7. Dek kerana p umrah dan urusan kerja lain, tangguh hingga September. Tempat baru biar Anim KIV dulu. Tak mau mood raya hilang, heee... Sibuk sangat hingga nak isi maklumat pertukaran online E-Tukar pun belum terbuat lagi.
Geng bas sekolah hanya seorang saja yang tahu (jiran sebelah meja). Musykil dia bila Anim katakan, Encik Suami bukan buat satu sujud syukur saja tapi 2 sujud syukur. Tang dapat visa umrah tu, tak hairanlah tapi, kenapa pulak sujud syukur kerana transfer tempat kerja, kan.
Actually, 4 1/2 tahun di SP tu dah kira lama. Kat tempat lain, setahun, dua tahun dah kena transfer. Dari setahun ke setahun, kami sering berdoa agar biarlah kami "lama sikit" di SP. Pertama, kerana rasa banyak nak belajar lagi. Kat SP banyak majlis ilmu. Surau dan masjidnya "hidup" setiap malam. Kedua kalau boleh biarlah si Abdul sulung selesai UPSR. Ketiga, kalau boleh tak mahu dipindahkan semula ke ibu negara. Cemuih dah kata orang Kedah, 13 tahun pernah dok sana.
Bila ketiga-tiga hajat itu tertunai...adalah tersangat-sangat tak patut kalau kami tak bersyukur wahai Teacher Fauziah...
Majlis khatam Quran pelajar Tahap 2 semalam mungkin yang terakhir buat 2 Abdul. Boleh spot tak muka depa kat gambar bawah tu?
Majlis pemberian duit raya buat semua murid bakal jadi kenangan manis. Ni aktiviti setiap kali menjelang raya. Tahun ni, semua guru sumbang RM20 seorang, anak-anak ini dapatlah RM2 seorang. Keriangan tergambar dimuka mereka apatah lagi bila dicampur dengan pemberian guru kelas dan guru subjek.
Baru 4 tahun berada di sekolah ini...dah serasi sangat dengan geng bas sekolah. Ikatan terjalin bersama anak-anak murid juga rapat. Sungguh, perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan.
P/S Waktu entry ini dipublish, Anim dan 2 Abdul mungkin sudah berada di highway. Bertolak keluar dari SP dalam keadaan hujan renyai. Perjalanan hari ini menuju ke rumah adik lelaki di Rawang. Bermalam di situ (berehat sebenarnya, maklum "enjin" tua ) dan pagi Sabtu, insyaAllah, baru bergerak balik Johor.
Begitulah perjalanan hidup kita Anim. Mampu merancang tapi pastinya perancangan Allah telah tertulis di Loh Mahfuz yg tak kita ketahui. Bila dah terus bertugas di Johor kira macam balik kampunglah ye Anim...
BalasPadamps: hati-hati memandu sebab dua-dua assistant pasti lena sepanjang jalan..
kakzakie, Encik Suami bukan transfer Johor...bukan Selangor/KL.. hahaha... mana tu?
PadamHati-hati semasa memandu kak. Syukur alhamdulillah Allah maha mendengar setiap apa yang kita doakan bahkan setiap apa yg terdetik di hati.
BalasPadambetul tu jun...tak patut kalau kita tak syukur
PadamAlhamdulillah..
BalasPadamsemoga selamat dalam perjalan pergi dan balik...
...selamat hari raya...
tqvm bunda. dah selamat sampai ke johor..
PadamBalik johor yer kak... ati2 memandu. Selamat Hari Raya. Tgk gambr2 akak tu, teringat zaman2 sekolah.
BalasPadamkenangan di sekolah, mana boleh lupa
PadamAssalamualaikum wbt...
BalasPadamKak Anim... selamat memandu pulang...
Selamat hari raya... maaf zahir batin...
Semoga Allah terima amalan kita semua... Ameen...
tqvm nhhas..
Padammudah2an, amin...
kak anim pindah mana? tak smpt nak face to face ngan kak anim dah pegi jauh plak kak anim..:(
BalasPadambtw, hati2 bawak keta..Selamat hari raya dan maaf zahir batin..
KIV dulu..
Padamkita jumpa kat maya nilah..
Salam Anim...begitulah perjalanan hidup ini..ada masa penuh teka teki..cuma sentiasalah kita berdoa agar Allah kasihan kat kita dan diuji dengan uijian yang ringan ringan...
BalasPadamke pantai timor lah pulak kot!! takpe janji ada internent ye..sbb nnti nekcik rindu bicara anim!!
Okay semuga dilindungi Allah sepanjang perjalanan..insyaallah
bukan pantai timur, nekcik...hahaha....
Padamp/s insyaAllah, tqvm
Kak Anim kena pindah johor ke?? Semoga selamat perjalanan..
BalasPadambalik kampung johor, dik
PadamSelagi kita berdoa memohon padanya , lambat atau cepat ... insha Allah . Kita hanya perlu yakin , sabar dan usaha ...
BalasPadamhaah..setiap yang berlaku ada hikmahnya..Allah lebih mengetahui
Padamkena pindah..baru jer mengikut blog akak ni... tapi rezeki masing2 kan... Allh yg tentukan
BalasPadamtakper..jumpa di blog. raya ni, mailah umah kak kat sp
PadamSalam Kak Anim...
BalasPadamTak kiralah berada dimana pun sekarang ni, semoga akak dan anak2 selamat jua tiba ke destinasi...
tqvm..dah sampai pun..
Padamsemoga selamat sampai ke tempat yg d tuju kak ANIM..
BalasPadamselamat hari raya dari saya..:)
kak dah tiba johor..
Padamselamat hari raya utk mama rey