Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, berkat doa semua, Anim telah selamat sampai kampung di Johor tengahari tadi. Jalanraya tak sesak. Mungkin belum waktu kemuncak balik kampung.
Ada banyak yang nak dicerita tentang Ramadan di Johor tetapi nak bagi laluan kat cerita lain. Al kisah, sewaktu memandu pulang tadi, terdengar Ustaz Ebit Lew di Radio IKIM berbicara tentang 10 malam terakhir Ramadan, tentang pengalamannya bersama umat Islam di negara lain yang merebut ganjaran 10 malam terakhir itu, mengambil kesempatan beribadat sewaktu syaitan diikat di bulan Ramadan. Kalau nak dibandingkan dengan suasana 10 malam terakhir Ramadan di negara kita...tentu berbeza sekali.
Kemudian, teringat gambar-gambar yang diwassap oleh Encik Suami sebagai pembalas bicara.
Send message 1 : Abah dah cuba ke "tawaf bridge" ( Mataf ) tu?
Replied message :
Cuba gak nak naik atas tu...tapi Tok Arab tak bagi. Orang Arab je banyak tawaf di situ.
Send message 2 : Orang kata 10 malam terakhir Ramadan kat sana, ramainya macam orang p haji, iya ke?
Replied message:
Depa "berkampung" di Masjidil Haram. Nak solat Zuhor pun tak de tempat. Celah-celah lorong jalan kaki. Terlalu ramai..
Send message 3: Dari Subuh, abah tak balik. Duduk baring kat Masjidil Haram, masih tak de tempat lagi?
Replied message :
Tak de rasa nak balik berehat di hotel. (Tengok gambar dikirim, fahamlah kita). Note : Anak kecil yang membaca Quran itu, jemaah Indonesia.
Tiba-tiba masuk satu image....
"Dah belikan 3 jubah untuk Anim. Shopping Mall kat Mekah lengang tak de orang. Tok Arab pun geleng kepala. Jemaah Malaysia dan Indonesia tak ada (shopping) musim umrah Ramadan kali ini".
P/S Bila dah balik kampung....dugaan hebat dalam merebut 10 malam terakhir Ramadan. Memang syaitan sudah terikat, tapi nafsu dalam diri sendiri yang susah dilawan.
Salam Anim.. emak abah Che Mid dah selamat balik semalam. Kalau suami Anim boleh berada di masjid sepanjang masa, emak abah pulak tak dibenarkan keluar dari hotel semasa buka puasa dan maghrib dgn alasan pihak hotel dah masak banyak dan sedap2. Bagi Che Mid rugi sungguh rasanya tak berbuka dgn orang Arab di dalam masjid.. pengalaman dan nikmat berbuka di situ terlalu mahal harganya dan takde di tempat lain. Emak abah memang tak berkenan dgn perangai agen tu, tapi tak de nak melawan..Allah..
BalasPadamSubhanallah....dah ada laluan tawaf bertingkat..
BalasPadamWah selamat yah, sudah balik di kampung halaman. Berhari raya di kampung halaman JOHOR
BalasPadamsangat menarik pengalaman di sana.. diharap pembinaan tawaf bridge tu dapat mengurangkan kesesakan ketika umat islam menunaikan haji.. semoga semua urusan suami kak di sana dipermudahkan oleh Allah.. :D
BalasPadamkat tanah suci pun nak pilih org utk tawaf bridge sedangkan tpt itu milik Allah ... subhanallah ... sesungguhnya org seperti itu ada di mana2 kan ... saya klu balik kg pun camtu juga . terlalu byk kerja kena buat jadikan bdn dan mata x larat nak kejar 10 mlm terakhir . inshaa Allah , akan gagahkan juga ...
BalasPadamMataf tu baru siap Anim tu yg ramai yg berebut nak merasa. Tapi kakak rasa di bawah lagi best sebab kaabah depan mata. Masa kakak pergi hari itu baru tiang aje tak nampak pun bentuk lagi. Beruntunglah mereka yg ada di 10 malam terakhir di sana kan...
BalasPadamKakak tak pernah merasa ramadhan di Mekah. Teringin juga ni.
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin dari kakak dan keluarga ye..
akak dah balik eh? ala lambat baca..line kat umah mak tak bape ok.. ita baru je balik kuantan mlm tadi..
BalasPadamooo..kak anim dah selamat sampai ek..Alhamdulillah..
BalasPadammesti sakan persiapan raya kat kampung ni..
Selamat hari raya kak anim..maaf zahir dan batin..
p/s : mesti senyum hati berbunga dah sbb en hubby dah beli jubah cantik kan? hihi..
slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !
BalasPadamnampak ngat jemaah Malaysia ngan Indon kaki shopping...
BalasPadambestnyer yerk duk kat sana yerk... moga Allah berikan kita pula melaluinya...
anim, selamat menyambut hari raya..maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga yee...
BalasPadamnak pegi jugak.....
BalasPadam