Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar, hari ni dah 9 Syawal. Sudah 2 hari Anim kembali ke SP. Suasana raya tak serancak di Johor (ada marhaban dari rumah ke rumah). Ramai kenalan yang telah memulakan puasa 6 hari di bulan Syawal (malah ada yang telah selesai menghabiskannya) . Almaklum, suasana hari raya haji lebih meriah di Utara (itu sepatutnya yang dituntut dalam Islam). Seperti juga kebanyakan orang Kelantan, mereka memulakan puasa sunat bermula 2 Syawal. Cerita fasal orang Kelantan, kalau kita tengok rumah depa , kita ingat mereka susah tapi mereka tak susah sebenarnya. Depan rumah mereka ada lembu, yang dipelihara untuk dikorbankan pada Hari Raya Haji. Suasana ni yang susah nak dilihat di Johor.
Tengahari Jumaat tadi, terasa lain pula mood memasak di dapur . Selalunya jam 12.15 tengahari sambil memasak sambil dengar ceramah agama Radio Kedah FM 97.5. Tertunggu-tunggu jugak, awatle juruhebah ni pasang lagu benderalah, Jalur Gemilanglah..macam-macam lagi yang "pelik kedengaran" di tengahari Jumaat. Bila melepasi 12.30 tengahari, sahleh...memang tak adale ceramah agama tersebut. Kemudian terdengar pulak hebahan juruhebah tentang Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang bersama Jamuan Raya dan Sambutan Merdeka Raya bersama artis dari KL katanya malam ni di Dataran Zero Sg.Petani berdekatan jam besar. Kalau tak silap pendengaran, Tok Najib ikut turun.
Dugaan Syawal buat diri sendiri. Pertama, nak teruskan dan habiskan puasa 6 dan qada' puasa dalam bulan Syawal. Kedua..dalam bulan Ramadan, cukup jaga mata dan telinga, tak tengok benda-benda lagha, tak dengar muzik lagha....Habis Ramadan, syaitan sudah dilepaskan, banyak pula dugaan disekeliling. Walhal meneruskan amal soleh setelah Ramadan adalah petanda amalan yang dikerjakan sepanjang Ramadan itu diterima.Besarnya dugaan Syawal.
Daripada Ibnu Rajab r.h beliau menukilkan, "Antara tanda diterima amalan seseorang adalah dimudahkan untuknya melakukan ketaatan yang lain. Dan antara tanda tertolaknya amalan adalah melakukan kemaksiatan setelah melakukan ketaatan. Jika seseorang melakukan ketaatan setelah sebelumnya dia melakukan kejelikan, kebaikan itu menghapuskan kejelikan tersebut. Yang baik adalah dia melakukan ketaatan lagi setelah melakukan ketaatan sebelumnya. Sedangkan yang paling buruk adalah dia melakukan kejelikan setelah melakukan ketaatan. Ingatlah bahawa satu dosa yang dilakukan setelah bertaubat lebih jelik dari 70 dosa yang dilakukan sebelum bertaubat. Mintalah dari ALLAH agar diteguhkan dalam ketaatan hingga kematian menjemput. Dan mintalah perlindungan ALLAH dari hati yang terumbang-ambing." (Lathaif Al-Ma'aarif) ~Sumber dari Renungan Hujung Minggu oleh Ustaz Idris b. Sulaiman di Sinar Harian~
Ooopss...selingan gambar malam tadi di D'King Mee Udang Banjir, Sg Petani..
Camna Bonda boleh terlepas ke Sg. Petani di awal Syawal ni? Tunggu next entry...
P/S Lepas ni nak " beraya" rumah kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak blogger yang lama tak diziarahi,..insyaAllah. Buka pintu tau..jangan tak buka!
kak..saya nak jemput datang kenduri saya nanti 1/9..jemput datang sekeluarga ye kak..nak pos kad..boleh mintak alamat tak? ehehe..
BalasPadamSelamat hari raya anim,maaf zahir dan batin...
BalasPadamSelamat sampai SP,alhamdulillah...sambung beraya di SP la yee...
pg td dgr tazkirah, kata penceramah kalu amalan ms syawal x sm dgn amalan ms ramadan, maknanya ramadan kita masih lompang lg...
BalasPadamSalam Kak Anim,
BalasPadamPasti banyak kisah menarik dihari raya, tak sabar menanti nukilan selanjutnya,
Salam lebaran...maaf zahir batin
betulkan kak..di kelantan diorang sembelih lembu korban depan rumah je...di tempat lain tak ada..tapi di Johor raya ada marhaban, seronok..waktu tu la kita ke rumah jiran tetangga hehe..di Penang raya tapi tak macam raya
BalasPadamKaya harta dan kaya iman terlalu jauh bezanya Anim..
BalasPadamKakak sendiri tak mampu nak mulakan puasa pada 2 syawal. Tapi insya-allah esok boleh habis rasanya sebab kakak mula hari isnin. Tinggal sambung selang-seli isnin/khamis lepas tu legalah sikit...
Mesti mak tak puas jumpa Anim terus ikut Anim balik sana ye:)
Sekarang ni rasanya Hari Raya dah disambut secara kormesial. TV pun asyik-asyik hiburan saja.
BalasPadamDemi puteri tercinta bonda sanggup ke SP.... walaupun kemeriahan ramadhan kat Kota Tinggi tu masih lagi ada...
BalasPadamsetuju sgt tu !
BalasPadamBanyak sangat dugaan di bulan Syawal ni kak, masa Ramadhan tidur 3 jam pun rasa cukup sekarang ni bangun oukul 5 pun liat.
BalasPadam