Assalamualaikum wbt..
Hari ini sudah 5 Syawal. Banyak peristiwa suka duka Syawal 1434H kali ini. Yang suka pastinya bila Encik Suami dapat bersama kami di 2 Syawal. Actually Encik Suami tiba 11 malam 1 Syawal tapi dek kerana dia bimbang Anim drive sorang-sorang, malam pulak tu ke KLIA bersama anak-anak, Anim, 2 Abdul dan ditemani adik bongsu hanya bertolak ke Concorde Inn di Sepang selepas Subuh.
Gambar raya 2 Syawal 1434H di Concorde Inn kami ni tak segah oranglain..
Petang 3 Syawal, kami dikejutkan pula dengan pemergian bapa saudara (sebelah abah) yang meninggal dunia di Parit Yaani.
Kalau sudah ajal, tidak boleh dicepatkan mahupun dilewatkan walau sesaat. Pastinya Syawal tahun ini memberi makna berbeza buat kami dan keluarga arwah bapa saudara khasnya.
Renungan buat semua....ajal kita sendiiri bila-bila masa saja. Even waktu kita sedang bergembira menyambut kehadiran bulan Syawal .
Takziah juga buat sepupu Anim, Azli dan isterinya, cikgu Che Wan Rashimah (tudung pink). Dugaan hebat buat mereka. Tentu readers ada terbaca di akhbar dan media massa tentang tragedi Syawal yang menimpa keluarga kak Wan (dia pangkat kakak) di Terengganu.
Kalau pada 1 Syawal dia diduga dengan perginya
kedua ibubapanya yang meninggal selang sejam di 1 Syawal , pada 3 Syawal pula dia dikejutkan pula dengan berita pemergian bapa mertuanya di Johor. Mereka sempat tiba dari Terengganu sebelum jenazah dikebumikan pagi 4 Syawal.
P/S Semoga keluarga bapa saudara, terutama abang Azli dan kak Wan tabah menghadapi dugaan Syawal 1434H ini. Al fatihah buat 3 insan teristimewa yang telah meninggalkan mereka semua.
Innalillah..semoga dicucuri rahmat hendaknya..
BalasPadamTakziah kak... semoga semuanya tabah hadapi dugaan ini. Salam Aidilfitri untuk akak sekeluarga.
BalasPadaminalilahiwainailaihirajiuun...ye berat telinga mndengar berat lagi bahu memikul...iyalah kita tak tahu rahsia Allah..qadha dan qadar kita...sebak rasa di hati membaca coretan Anim...sayu rasa hati bila kita bayangkan orang sekeliling kita yang mungkin tiada lagi di sisi kita!
BalasPadamSalam Syawal cikgu...takziah
BalasPadamAl-Fatihah. hebatnya dugaan buat sepupu Kak Anim, moga dia tabah dengan ujian ini.
BalasPadamBetullah kalau dah sampai masanya takkan terlewat walaupun sedetik.. kita yang hidup kenalah ingat itu semua.. semoga menjadi iktibar untuk kita semua..
BalasPadamada terbaca kisah tu di akhbar... Anim kenaller yerk... masa membacanyer tu rasa macam tak percaya tapi ajal maut hanya DIA yang menentukan...
al-fatiha..
BalasPadamsemoga roh2 arwah dicucuri rahmat dariNya...
ayah saudara lya pon 2org meninggal seminggu sebelum syawal.. selang beberapa hari je sorang lagi meninggal
MATI... itu PASTI..
salam aidilfitri dari lya sekeluarga
maaf zahir n batin
alfatihah.. semoga roh mereka dicucuri rahmat
BalasPadaminalilahiwainailaihirajiuun.semoga roh mereka dicucuri rahmat
BalasPadamAl-fatihah buat semua arwah.... ajal menjemput bila2 masa je kan Anim...
BalasPadam