Selesai beli kerepek di Pt Lapis Laman, singgah rumah
kak Mur . Sebaik kami tiba, suami dan 2 bujangnya mulakan operasi di belakang rumah. Si Abdul sulung yang mengikut turut menyaksikan proses menyembelih hinggalah menyiat bulu arnab itu. Arnab ni cepat mati, tak macam ayam. Macam kambing juga, main siat saja. Bersih perutnya..tak nampak kotoran macam ayam. Almaklum...makan rumput dan sayur saja.
Dah jadi juadah berbuka puasa kami malam tadi. Rendang arnab yang dimakan bersama nasi impit (sorrylah..takde gambar). Sedap, kalah ayam. Malangnya...Si Abdul sulung geleng kepala...
"Tak mahu makan. Kasihanlah nak makan dia"..Aduhai...dah tengok proses A-Z, tak lalu makan dah...
Cerita fasal juadah berbuka puasa di kampung...penuh meja sampai tak tau nak jamah mana. Menjelang Ramadan, bermulalah budaya "munjung" di Johor terutama masyarakat orang Jawa (selalunya juadah lengkap raya..ada ketupat@nasi impit bersama lauk pauk seperti lodeh, sambal goreng, ayam, daging). 2 Abdul pun makan lebih dari kadar biasa di SP, sampai tuang solat terawih di surau kerana sudah kekenyangan. Kita pun, lepas solat Maghrib, mengaji 2,3 muka surat pun asyik menguap. Solat terawih di rumah pun tinggal 8 rakaat (surah pendek, setengah jam dah siap). Aduhai...
Kiriman gambar Encik Suami tentang Iftar di Masjidil Haram. Beza kan? Patutlah depa boleh berdiri solat terawih 2 jam lamanya. Makanan yang masuk, beberapa biji kurma dan air zamzam.Lepas solat terawih baru cari nasi.
Tak balik hotel. Pi restoran Felda (dah buka balik selepas ditutup sementara) dek teringin nak pekena teh o ais dan kuih muih Malaysia. Nasi kambing tu pun share ber3 katanya. Pendekata dijamu dengan berbagai jenis kurma dan minuman yang diberikan di Masjidil Haram, boleh duduk sampai habis terawih.
Ada juga yang bersedeqah di luar Masjidil Haram. Pek makanan berisi Nasi Mandy. Aduhai...seronoknya melihat. Tiba-tiba terasa ingin pula berada di sini juga pada musim Ramadan...
P/S Berbuka puasa sepatutnya ialah kita makan hidangan yang menggantikan hidangan makan tengahari kita seperti biasa bukannya MENGHIMPUNKAN hidangan makan tengahari kita bersama makan malam.
ms iftar kt masjidil haram dulu, kami dpt roti yg diagih2 oleh org2 kaya. lps maghrib blk hotel mkn nasi. time terawih x mengantuk. ajaib! tp kt sini, br 1st rakaat nk skt rahang krn menguap
BalasPadambestnya anies..
Padamada pengalaman berpuasa di Mekah...
kak teringin sekali
bagusnya kak.. rindunya nak bertarawih di masjid.. sejak ada anak kecil di rumah pun susah...sedih.. ramadhan dah nak sampai penghujungnya...
BalasPadamada alasan, anak kecil tu. biar buat sikit ita..jangan tak buat langsung
Padamseronoknya dapat puasa di sana...bkn bulan puasa pon org sedekah mcm2..apetah lg bulan puase...rindu nak kesana lg...
BalasPadamkikin, kak pun teringin nak ke sana dalam bulan puasa bila dapat kiriman gambar2 ni, huhu
PadamTengok arnab kena bedah siasat mcm tu....okje pun mcm tak sanggup nk makan Anim...hehe dah jd mcm Abdul...haha
BalasPadamHari tu drive sendiri ke dr SP?
Dah siap potong2, masuk rempah, siap...alahai, tak ingat dah itu arnab..heeee
PadamP/s drive sendirilah sorang2. 2 abdul kecil lagi..belum ada lesen. Jadi co-pilot tengok signboard, bolehlah...hee
wah... terer jugak yeh!
Padamkak, masa pi umrah last year, waktu bulan rejab..pun ramai yg berpuasa di sana. Suasana camtu la... paling banyak makanan pun cuma roti arab dgn yogurt saja...air zam2.Pun rasa kenyang sampai isyak.. Alhamdulillah, saya berkesempatan merasa jugak ketika tu... tapi kalau di bulan ramadhan mesti lagi seronok... semua pun iftar sekali.. solat sekali... Rindunya nak ke sana lagi
BalasPadamBetullah erani, waktu perut kosong kagi khusyuk beribadat sebenarnya berbanding perut kenyang. Sebab tu bulan puasa masjid penuh...
PadamLupa pulak ....Selamat hari raya....maaf zahir batin Anim...
BalasPadamSama-samalah kita...
Padamkak anim....bestnya balik raya... huhuhuh././
BalasPadamkita raya kt putrajaya jer...
sob sob sob... sedey...
dah macam bertugas dipagi raya jer... huhuhuu
Awak orang bandar,kak orang kampung, hee..:D))
Padamaiza ucapkan selamat hari raya.. mohon kemaafan jika terkasar bahasa atau tersalah komen..
BalasPadamSama-samalah kita..
PadamIM pun tak lalu nak makan daging arnab sebab terbayang macam daging kucing pula.
BalasPadamAda beberapa kali buka puasa IM makan terlalu kenyang. sebabnya bila makanan yang IM beli tidak secocok dengan selera ibu_suri atau Akhmal buatkan IM kena perabis semua itu.
Bila dah kekenyangan, lepas tunai Maghrib IM baring-baring sambil berzikir. Lagu tu la... ghaib sampai jam 11 bila ibu_suri kejut untuk keluar cari lauk sahur.
Memang beza kalau kita solat terawih dengan berbuka ala kadar berbanding terawih dengan berbuka melampaui batas keperluan perut.
IM selalu kata pada ibu_suri; kalau di Rohingya mereka mati sebab tak makan tapi kita di Malaysia mati kerana terlebih makan!
Untunglah saya sebab tekak boleh terima...heee...serupa daging ayam je..
PadamMemang beza melakukan ibadat dengan perut kosong dibandingkan perut berisi..:D))
seronoknya dah dpt berbuka di kampung..sedap tak daging arnab? ehehe..
BalasPadamtak lupa saya nak ucap selamat hari raya utk kak anim sekeluarga..maaf zahir dan batin..moga syawal kali ni lebih bermakna utk kak anim..:)
Oo..tersangat sedap. Takde lemak macam ayam..:D))
PadamP/S selamat hai raya, maaf zahir batin juga dari kak anim
sedap ye anim daging arnab tu...
BalasPadampernah beli daging satay arnab..anak2 mkn secucuk dua jer...kesian katanya...sebab dia comey nk mkn tak sampai hati..
selamat hari raya anim..maaf zahir dan batin ye kalau ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita dialam maya ini..
Sedap...takde lemak. Kalau tak nampak cara menyiatnya, pejam mata je makan, heee....
PadamP/s sama-samalah kita. Maaf zahir batin, minal ainil wal faizin
selamat hari raya..maaf zahir batin Kak ANIM..:)
BalasPadampernah sekali saja makan daging arnab..masa zaman sekolah lg..makan satay arnab tpmakan sikit saja..sama mcm abdul sulung rasa kasihan pula
Oh, dah sampai kampung rupanya.. seronok sakan le .. jangan lupa kalau singgah Klang jenguk Che Mid k..
BalasPadamAs salam Kak Anim....
BalasPadamSelamat menyambut hari raya...Kak...maaf ya, segala salah silap saya, dalam sedar ataupun tidak, walaupun hanya dialam maya...dan semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hendaknya, walaupun hanya dialam maya..tapi sangat2 bermakna..=).. Mana tau, ada rezeki kita bersua..=)
Assalamualaikum....
BalasPadamSelamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)
salam lebaran, maaf zahir batin
BalasPadam