"Para Pelanggan XX yang dihormati, anda dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di XX Sg.Petani, Central Square pada XXhb September 2010 pukul 11am-9pm. Terima Kasih. ~N~"
Budak sekolah rendah kalau baca sms ni pun tahu ini jemputan open house. Sudah terang lagi bersuluh. Hati teruja nak pergi bukannya kerana nak isi perut tapi perasaan wonder, bukan wonderpet...bagaimana agaknya kedai emas ini membuat Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dalam shopping complex. Maka bermulalah sessi memujuk Encik Suami .
Jam 4.00 p.m Anim tiba Central Square. Naik ke floor 1...Aiik, awat lengang je? Kalau ada open house..mesti ramai wanita yang mengenakan baju raya. Ni macam tak ada apa-apa, berseluar, berblaus, berT-shirt. Tiba di depan premis kedai emas tersebut, ada sekumpulan makcik2 sedang membelek2 barangan kemas yang dipamerkan di kaca. Di tengah laluan terdapat beberapa mangkuk kecil berisi makanan.
Encik Suami dah menunjukkan muka semacam. Dia berbisik kat Anim.
"Open house apa ni? Makanan untuk 10 orang pun tak cukup?"
Anim menghampiri salah seorang salesperson di kaunter,
" Saya terima sms dari N, maklumkan ada jemputan rumah terbuka "
Dia kemudian meminta Anim duduk dahulu
Dipendekkan cerita, si N menghampiri Anim memberitahu terdapat potongan harga emas pada hari tersebut. Rupa2nya ada niat lain disamping jemputan rumah terbuka itu. Dan pelanggan yang pernah membeli di kedai emas tersebut telah diundang dengan sms mengelirukan ini.
Kalau di akhir sms disertakan ayat "Ada jualan istimewa di majlis rumah terbuka" tu...taklah rasa tertipu. Ada udang disebalik mee rupanya. Dan tahan jelah telinga mendengar usikan Encik Suami .
"Ummi kena tipu...Ummi kena tipu"
P/S Macam2 cara nak tarik pelanggan ke kedai tapi bila kedai ternama main taktik begini....memalukan!
Belum ada komen untuk "Tak Baik Bohong Orang Tau!"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai