Nak lunch, perut kenyang lagi. Di Stadium Alor Star tadi, macam2 masuk perut. Kuih ros(goyang),twisted potato, puyuh goreng. Belum masuk makanan free lain yang depa suruh rasa.
Encik Suami bawa kami ke Rumah Kelahiran Dr.Mahathir Mohammad di Lorong Kilang Ais, Alor Star. Dekat 2 tahun dia duduk Kedah, 2 minggu sekali p HQ di Alor Setar, tapi tak pernah singgah katanya. Ok...jomlah singgah. Bila lagikan? Cuti sekolah nanti ramai le pulak orangluar mai.
Meja belajar Dr.Mahathir bersama sepupu dan kawan-kawannya. Antaranya ialah TYT Syed Ahmad Shahbuddin (TYT Gabenor Melaka).
Ayah Dr.Mahathir mempunyai cara istimewa menyampaikan mesej kepada anak-anaknya apabila dia pulang ke rumah. Beliau akan terbatuk-batuk kecil apabila pulang ke rumahnya (menandakan beliau sudah pulang). Anak-anaknya akan faham dan cepat-cepat menelaah buku sekolah di meja tersebut.
Dr. Mahathir tak suka makan ikan. Ini ialah kerana kepercayaan ibunya (orang dulu-dulu) makan ikan menyebabkan "kecacingan". Disinilah agaknya daging bakar cicah air asam yang menjadi makanan kegemaran Dr.Mahathir disediakan.
Rumah ini kini menjadi warisan negara. Menurut pak guard, kali terakhir Dr.Mahathir menjenguk rumah kelahirannya ialah pada 2003
Beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu berfungsi sebagai balai pameran, auditorium, dan surau. Di dalamnya ada pelbagai catatan sejarah dan beberapa barangan sejarah mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 ini di pamerkan. Beberapa wakaf juga disediakan sebagai tempat berteduh dan merehatkan diri.
Belum ada komen untuk "Rumah Kelahiran Tun Dr.Mahathir"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai