Parpu ni kacang dal. Pertama kali rasa telur itik parpu ini 9 tahun yang lalu di sebuah restoran di Kulim. Pendekata kami jatuh cinta pandang pertama dengan menu ini. Kat situ saja ada jual. Dek kerana tak tahu resepi, cari kat tenet pun tak ada (kebanyakannya masak lemak kuning@cili padi@putih santan).. Anim try lah sendiri..try and error process...last2 dapatlah satu rasa yg memenuhi tekak kami..yg boleh menghilangkan kerinduan pada menu di restoran tersebut.
Guna telur itik saja tau. Telur ayam...hancur. Duduk Kedah ada kelebihannya. Telur itik 40 sen sebiji saja. Masa tinggal di Johor mencecah RM1 sebiji, aduh...macam harga ikan seekor. Alasan apek kat pasar BP, orang Johor guna telur itik (telur asin) untuk bunga pohor pengantin. Hmm..patutlah melambung tinggi. Dahlah payah nak cari yg fresh dan simpan..dlm fridge dia rosak. Terkena air pun rosak. Dah dok SP, kena makan sepuas-puasnya.
2 genggam kacang dal ~ dibersihkan dan direndam dalam 30 min hingga 1 jam
4-5 sudu besar serbuk kari (bancuh dgn sedikit air)
5 tangkai lada kering, digunting serong2
Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk.
Tumiskan bahan di atas hingga wangi. Kemudian masuk bancuhan serbuk kari.
Masukkan lada kering dan daun kari.
Masukkan kacang dal yang telah direndam. Tambah sedikit air@santan cair.
Tutup kuali, biar hingga kacang dal empuk.
Pecahkan telur itik satu demi satu Jangan kacau selalu. Api biar kecil.
Tambahkan santan dan perisakan dengan garam.
P/S Teringat kenangan tinggal bersama arwah Embah Cendel. Telur itik masin yg dia buat...1st class. Dahla tak masin sangat..banyak pulak bawah almari lauk. Arwah masukkan dalam tempayan...
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Telur Itik Parpu"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai