Anak ke2 Anim, SALAHUDDIN yang berusia 8 tahun ni... merungut lagi dengan namanya. Sebelum ini. dia sering mengadu diejek rakan-rakannya "SALAH..SALAH...BETULLUDDIN".
Hari ini, Anim menegur kesalahan kerja sekolahnya....diungkit-ungkit kesalahan abah dan umminya yang memberikan namanya "SALAH" itu..."Sebab itulah selalu buat SALAH"...Hmm..anak-anak. (Alasannya, kenapa tak diberi nama SALEHUDDIN...boleh jadi anak saleh)
"Abah berikan nama tu sempena nama Salahuddin Al Ayubi., Pahlawan Perang Salib. Walaupun dia anak Gabenor, sepanjang hayatnya, dia lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarganya. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, dia akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera"
"Abah mahu Salahuddin berani seperti Salahuddin Al-Ayubi. Abah tak suruh Salahuddin berperang dengan senjata...abah nak Salahuddin berperang dengan mulut . Salahuddin kan pandai cakap. Salahuddin bebaskan Palestin dengan mulut bukan dengan senjata."
"Satu sebab lagi...Abah amat sayangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang Dipertuan Agong ke-11 dan Sultan Selangor ke-8. Walaupun abah anak jati Johor, tapi hampir 20 tahun abah tinggal dan bertugas di Selangor.
Masa dia mangkat pada 2001, Salahuddin belum lahir. Ummi asyik menangis aja masa tonton TV sewaktu siaran langsung upacara pemakamannya di Makam Diraja Klang. Almarhum tu, seorang Sultan yang sangat popular. Dia amat disayangi oleh rakyat negeri Selangor"
Haaa...ingat saja-saja ke abah bagi nama Salahuddin tu???
P/S Lepas ni harap-harap dia tak menyebut-nyebut lagi...
Belum ada komen untuk "Salah bagi nama ni...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai