Home · About Me · Sitemap ·

Si Abdul & telinga



Si Abdul sulung dan kisah telinganya pada 2010

Hampir 3 tahun telinganya tak meragam, Jumaat lalu melangkah ke hospital yang sama dan doktor yang sama. Telinga pun masih yang sama, heee. Mungkin kerana minggu ni sibuk dengan latihan sukan, peluh mengalir masuk ke lubang angin telinga kanannya itu. Dek kerana Ahad (hari ini) si Abdul ambil bahagian larian dalam Sports Day , Dr.Matthew sarankan  ambil injection selain ubat makan kerana telinganya sakit bila disentuh walaupun perlahan.

 
 Susahnya nak cari urat...maklum, tangan si Abdul ni tulang aja yang besar..

Pandai nurse ni layan si Abdul. Sambil bercerita, tangannya buat kerja. "Jangan nangis tau, nanti sakit bila cucuk"..amboi, pandai susun ayat. Tau..tau dah siap..

P/S  Sesetengah lubang angin di telinga mengeluarkan sesuatu seperti "nasi putih" apabila dipicit.

Artikel berkaitan:

Imam muda itu menangis


Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali 2 Abdul balik dari solat Jumaat di masjid berhampiran, macam-macam kena jawab. Apa isi khutbah hari itu, jumpa siapa, ala...cikgule katakan. tak menyoal tak sah.

Hari ini, belum sempat buka mulut bertanya, si Abdul kecil memberitahu , "Ummi, tadi Imam menangis masa baca doa". Tambahnya, Imam muda tersebut menangis ketika membacakan doa :


"Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan Rasulku".

Kata 2 Abdul lagi, ramai jemaah solat Jumaat di masjid tersebut turut mengalirkan airmata. "Abah pun ikut nangis Ummi" . Oo..pandai tengok orang ya. Awak ber2 macamana pulak? Imam tersebut katanya kemudiannya meneruskan doa dalam bahasa Arab yang menurutnya ada bunyi "Thailand, Palestin, Syria". 

Kita yang tak mendengar doa Imam pun turut sebak. Bukan saja sebak memikirkan nasib saudara mara seIslam kita yang berada di Thailand, Syria dan Palestin, tapi turut sebak mengenangkan usia dah menjangkau 40++ tetapi anak-anak pula masih kecil malah belum lagi baligh lagi. Kadang-kadang terfikir di hati, masih sempatkah lagi atau punya banyak masakah lagi untuk mendidik anak-anak mengenal Allah dan rasulNya, sempatkah menanamkan benih jihad agama buat mereka...

2 minggu lalu, seorang pendakwah dari negara jiran kita, Thailand datang ke surau taman berhampiran. Antara tujuannya ialah mengutip derma bagi menampung perbelanjaan dan pembinaan sekolah agama untuk anak-anak yatim di dalam jagaan mereka. Kebanyakan anak-anak yatim tersebut menurutnya adalah anak-anak mangsa tragedi Tak Bai ( 80 orang) . Menurut pendakwah tersebut, mereka amat memerlukan sumbangan dari kita, rakyat Malaysia. 

Kadang-kadang, dalam kita mengutip sumbangan untuk dihulurkan kepada saudara Muslim kita nun jauh di Palestin, kita terlupa akan jiran terdekat kita yang sangat memerlukan. Pendakwah tersebut mengatakan kita beruntung kerana pemimpin kita ramai Islam, sekeliling kita ramai Islam, senang nak mengamalkan Islam (iyakah?) berbanding mereka, Muslim Thai yang berada di bawah pemerintahan kerajaan bukan Islam dan turut ditindas.

P/S Tak boleh jihad dengan tenaga, kena berjihad dengan harta.

Artikel berkaitan:

Kunci Pembuka Pintu Kebaikan & Keburukan



Dalam tulisan Ibnu Qayyim, beliau menyebutkan kunci-kunci kebaikan dan kunci-kunci keburukan dengan berkata "Sesungguhnya Allah telah membuka kunci rahsia untuk membuka semua yang diinginkan oleh manusia, seperti kunci sahnya solat adalah kesucian, hal ini sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW: "Kunci sahnya solat adalah kesucian (bersuci)"

Kunci-kunci pembuka pintu kebaikan yang lain;

1- Kunci pembuka ibadah haji adalah melaksanakan umrah.
2- Kunci pembuka syurga adalah tauhid.
3Kunci mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya dan memerhatikan.
4- Kunci kemenangan adalah usaha dengan bersungguh-sungguh dan bersabar
5- Kunci ditambah rezeki adalah dengan banyak bersyukur.
6- Kunci dapatkan kepercayaan oranglain adalah kasihsayang dan doa.
7- Kunci keberuntungan adalah taqwa.
8- Kunci taufik adalah harap dan takut.
9- Kunci keimanan adalah merenungi segala hal yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk direnungi
10-Kunci mengenal Allah adalah dengan cara penghayatan atas segala sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah, hingga terjadi penerimaan hati yang jernih dan penyerahan untuk Allah, ikhlas dan tulus berbuat kebaikan pada-Nya dalam mencintai dan membenci, dalam melakukan dan meninggalkan.
11-Kunci hidupnya hati adalah menghayati Al-Quran, menjauhi dosa dan sihir.
12-Kunci untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah adalah dengan ihsan dalam menyembahNya, seakan kita disaksikan olehNya atau seakan kita menyaksikan kehadiranNya hingga kita berbuat sebaik mungkin dan sentiasa menjadi orang yang bermanfaat untuk hambaNya yang lain.
13-Kunci pembuka rezeki adalah usaha yang disertai istighfar dan takwa
14-Kunci kehormatan adalah ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya
15-Kunci menyambut akhirat adalah dengan sedikit berangan-angan
16-Kunci semua kebaikan adalah cinta Allah dan akhirat

Kunci-kunci pembuka pintu keburukan pula;

1- Kunci masuk neraka adalah kesombongan, syirik dan penolakan terhadap apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya, lalai dari mengingat Allah dan menunaikan hak-hakNya.
2- Kunci semua kejahatan adalah minuman keras.
3- Kunci pembuka penzinaan adalah menyelewang dan curang
4- Kunci kegagalan adalah kemalasan dan sikap berlengah-lengah
5- Kunci kekufuran adalah kemaksiatan
6- Kunci kemunafikan adalah berbohong dan berdusta.
7- Kunci kebakhilan dan penyebab putusnya hubungan kekerabatan dan mengambil harta orang lain secara tidak halal adalah kebencian.
8- Kunci semua bidaah dan kesesatan adalah menolak apa yang disampaikan oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. 
9- Kunci segala keburukan adalah cinta dunia dan banyak berangan-angan ~Wallahua'lam~

~ Sumber dari Pintu Rahmat oleh Synergy Media~

P/S Kunci-kunci ini tak dapat kita perolehi tanpa usaha yang kuat kerana sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan kunci-kunci dan pintu untuk semua kebaikan dan keburukan untuk kita pelajari, untuk kita amalkan.

Artikel berkaitan:

MAKAN...bagi mereka besar nilainya


Hasil usaha para ustaz di sekolah Anim, ada 17 penghafaz Yassin tahun ini (hafaz dalam tempoh 6 bulan) berbanding 8 pada tahun lalu. Menurut Ustaz Akmal, ramai lagi yang bakal hafaz dalam tempoh 2,3 bulan lagi kerana mereka yang menghafaz sehingga ke 50-60 ayat saja sudah mencecah 40 orang. Untuk makluman, sekolah Anim ni sekolah kebangsaan.

Selain sedikit hadiah galakan yang bakal diberikan nanti, hari ini mereka dijamu oleh seseorang yang berhajat memberi anak-anak ini makan. Jenuh Ustaz nak check nama kerana ramai yang mengaku dah hafal bila diberitahu mereka akan dijamu dengan Nasi Rawa. Malah ada yang tanpa malu memberitahu, "Kalau tahu, kami hafal Surah Yassin"..Ooo...makan pun boleh jadi pencetus semangat ya. Macam-macam perangai anak-anak kecil ni..

Mereka terdiri dari murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dan seperti tahun lalu, dari 17 orang penghafaz, hanya 3@4 orang saja murid lelaki.

Nilah rupa Nasi Rawa. Tak tau nak describe rasa nasi ni. Guna beras panjang macam Nasi Beriyani berlaukkan ayam goreng berempah. Walaupun sesimple ini...ianya dapat menyuntik semangat mereka yang lain. "Lepas ni saya nak hafaz surah Yassin jugak".

 Hari ini jugak, my Year 3 class ada projek bersama. Topik minggu ini ialah Fresh Fruit. We all decided nak buat fruit salad. Dek kerana Madam sudah keletihan kerana sepanjang minggu ini sibuk dengan latihan sukan, sukantara, Pra Sukan...malam tadi sudah tak sempat nak cari bahan. Nasib baik ada stok kuah rojak Mak Bee di rumah. Tengoklah..kita suruh bawa fruits, ada yang bawa vegetables (timun) .

Lepas makan, kenal buah, describe buah (sepatutnya describe step nak buat fruit salad), kita makan-makan. Lagipun penat baru lepas latihan Sukaneka sebelum rehat tadi belum hilang. 

Actually, murid yang sama jugaklah waktu kami "berpesta buah" 2 tahun lalu (waktu itu mereka Tahun 1, huhu). Sukanya mereka....walaupun hanya makan buah bercolek saja.

P/S Bila tang makan cikgu hidangkan, siapkan...itu yang buat mereka berselera dan terliur agaknya...

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 31: Tetamu Tegar (II)

  


P/S Setiap kali majlis baca Yassin, tetamu tegar pasti muncul tumpang lena....

Artikel berkaitan:

Kemusykilan terjawab sudah

Setiap kali menonton bicara ilmu di TV (Tanyalah Ustaz, misalnya) atau menghadiri majlis ilmu di masjid, adakala tergerak nak bertanya Ustaz tentang kemusykilan di hati. Tapi bimbang pula soalan yang dikemukakan itu dikata "macam tu pun nak tanya" (sangkaan sendiri). 

Camnapun kemusykilan yang satu ni akhirnya terjawab tanpa dikeluarkan dari mulut sendiri. Alkisah, Ustaz yang memberikan kuliah Subuh di satu masjid di SP ni memberitahu jemaah tentang satu soalan yang dikemukakan oleh sekumpulan jemaah wanita sewaktu dia memberikan tazkirah di satu negeri.

Ianya tentang berwuduk sebelum tidur. Menurutnya, kumpulan jemaah wanita tersebut bertanyakan perihal wanita, bagaimana nak tidur dalam keadaan berwuduk kerana sudah pasti wuduknya terbatal sebaik saja tidur bersebelahan suami. Sebenarnya, itu jugalah soalan "macam tu pun tanya" yang bermain-main dibenak fikiran Anim.

Jawapan Ustaz yang membuatkan Anim rasa, "kenapalah aku tak pernah fikir sebelum ini" ialah:

Kita dianjurkan berwuduk sebelum tidur oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam. Soal batal ke tak batal, buat apa nak ambil wuduk sebab bila nak masuk tidur nanti terbatal juga tu soal lain. Kerana menurut Ustaz, kalau kita tertidur tanpa tersentuh pun wuduk kita terbatal. Mereka yang berwuduk sebelum tidur akan didoakan oleh Malaikat. Yang penting, kita ikut sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam berwudhuk sebelum tidur.

P/S Malu bertanya sesat jalan, malu bertanya sebab takut orang gelak lagi bahayakan? Alahai..hanya berani tulis soalan atas kertas saja..huhu

Artikel berkaitan:

4 Jenis Rezeki


Salam Jumaat, penghulu bagi segala hari

Burung-burung sentiasa berkicau riang tanpa sedikit pun bimbang tentang rezeki malah tidak bimbang tentang rezeki anaknya yang ditinggalkan di sarang . Namun ramai manusia sedih dan murung kerana memikirkan rezeki walaupun hakikat yang pasti, rezeki setiap makhluk yang hidup di atas muka bumi ini dijamin oleh Allah SWT 

Imam al-Ghazali menjelaskan sesungguhnya rezeki terdiri dari 4 jenis:

1- Rezeki yang DIJAMIN iaitu umur kita, kesihatan kita, air yang kita minum, udara yang kita hirup, semua orang akan memperolehinya.

2- Rezeki yang DITERIMA ialah rezeki yang kita peroleh daripada apa yang kita usahakan. Rezeki tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha.

3- Rezeki yang DIBERI iaitu dalam rezeki yang kita peroleh ada rezeki orang lain, yang mesti kita beri baik melalui zakat mahupun sedekah.

4- Rezeki yang DIJANJIKAN hanya akan diperoleh apabila dipenuhi syarat-syaratnya.

Apa syarat-syaratnya? Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

Dalam surah al-A'raf, 7:96

Ertinya : "Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa pastilah Kami limpahkan mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami itu, maka Kami akan seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Dalam surah al-Talaq, 65:2-3

Ertinya ; "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka; dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya"

Jadi sesungguhnya rezeki sebagaimana yang telah ditetapkan pada waktu roh kita dihembuskan, barangkali belum 100% kita terima. Barangkali masih ada tabungan rezeki kita yang hanya akan Allah SWt kurniakan kalau kita mahu taat kepadaNya. Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka.

~ Mudahnya Mendapat Rezeki oleh Mukhlas Asy-Syarkani~

P/S Dapat hirup udara segar di SP berbanding negeri lain yang mengalami jerebu juga satu rezeki yang patut disyukuri oleh kami semua.

Artikel berkaitan:

Cerita Urut


Buat makchaq, Bin Muhammad, Aine AinunShaiful dan Zu, minta maafle kerana entry previously bersama komen kalian sudah missing in action .  Apa nak buat...bukan mulut je kena zip, tangan pun kena rantai..huhu (tahu sama tahu)..

Camna pun tetap nak tepek gambar si Abdul yang diurut dengan Mamu ni. 3 hari demam,3 hari juga tak bersekolah dan tak berselera makan, alhamdulillah...bertambah segar hari ini. Sudah bersekolah walaupun mukanya masih pucat. Dia ikut betul pesan Mamu, jangan banyak minum ais. Kembang semangkuk dan biji selasih sudah Anim rendam untuk dijadikan minumannya sebagaimana nasihat Mamu.

Cerita tentang urut ni, banyak pro dan kontra. Ada orang kata (sapa orang tu?) dia tak nak biasakan diri berurut sebab nanti badan termanja, sikit-sikit nak urut, sikit-sikit nak urut. Ada pulak yang kata, berurut ni bagus untuk redakan stress, bagi darah berjalan lancar.

Sedari kecil,memang Anim tak biasa berurut. Keluarga tak biasa berurut, kita pun dah terbiasalah. Kenal urut ni bila dah berkahwin. Embah Encik Suami ni dulu bidan. So, family depa ni.. baik demam je mesti kena urut. Dari baby hinggalah orang tua. Nampaknya...Anim anak beranak dah terikut-ikut dengan gaya sebelah sana!! Tak sedap badan, lesu badan ke...cari tukang urut.

Bestnya dok SP...boleh panggil tukang urut mai rumah. Boleh tetapkan masa, boleh jimat masa menunggu dan bila tiba giliran Anim, tak perlulah risau tinggalkan 2 Abdul di rumah.

Camnapun...bukan Mamu yang mengurut saya ya. Tukang urut Anim pula ialah gadis bujang yang menjalankan perkhidmatan mengurut di rumah. Dia ni ada kelulusan dari UiTM dalam bidang Sains Sukan. Urutan dia bukannya seperti urutan bersalin tetapi lebih pada urutan stretching. Pernah jadi tukang urut kontrak semasa SUKMA. Setiap kali mai, dia turut membawa katil lipat berlubang di muka yang dibawa khas dari USA berharga RM3000 ni . Pandai dia guna masa dan peluang untuk meraih pendapatan dengan kepakarannya sementara menanti pekerjaan yang sesuai (dia memohon kerja di Majlis Sukan Negara).

P/S  Tertunggu-tunggu kot2 ada servis memotong/mencuci/mendandan rambut ke rumah...huhu..

Artikel berkaitan:

Kenali Durian@Gurun


Musim durian muncul lagi di Utara. Kelibat durian boleh dilihat di tepi-tepi jalan walaupun belum nampak longgokan besar.. Jadi perantau ni, tak bolehlah nak balik kampung makan durian. Kena cari sendirilah. huhu...

Dek kerana Ramadhan nak menjelma ( posa tak lalu makan durian), Anim dan 2 Abdul dibawa Encik Suami ke Gurun. Nak ajak "hantu-hantu durian" pekena durian dalam kebun. Camtulah perangai dia..bila dia berpeluang p@ makan mana-mana tempat makan yang best, selang 2,3 hari diangkutnya kami 3 beranak ke sana pulak. Kira tak nak bagi kami "ngences" kalau cerita...huhu...

4 tahun dok SP, taste "hantu durian" Johor mari ni tertumpu pada 2 tempat. Satu durian Singkir, satu durian Gurun. Dek kerana durian Singkir belum luruh, p kebun durian di Gurun le. Suka makan siap-siap di situ, tak suka bawa balik. Kesian kat jiran bau saja dapat nanti...

Ada 30 jenis durian di 11 ekar kebun duriannya di tepi jalan di kawasan Gurun (ini anak Apek) . Macam-macam jenis durian ditanam dan macam-macam nama diberi. Ada Hijau Kuning, ala...lupa dah yang lain. Anim dan 2 Abdul makan 3 jenis pagi itu. Encik Suami cuma makan seulas saja, huhu..tak berani lebih-lebih..

Durian D78. Nemang tip top. Ada rasa pahit sikit. Suka-suka.

Durian Udang. Tengoklah..ada rupa udang. Yang ni paling sedap. Makan kena hisap-hisap sikit, baru ada feel memakannya.

Durian Kopi. Pokok ni dok dekat sangat dengan pokok kopi, hee.. Kalau diminta bagi rate, Anim pilih terbaik ialah durian Udang, next durian D78 dan 3rd, durian Kopi. 

Nak rasa durian lain, belum luruh lagi dan si Abdul sulung pun sudah stop makan. Bestnya kalau kita duduk kampung camni, katanya...iyalah tu.

P/S Kebun ni memang dikenali area Gurun. Memang mahal sikit harganya. Pada pandangan Anim, pelanggan tetap datang kerana customer servicesnya bagus. Toke pilih durian ikut citarasa pelanggan..nak durian pahit,  nak manis, nak isi  tebal, isi putih, isi kuning, nak rasa pahit campur manis....sebut saja.

Artikel berkaitan:

Allah nak temukan di SP


Ada pengalaman tak main redah saja kalau nak pergi ke mana-mana? Dulu-dulu, masa ber2, selalu juga buat lagu tu. Main redah aja. Bila ada 2 Abdul, usia pun makin bertambah (stok ubat kena bawa), soal  penginapan mesti diutamakan dulu. Risau tido dalam kereta weiii...

Alkisah, cuti sekolah lalu, tak sampai 24 jam balik dari Beijing, terima msg dari sahabat lama di Batu Pahat. Dia , suami dan 3 anaknya dah tiba Ipoh. Minta tolong carikan penginapan di Langkawi. Kawan si suami di Penang dah on the way balik Johor. Aduhai...cuti sekolah ni, ada ke hotel @ homestay di Langkawi yang kosong. Bila ditanya kenapa tak booked awal, "Kitaorang berjalan macam kartun ni, main redah aja".

Called Riverra Inn. Rezeki mereka, ada satu bilik kosong. Sewa kenderaan depa dah urus sendiri katanya. Jam 9 malam,  depa masih di jetty Kuah. Tunggu kereta sewa. Bilik bermalam ada, kereta pulak tak ada. Minta depa ke Riverra Inn dengan teksi, berehat dulu. Bayangkanlah...dari Johor terus ke Langkawi, depa cuma berhenti solat dan makan. Encik Suami called lagi pihak hotel, minta tolong cari kereta untuk mereka. Settled..dapat Wira katanya.

 
Hjh Murzana,, dekat 5 tahun juga tak jumpa

2 malam di Langkawi, depa singgah SP sebelum balik Johor. Gelihati bila dapat tahu plan asal depa nak ke Cameron Highlands. Then, di highway, tukar plan ke Pulau Pangkor. Camnalah terlajak ke Pulau Langkawi, kak oooi...Sediakan homestay di taman bersebelahan. Lepas Maghrib, bawa depa dinner di luar. Balik Beijing, belum sempat nak ke pasar you. Beg pakaian pun belum habis selongkar.

Restoran Mee Udang D'King jadi pilihan. Selain Mee Udang (udang laut), order juga nasi dan lauk pauk. Takut tetamu tak kenyang..huhu..

2 bujang kak Mur. Si teruna berbaju kuning akan  ke Mesir dalam bidang Syariah dalam masa terdekat (menyusul abangnya yang ada di sana). Seronok lihat depa enjoyed Mee Udang ni. Kami yang kurang lalu makan nasi sejak turun flight, turut sama terliur.

Pagi sebelum bertolak balik, bawa depa breakfast di rumah Anim. Sempatlah goreng mee dan buat sandwich.

Jangan serik bertandang ke SP. Next time bawa Along dan Nurul sekali .

Inilah yang buat kami semua teruja bila ditunjukkan gambar cucu cicit Anim di Batu Pahat. Comel tak??. Kak Mur ni salah seorang dari sahabat  yang terima arnab-arnab  (tok nenek depa) sewaktu Encik Suami bertukar ke KL. Sejuk tangan Kak Mur sekeluarga, membiak keturunannya. Anak-anak Kak Mur pun dah pandai sembelih dan siat bulunya. Ada rezeki, bolehlah rasa rendang daging kalian raya nanti , huhu...

P/S Sebenarnya Kak Mur, plan nak ke CH dan Pulau Pangkor tu tak terlaksana sebab Allah nak temukan kita di SP.

Artikel berkaitan:

Pernahkah kita MENANGIS kerana orang bukan Islam?

 
Anim suka dengar Ustaz Ebit Lew di Radio IKIM. Bila bercerita tentang Nadia (entry ke Beijing) , Anim nak share Bab 4 dalam buku yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew dalam "Tangisan Umat".

-----------------------------------------------------------------------------------
Pernahkah kita menangis apabila melihat orang bukan Islam disekeliling kita mati tanpa sempat mengenali dan sujud kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa?

Seorang yang hidupnya dipenuhi dengan kesusahan, penderitaan sehinggakan dengan airmukanya saja orang lain dapat merasai masalah yang ditanggungnya. Sebahagian manusia seperti ini diuji dengan kesusahan di dunia ini.

Kita menangis apabila melihat atau mendengar kesusahan mereka, kehilangan keluarga, hidup merempat, kebuluran, tiada tempat tinggal dan cacat anggota badan. Kita sedih, sayu, menangis dan tertanya-tanya bagaimana mereka tabah meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Ya ALLAH kasihanilah mereka. Hakikat sebenarnya apabila datang kematian maka berakhirlah kesusahan di dunia mereka.

Kita menangis apabila melihat orang tiada makan dan minum. Itu naluri manusia dan kita wajib membantu. Seorang yang tidur dalam keadaan kenyang tetapi jirannya tidur dalam keadaan lapar, orang tersebut akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Mati kebuluran tanpa dapat makanan dan minuman tidak jadi sebab untuk seorang masuk neraka tetapi seorang mati tanpa iman, mereka akan dicampak ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Ya ALLAH kasihanilah umat ini, dalam setiap jam ada orang yang mati tanpa sempat mengenal KAU sebagai Tuhan.

Teringat saya ketika mendengar satu ceramah yang sangat memberi kesan kepada hati saya sehingga hari ini. Disampaikan oleh seorang da'ie bernama Ibrahim Kobe. Beliau berasal dari Kobe, Jepun. Semasa datang dan berceramah di Malaysia, beliau menangis dan berkata,

"Kamu orang yang zalim. Kami orang Jepun berusaha berfikir untuk memenuhi segala keperluan hidup kamu seperti kipas, penghawa dingin, peti ais, mesin basuh dan pelbagai barang lagi. Kami mengeksport barang ini untuk keperluan dan keselesaan hidup kamu. Tapi kamu ada satu perkara yang lebih besar dan mahal dari segalanya iaitu ISLAM. Tetapi kamu tidak berusaha untuk eksport dan kongsikan dengan kami. Ibu dan ayah kami akan masuk neraka selamanya kerana tidak sempat mengenali Allah SWT. Kamu tidak pernah berusaha supaya ISLAM sampai pada kami. Kami akan dakwa kamu," beliau menangis yang amat sangat.

Ketika sahabat saya berdakwah di Eropah, mereka telah sampai ke satu tempat dan di situ berjumpa dengan seorang pemuda yang telah memeluk Islam. Kemudian dia membawa sahabat saya tadi ke satu kawasan perkuburan Kristian. Sahabat saya terkejut dan dia menunjukkan kubur ibubapanya. Pemuda tersebut menangis dan berkata,

"Mak dan ayah saya lebih baik dari saya tapi mereka meninggal dunia tanpa sempat kenal Tuhan yang sebenarnya. Mereka akan masuk neraka. Jika kamu datang lebih awal, insya Allah mereka sempat masuk Islam." Sahabat saya dan jemaahnya mula menangis.

Imam Al-Ghazali berkata, jika ada orang mati dihujung dunia tanpa iman maka setiap orang Islam akan dipertanggungjawabkan. Pernah satu ketika Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam bangun berdiri dan menangis ketika melihat mayat daripada kaum Yahudi sedang diusung ke tanah perkuburan. Walaupun satu orang dari umatnya mati tanpa iman menyebabkan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam menangis dan bersedih.

P/S Nak bercerita (berdakwah) kat rakan sekerja pun kadang-kadang tak terkeluar ayat dari mulut. Dalam bukunya, Ustaz Ebit Lew menulis perkara ini terjadi kerana orang Islam sendiri tidak dapat menikmati nikmat Islam maka menyebabkan mereka tiada keinginan berdakwah dan tiada keinginan untuk melihat semua umat Nabi Muhamammad Sollallahu Alaihi Wassalam terselamat dari azab Allah SWT. Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 30: Nak Ole-Ole Beijing???


Nak buat contest malu pulak, tak biasa. Nak beri ole-ole kat kawan-kawan readers, takut tak cukup untuk semua. So..cadang nak minta kawan-kawan buat sebaris dua ayat untuk 2 gambar unta di bawah. Clue dah diberi..terpulanglah ya..Saja suka-suka. Moga-moga kalian sudi nak join.

2011

2013


HADIAHnya....
10 komen akan dipilih oleh my 2 Abduls ..
Ikut depa ya..
Dan mereka yang terpilih akan menerima
salah satu dari ole-ole yang dibawa dari Beijing
(No.1 diberi peluang buat pilihan, next no.2 dan seterusnya..)

3 beg kain  (boleh letak kain telekung)
2 caps tertera BEIJING
5 key holder tempat dilawati di Beijing (2 in 1) yang mengandungi nail clipper dan pembuka tutup botol

Syaratnya:
Tak perlu jadi follower..sapa-sapa boleh even silent readers
Sehingga 30 Jun okay kot ya..
Kalau boleh nak settle ole-ole ni sebelum Ramadhan..heee

Selamat Mencuba..:D))

P/S Kalau 5 orang saja sudi komen, saya beri sorang 2 hadiah lah...heee

Artikel berkaitan:

CHALK versi baru


Hampir 3 tahun guna CHALK versi liquid, naik cuti , kami dibekalkan CHALK baru.

Tak kisahlah versi apa pun, yang penting, 100% dust free. Chalk ni water soluble tau, ingat panadol aja ke?

Kena masukkan CHALK (kenyal macam getah pemadam) ke dalam sarung serupa pen.

See...kecil, boleh simpan dalam handbag, dalam kocek. Tak risau bocor dan tak perlu berkejar ke pejabat untuk isi liquid (kering waktu menulis) seperti board marker sebelum ini.

CHALK baru ni tak boleh padam dengan duster biasa @ dengan tisu @ dengan jari. Ada cara khas. Isikan air dalam bekas yang disediakan.

Duster khas serupa penggolek cat ini perlu direndam dengan air dan ditoskan sekejap. Kemudian barulah boleh bersihkan papan hitam.

P/S Lega..baju tak "rosak" lagi tapi...takut bebudak berebut nak padam papan hitam le pulak.

Artikel berkaitan:

6H/3M Beijing Tour: Catatan Terakhir (Doa untuk Nadia)


Salam 1 Syaaban. Sebulan saja lagi masuk bulan Ramadhan. Lega rasanya dapat habiskan catatan terakhir ke Beijing ( yang memerlukan daya ingatan diri sendiri dan 3 Abdul)

Lepas solat Jumaat, kami dibawa ke Silk Street Market. Bangunan 5 tingkat ini ada 1,600 booth. Premis perniagaan ni baru lepas pengubahsuaian. Aduh...mesti pening kepala nak pusing semua kedai bawa 2 Abdul .

 
Pandai pulak 2 Abdul susun ayat, "Duit abah banyak lagi tak?". Rupa-rupanya ada hajat lagi. Sabo ajalah. Dah dapat sorang satu mainan lagi, kami hantar 2 Abdul ke coaster. Nadia dan pemandu menunggu dalam coaster. Kesian heret 2 Abdul sana sini. Anim dan Encik Suami masuk semula ke dalam market. Ooops...gambar ini saja yang ada di market.

Sejak hari pertama lagi, souviner untuk adik-adik dan geng bas sekolah Anim beli dari penjaja yang menunggu kami area hotel ( luar coaster) atau di tempat lain kami singgah sebelum ini. Tawar sikit-sikit, dah boleh dapat harga berpatutan. 

Itinerary ke Beijing memang letak aktiviti shopping last day. Satu beg sengaja dibiarkan kosong sebab plan nak beli cadar dan alas meja untuk Bonda dan MIL Pengalaman Encik Suami ke Shanghai, 2 tahun lalu kerana urusan kerja banyak membantu menawar rendah harga cadar cotton patchwork King Size dan alas meja bersulam yang dibeli. Anim mengaku tak pandai dan tak suka bab tawar menawar ni. That's why jangan ajak saya temankan shopping!

Kemudian, ikut dia keluar masuk kedai cari jaket, Encik Suami mula tunjuk muka tak senang. Beza betul suasana Silk Street Market di Beijing ini dengan market di Shanghai katanya. Letih bertekak menawar barangan sehingga 90%. Jaket berkenan dihati, dijual 1200 yuan. Dekat 5,6 kali kalkulator bertukar tangan, akhirnya jadi 200 yuan. Begitu juga beg kulit yang Anim berkenan. Aduh...letih kita dibuatnya.

Encik Suami kemudian suruh Anim perhatikan kelakuan majoriti peniaga di situ selepas pelanggan keluar dari kedainya. Masya Allah, setelah berdiri di depan kedai dan memerhatikan peniaga (salesperson) di  2,3 booths, sungguh.. terkejut bila Anim dapati mereka akan "menyumpah " pelanggan yang keluar dari kedainya, samada pelanggan itu beli barang atau sekadar masuk melihat. Hilang mood nak ronda kedai lain. Cukuplah..

Satu lagi, kena berhati-hati bila membayar. Jangan leka dan pastikan kita ada teman bersama. Dalam beringat-ingat, terkena juga. Encik Suami singgah di sebuah kedai untuk membeli sekotak Green Tea. Dia menghulurkan 50 yuan (RM25) tetapi kotak teh masih di tangan si peniaga. Sebaik dia meminta kotak Green Tea tu, si peniaga dakwa Encik Suami belum bayar lagi. Terkejut. Walaupun Encik Suami kata wang sudah dibayar, dia tetap kata belum. Bimbang timbul masalah, terpaksalah Encik Suami hulurkan lagi 50 yuan. 


Teringat entry terdahulu tentang kabinet syaitan ..memang ini kerja syaitan Zalitun.  Tak salahkan sesiapa. Silap kami, tak baca doa sebelum masuk pasar!! 

Dinner di Restoran Salama. Tambahan roti nan dan cekodok manis. One lady dalam gambar ialah pengurus restoran, Aisyah. Dia ada sepasang anak ( Anak pertama, semua free. Anak ke2, kena tanggung dan bayar perubatan dan persekolahan). Aisyah kata cekodok manis itu diletak susu. Si Abdul kecil menggeleng kepala tak mahu makan. Heran...heran.. Kena siasat ni.

Rupa-rupanya waktu Anim dan Encik Suami masuk market semula, dia ada ajak Nadia ke tandas. (Kami dah ajar bersuci guna botol mineral dan tisu basah). Dia terlupa bawa botol, terlupa bawa Dettol wet tissue. Dok tahan..tahan, akhirnya melepas dalam coaster.

Silap Anim juga tak pasang plan B. Tak sanggup rasanya nak punggah beg pakaian kotor. Syukur, ada satu kedai pakaian tak jauh dari restoran. Terjumpa seluar 3/4 panjang. Tu jelah satu saiz paling besar. (orang Beijing banyak jalan, tu payah jumpa orang gemuk). Mula-mula, dia berbunyi juga "nampak aurat" walhal 3/4 panjang. Pujuk...kalau sempat singgah kedai lain, cari long pants. Tak pe, solat nanti, pinjam kain pelekat abah.

Setelah Nadia berbincang dengan pihak restoran, depa benarkan kami guna satu ruang makan (muat 2 orang) untuk solat.Syukurlah...dapat tunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak sebelum bertolak ke airport.

 
Jam 10.30 malam tiba Beijing Airport. Flight kami jam 1.30 a.m. Nadia terpaksa minta diri kerana pemandu coaster sudah lebih waktu kerja . Sungguh...sedih dan sayu nak berpisah dengan Nadia. Macam ada "connection" dengan Nadia. Nadia ada beritahu, dia berkawan dengan seorang student perempuan yang belajar pemanduan pesawat (pilot rasanya) di Beijing. Student Indonesia itu ajar Nadia bahasa Indonesia manakala  Nadia pula ajar dia bahasa Mandarin.

Masa yang ada terlalu singkat. Tak banyak yang dapat dikongsikan bersama Nadia. Kami pelawa Nadia datang mengunjungi kami di Malaysia, tempat tinggal tanggung beres. Insya-Allah, kami akan terus ber"wassap" dengan Nadia dan mengambil tahu perkembangan dirinya . Bye bye Nadia. Moga kita berjumpa lagi.

Sewaktu menunggu kaunter MAS dibuka untuk check in, berbual dengan satu family (4 beranak) dari Malaysia yang menaiki flight yang sama. Terkejut bila diberitahu, groupnya dihantar ke airport oleh tour guidenya sejak 4.30 petang. Letih bebenar nampaknya mereka. Dia sendiri rungutnya, makan ke mana, solat ke mana.

Kasihan, bukan ada halal food kiosk di airport ni. Solat di negara bukan Islam ni kena kering muka, tak boleh malu kat orang. Kena cari tempat dan bentang sejadah atau kain bersih. Kalau malu, rasa tak selesa, memang tak terbuat jawabnya. Rezeki kami dapat tour guide yang bertimbangrasa dan memahami masalah kami

P/S  Si Abdul kecil? Tak sempat dah nak cari long pants. Pakai seluar itu sehingga turun Penang Airport. Match pulak dengan T-Shirt yang dipakainya itu.

Artikel berkaitan:

6H/3M Beijing Tour: Catatan 5 (Solat Jumaat di Beijing)


Tinggalkan dulu kisah Nadia. Sambung nanti di ending part (sajalah Anim tu....)

Lepas Olympic Beijing Park, kami di bawa untuk lawatan wajib ke Pearl Factory. Mutiara di sini dari tiram yang diternak dalam air tawar (fresh water) berbanding dengan mutiara air masin yang banyak di Sabah (lebih berkualiti).  Namun sekali imbas tak nampak perbezaannya.

Dari tiram saja dah nampak kehebatan kuasa Allah. Hidupan air (tiram) ni rupa saja buruk tapi di dalamnya terhasil mutiara berharga yang menjadi rebutan ribuan manusia. Depa kata nak tau mutiara tu betul ke tidak, cuba gosok kedua-dua mutiara. Kalau keluar serbuk halus itu mutiara asli. Kalau licin saja, itu palsu. Kalau versi kita, selain gigit mutiara tu ialah kita bakar. Betul tak?

Hari ni berbas-bas group dari Malaysia. Seperti biasa, diletakkan dalam bilik-bilik berasingan. One lady (dakwa anak toke company) beritahu kami dapat diskaun tak sama dengan group lain. Special. Siap pesan, jangan bagitau harga yang diberi kat group lain. Harga? Boleh buat kita geleng kepala tak percaya. Dari 2800 yuan jadi 500 yuan. Gold pearl yang katanya susah nak jumpa  dari 58 800 yuan boleh turun jadi 1200 yuan. Hati sudah terdetik, kami nak kena goreng hari ni. Kalau jualan gudang Habib Jewel tu, percayalah. Tapi di Beijing, pu yau, pu yau..

Dalam beringat-ingat, tawar menawar, tertarik dengan bracelet pearl hitam beserta sebentuk cincin  buat kenangan. Pilihan harga sedang-sedang saja, tak sampai RM300. Kita pun budget rendah.

Bila terjumpa Malaysian group lain di toilet, masing-masing buka mulut. Pendek cerita...semua group dapat pesanan yang sama, diberitahu group mereka dapat diskaun istimewa. Ada satu group, satu bas dapat free cincin . Harga pula berbeza bagi setiap group. Nasiblah, kali ni masing-masing kena goreng dengan perempuan lah pulak..huhu...

Lunch di A Fun Ti Culture (sebut Affandi). Melihat gambar-gambar di dinding, depa ada dinner show.  Pertunjukan ular dan tarian gelek, huhu. Nasib baik mai lunch. Kali ni masing-masing pandang saja satu persatu lauk yang dihidangkan. Betullah, paling lama kita bermusafir, tahan makanan yang sama 3 hari saja. Walaupun bermacam jenis menu dihidangkan, dok teringat nasi lemak, tomyam, sup ekor, teh tarik..heeee.

Hari ni, hajat Encik Suami tertunai. Roti nan (macam roti pizza tapi berbijan di atas) yang dimakan bersama daging dan mee goreng serupa spaghtetti bolognaise pulak. Mee tu depa buat sendiri. Kenyal dan panjang betul.  Kami tumpang makan sekaki lah.

Nadia kemudian bawa kami solat di Beijing Dongzhimen Mosque. Kamilah group pelancong pertama yang tiba. Alhamdulillah...solat Jumaat belum bermula walhal macam tak sempat saja masa lunch di A Fun Ti Culture tadi. Syukur, Allah berikan pengalaman bersolat Jumaat bersama jemaah tempatan di Beijing. Tentunya ini satu pengalaman baru diperolehi Encik Suami dan 2 Abdul. Rezeki...

Satu yang Anim perhatikan, tak ramai budak-budak seusia 2 Abdul yang kami temui sepanjang beberapa hari di Beijing. Warga tuanya rajin layan kanak-kanak. Anim sempat perhatikan seorang warga tua rakyat tempatan ambilkan kerusi untuk si Abdul masa dia nak buka kasut di masjid tersebut. Sabar dia menunggu. Kekangan bahasa saja menjadi penghalang berkomunikasi.


Yang ni di luar masjid. 2 Abdul bersolat Jumaat di dalam masjid.  Depa kat dalam masjid duduk atas tikar (sponge nipis) . Serupa duduk atas tilam nipis, kata Encik Suami. Fuyoooo.. Mula-mula ceramah dalam Mandarin. Lepas tu barulah khutbah dalam teks bahasa Arab yang dibaca oleh Imam rakyat tempatan.


Sempat membeli biskut dan kuih muih halal yang dijual di luar masjid. Inilah peluang nak merasa biskut dan kuih-muih yang sure kita tak beli bila balik ke Malaysia.

P/S Lepas ni shopping di market, dinner dan perjalanan ke airport. Ada sedikit cerita tentang Nadia di penghujung. Hopefully...boleh rangkum dalam satu entry. See yaa...

Artikel berkaitan:

6H/3M Beijing Tour: Catatan 5 (Kalimah Syahadah di Beijing)


Salam Jumaat yang mulia. Penghulu bagi segala hari. Seminggu dah berlalu. Catatan kali ini juga adalah catatan Jumaat kami di Beijing.

Jam 8 pagi sudah check out, usung beg masuk coaster. 2 seats penuh dengan beg. Dah nak sampai penghujung catatan, baru dapat cari gambar coaster yang mengusung kami ke hulu ke hilir selama berada di Beijing.  Ooops, kalau dah dapat GUNDAM (keluaran BAN DAI), si Abdul sulung tak ambil tahu apa berlaku disekelilingnya. Selagi belum siap assemble, selagi tulah dia leka dengan dunianya.

Dek kerana hari ini last day bersama kami, Nadia buka "kamus"nya dan mencari pantun untuk diperdengarkan. Lucu bila pantun berbunyi pelat Indonesia bersama slang China. 2 pantunnya ialah "Kalau ada sumur di ladang...." dan "Kalau ada jarum yang patah....". Kami kemudian memberikan perkataan Bahasa Malaysia untuk beberapa perkataan Indonesia yang sering dituturkannya seperti Kaisar= Maharaja, Ibu Suri= Permaisuri, olahraga= riadah, macet= jammed.

Nadia tunjukkan tulisan yang ditulis oleh seseorang pelancong Indonesia di dalam "kamus"nya itu. Allahu Akhbar, ianya adalah kalimah syahadah (seperti di atas) . Nadia meminta bantuan kami membaca tulisan yang tidak difahami itu, katanya. Suasana hening dalam bas ketika Nadia melafazkannya satu demi satu mengikut kami. Berkat pagi Jumaat di Beijing...kami bersama-sama melafazkan kalimah syahadah pagi itu. Syahdu bila diingat-ingat.

2 Abdul ikut sama membetulkan lafaz kalimah syahadah Nadia. Nadia kemudian merakamkan kalimah syahadah yang dilafazkan si Abdul sulung dengan hp. "Nanti kalau saya lupa bacaannya, saya dengar semula suara kamu". Ya Allah...sebak tak semena-mena. Adakah ini hidayah dari Allah untuknya? Subhanallah...di bumi yang majoriti rakyatnya tak beragama, kami ditemukan dengan Nadia. Terasa kerdilnya diri nak membantu Nadia. Bagaimana cara nak terus membimbingnya? Kekangan bahasa, budaya dan tradisi menjadi penghalang.

Nadia bercerita tentang kawannya, seorang pemandu van pelancong Muslim yang berusia 40an. Setiap kali bawa pelancong Malaysia@Indonesia ke masjid untuk bersolat, pemandu tu kata malu nak masuk masjid kerana tak tahu bersolat. Walaupun pemandu itu lahir dalam keluarga Muslim, Muslimnya diwarisi saja. Agama tidak pernah diajar , dakwah tidak boleh dilaksanakan. Hati mana tak tersentuh. Kepada siapakah nanti tanggungjawab itu disoal oleh Pencipta kita di Padang Mahsyar? Gementar memikirkan mungkin Anim sendiri turut bakal ditanya..

Sebelum ni, Anim ada beritahu Encik Suami, walaupun penduduk Beijing yang ditemui di jalan nampak happy, menyanyi, menari, beriadah bersama rakan-rakan tapi wajah mereka tak tenang, macam muka orang sedih. Mereka seperti mencari-cari sesuatu yang hilang.

Begitu juga Anim lihat Nadia . Dia masih solo, terima gaji 16 000 yuan (RM 8000, ini tak termasuk tips tau) dan miliki apartment moden sendiri (sewa beli selama 70 tahun, di sini tanah milik kerajaan). Mungkinkah setelah bergaul bersama pelancong Malaysia & Indonesia, membawa mereka ke masjid, melihat akhlak Muslim yang ditunjukkan,  "kekosongan" jiwanya terisi sedikit demi sedikit. Semoga pelancong Indonesia yang menulis kalimah syahadah itu di kamusnya itu memperoleh ganjaran dari Allah. Kami hanya meneruskan langkah ke2, mengajar Nadia melafazkan kalimah syahadah itu pula.

Kami kemudian menapak ke Olympic Park Beijing yang dibina untuk 2008 Summer Olympic Beijing. Bangunan IBM berbentuk dragon, unikkan? Angin kuat, sesuai untuk layang-layang terbang tinggi.

Nadia tak berhenti-henti menyebut kalimah Syahadah sewaktu berjalan sambil ditemani si Abdul. Kami membiarkan mereka ber2 berjalan beriringan tanpa diganggu. Pandai pulak si Abdul bila dia mengajar Nadia melagukan "Laillahaillallah...Muhammadurrasulullah".

Waduh..jauhnya nak berjalan lihat Olympic Park ni. Eeeh..ada train. Apakata kita jimat masa dan save tenaga?

Kena kuar kocek sendiri dalam 30 yuan rasanya (lupa). Jauh nak jalan ooo....

Train berhenti sekejap untuk bergambar di Olympic Bird's Nest Stadium" dan Water Cube Swimming Pool (waktu malam nampak 7 warna katanya).

Nadia kata, Jackie Chan beli rumah di blok bertanda anak panah tu.

~ Alamak...sorrylah. Anim ingat Anim mampu habiskan marathon Anim dalam entry ni. Punya seronok tangan ni bercerita, sedar tak sedar dah banyak perenggan. Need to stop dulu. Semput...heee..~

P/S Next entry...tapi kali ni tak janji itu ending part. Sebab ada huru , ada hara,  ada suka,  ada duka, ada lucu namun ada iktibar disebalik semuanya. Takut Penglipur Lara ni terlebih cerita...huhu..

Artikel berkaitan: