Salam Jumaat, penghulu bagi segala hari
Imam al-Ghazali menjelaskan sesungguhnya rezeki terdiri dari 4 jenis:
1- Rezeki yang DIJAMIN iaitu umur kita, kesihatan kita, air yang kita minum, udara yang kita hirup, semua orang akan memperolehinya.
2- Rezeki yang DITERIMA ialah rezeki yang kita peroleh daripada apa yang kita usahakan. Rezeki tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha.
3- Rezeki yang DIBERI iaitu dalam rezeki yang kita peroleh ada rezeki orang lain, yang mesti kita beri baik melalui zakat mahupun sedekah.
4- Rezeki yang DIJANJIKAN hanya akan diperoleh apabila dipenuhi syarat-syaratnya.
Apa syarat-syaratnya? Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:
Dalam surah al-A'raf, 7:96
Ertinya : "Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa pastilah Kami limpahkan mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami itu, maka Kami akan seksa mereka disebabkan perbuatannya."
Dalam surah al-Talaq, 65:2-3
Ertinya ; "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka; dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya"
Jadi sesungguhnya rezeki sebagaimana yang telah ditetapkan pada waktu roh kita dihembuskan, barangkali belum 100% kita terima. Barangkali masih ada tabungan rezeki kita yang hanya akan Allah SWt kurniakan kalau kita mahu taat kepadaNya. Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka.

~ Mudahnya Mendapat Rezeki oleh Mukhlas Asy-Syarkani~
P/S Dapat hirup udara segar di SP berbanding negeri lain yang mengalami jerebu juga satu rezeki yang patut disyukuri oleh kami semua.
Setuju tu Anim.....
BalasPadamRezeki bukan hanya pada wang ringgit sahaja , nikmat bernafas dan nikmat sihat jugak satu rezeki yg tidak terhingga
Begitulah Anim.. semuanya telah Allah jelaskan tak ada rahsia dah. Cuma kita kena cari dan pilih. Memberi rezeki pada org lain pun sipemberi makin ditambah rezeki betapa pengasihnya Allah..
BalasPadamUdara diberi pun tak perlu bayar. Dibuatnya terhenti seketika bekalan oksigen macam manalah agaknya kita.
ps: Johor teruk dilanda jerebu kini. anak-anak ke sekolah dah kena pakai face-mask.
Bersyukur dengan apa yang ada dan di kecapi sehingga kini. Semuanya hak milik Allah...kita hanya meminjamnya. Entri ini juga satu rezeki buat kami...terima kasih Kak Anim.
BalasPadamp/s: Syukur juga di sini tidak jerebu teruk.
Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan selama ini. Walau kadang2 kita berkeluh kesah tetapi cepat2 beristighfar.
BalasPadamTerima kasih kerana mengingatkan.
betul sgt tu !
BalasPadamterima kasih atas peringatan kak...
BalasPadamjerebu kami makin teruk sebab ada pembakaran hutan terbuka kak..hukhuk..
Tq kak ANIM..tq peringatan ini..
BalasPadamManjung juga berjerubu Anim.tp xla seteruk tempat2 lain..Alhamdulillah, bersyukur di atas segala limpahan rezeki dan tima kasih peringatan ini..ya kadang2 kita lupa
BalasPadamsalam cikgu...yg penting rezeki yg halal.
BalasPadamjerebu dah sampai ke Pendang..
salam...........merenung terjemahan ayat 7
BalasPadamRezeki jangan ditolak
BalasPadamKak, petang tadi saya baru tengok siaran hijrah soal rezeki...pukul 6.30
kat taiping dah sampai Jerebu kak...risau nak keluar rumah
Salam anim,
BalasPadamboleh contact mala through email.
memang betul tu jika rezeki hanya ingat makanan atau duit je...
BalasPadampadahal banyak lagi rezeki yang lain.
semoga kita sentiasa bersyukur terutamanya rezeki sihat dan Islam.
Mohon kongsi atrikel ini
terima kasih