Salam Jumaat yang mulia. Penghulu bagi segala hari. Seminggu dah berlalu. Catatan kali ini juga adalah catatan Jumaat kami di Beijing.
Dek kerana hari ini last day bersama kami, Nadia buka "kamus"nya dan mencari pantun untuk diperdengarkan. Lucu bila pantun berbunyi pelat Indonesia bersama slang China. 2 pantunnya ialah "Kalau ada sumur di ladang...." dan "Kalau ada jarum yang patah....". Kami kemudian memberikan perkataan Bahasa Malaysia untuk beberapa perkataan Indonesia yang sering dituturkannya seperti Kaisar= Maharaja, Ibu Suri= Permaisuri, olahraga= riadah, macet= jammed.
Nadia tunjukkan tulisan yang ditulis oleh seseorang pelancong Indonesia di dalam "kamus"nya itu. Allahu Akhbar, ianya adalah kalimah syahadah (seperti di atas) . Nadia meminta bantuan kami membaca tulisan yang tidak difahami itu, katanya. Suasana hening dalam bas ketika Nadia melafazkannya satu demi satu mengikut kami. Berkat pagi Jumaat di Beijing...kami bersama-sama melafazkan kalimah syahadah pagi itu. Syahdu bila diingat-ingat.
2 Abdul ikut sama membetulkan lafaz kalimah syahadah Nadia. Nadia kemudian merakamkan kalimah syahadah yang dilafazkan si Abdul sulung dengan hp. "Nanti kalau saya lupa bacaannya, saya dengar semula suara kamu". Ya Allah...sebak tak semena-mena. Adakah ini hidayah dari Allah untuknya? Subhanallah...di bumi yang majoriti rakyatnya tak beragama, kami ditemukan dengan Nadia. Terasa kerdilnya diri nak membantu Nadia. Bagaimana cara nak terus membimbingnya? Kekangan bahasa, budaya dan tradisi menjadi penghalang.
Nadia bercerita tentang kawannya, seorang pemandu van pelancong Muslim yang berusia 40an. Setiap kali bawa pelancong Malaysia@Indonesia ke masjid untuk bersolat, pemandu tu kata malu nak masuk masjid kerana tak tahu bersolat. Walaupun pemandu itu lahir dalam keluarga Muslim, Muslimnya diwarisi saja. Agama tidak pernah diajar , dakwah tidak boleh dilaksanakan. Hati mana tak tersentuh. Kepada siapakah nanti tanggungjawab itu disoal oleh Pencipta kita di Padang Mahsyar? Gementar memikirkan mungkin Anim sendiri turut bakal ditanya..
Sebelum ni, Anim ada beritahu Encik Suami, walaupun penduduk Beijing yang ditemui di jalan nampak happy, menyanyi, menari, beriadah bersama rakan-rakan tapi wajah mereka tak tenang, macam muka orang sedih. Mereka seperti mencari-cari sesuatu yang hilang.
Begitu juga Anim lihat Nadia . Dia masih solo, terima gaji 16 000 yuan (RM 8000, ini tak termasuk tips tau) dan miliki apartment moden sendiri (sewa beli selama 70 tahun, di sini tanah milik kerajaan). Mungkinkah setelah bergaul bersama pelancong Malaysia & Indonesia, membawa mereka ke masjid, melihat akhlak Muslim yang ditunjukkan, "kekosongan" jiwanya terisi sedikit demi sedikit. Semoga pelancong Indonesia yang menulis kalimah syahadah itu di kamusnya itu memperoleh ganjaran dari Allah. Kami hanya meneruskan langkah ke2, mengajar Nadia melafazkan kalimah syahadah itu pula.
Kami kemudian menapak ke Olympic Park Beijing yang dibina untuk 2008 Summer Olympic Beijing. Bangunan IBM berbentuk dragon, unikkan? Angin kuat, sesuai untuk layang-layang terbang tinggi.
Nadia tak berhenti-henti menyebut kalimah Syahadah sewaktu berjalan sambil ditemani si Abdul. Kami membiarkan mereka ber2 berjalan beriringan tanpa diganggu. Pandai pulak si Abdul bila dia mengajar Nadia melagukan "Laillahaillallah...Muhammadurrasulullah".
Waduh..jauhnya nak berjalan lihat Olympic Park ni. Eeeh..ada train. Apakata kita jimat masa dan save tenaga?
Kena kuar kocek sendiri dalam 30 yuan rasanya (lupa). Jauh nak jalan ooo....
Train berhenti sekejap untuk bergambar di Olympic Bird's Nest Stadium" dan Water Cube Swimming Pool (waktu malam nampak 7 warna katanya).
Nadia kata, Jackie Chan beli rumah di blok bertanda anak panah tu.
P/S Next entry...tapi kali ni tak janji itu ending part. Sebab ada huru , ada hara, ada suka, ada duka, ada lucu namun ada iktibar disebalik semuanya. Takut Penglipur Lara ni terlebih cerita...huhu..
Ya Allah, SubhanAllah...
BalasPadamSebaknya kakcik baca catatan Anim ini. Semoga Nadia menerima hidayah dan menjadi Muslimah yang baik suatu hari nanti...
mudah2an kakcik..berubah airmukanya bila belajar mengucap...seronok dia..
PadamEntahlah kenapa tetiba kakak jadi juga. Walau sekadar melihat gambar dan catatan Anim tapi kakak dapat merasakan sedikit masa dikgunakan utk memberi pencerahan. Langkah kaki abang Abdul dgn nadia itu penuh pengisian. Allah jua yg tahu...
BalasPadamseronok dia dengar si abdul menyanyi nasyid tu kakzakie. kata si abdul, bila dia berhenti menyanyi, "kakak" nadia suruh dia sambung lagi. sebak bila mengingatnya kak..
PadamMemang rasa gembira kalau dapat membantukan neem...
BalasPadamcantik dan gah sekali tempattu yerk.. bilakah kami sekeluarga akan ke Beijingni??
suami dah sampai tapi dia tak penahler sampai ke Olympic parktu...
mahal gaji nadiatu yerk...
gaji minima di sana RM2000 kita cho..
PadamP/S tak sangka, dalam berjalan, berseronok, Allah temukan kami dengan pengalaman indah ini..
Kita berada dibumi bertuah ini sangat beruntung tetapi masih ramai yang tidak tahu menghargainya. Majlis ilmu di mana2 tetapi kekadang suram dan hanya datang insan2 yang mula bergaris dimuka, anak musa entah kemana.
BalasPadamInsyaallah...Moga pintu hati Nadia terbuka suatu hari nanti.
itulah juga tazkirah saya buat anak2. jangan Islam pada nama saja. orang yang tak ada agama...nak cari agama. kesempatan yang ada di dpn mata, tak direbut.
Padamsaya pun sebak baca cerita akak...air mata bergenang di pagi jumaat.. semoga kita semua akan dapat hidayah dari Allah kak...amin..
BalasPadambetul akak tulis tu... dilahirkan dalam keluarga muslim tak semestinya muslim yang sebenarnya... sebab tu penting sangat untuk kita berdoa dikurniakan petunjuk dan hidayah dari Allah setiap masa...
iman tak dapat diwarisikan..berbanding harta kekayaan..
Padammudah2an kita tetap kekal dalam iman dan keturunan kita tetap kekal dalam Islam.
sebak pulak baca entry kali ni.
BalasPadamsaya pun masih sebak kalau teringat2...
PadamSemoga Nadia segera mendapat hidayah dari Allah..
BalasPadamSeronok baca semua cerita Anim..... Makchaq pun kalau berjalan jarang beli apa2,
Pi Langkawi tempat orang beli belah pun makchaq hanya pi untuk berjalan ja... beli coklat saja, pinggan/periuk ke hapa memang tak pernah beli
mudah2an makchaq..
Padamp/s nak beli macam dah ada kat rumah @ kat malaysia pun ada kalau nak beli. orang kata kedekut pun kedekutlah...heee
moga nadia mendapat hidayah dari Allah swt yer. Kita doakan sama2 yer
BalasPadammudah2an...amin
PadamCatatan kali ini paling menarik...Benarlah ianya sungguh menyentuh hati. Semoga Allah memberi hidayah kpd Nadia. Water cube swimming pool tu dah jadi taman tema air...memang cantik dalamnya.
BalasPadammudah2an, amin...
Padamp/s bin dah sampai sana ya..
Moga Nadia mendapat hidayahNYA..
BalasPadambegitulah yang diharapkan..
PadamALLAH YA RABB.. animm.. sayu je hati i membaca ni tau. semoga ALLAH merahmati anim n keluarga..
BalasPadamkeep in touch wt her lah anim. maybe email or FB..whatapps.. many mediums boleh kita guna. INSYALLAH.. all the best lah..
tetiba teringat our tour guide, Sulaiman, (in 2001/2 cam tu) Chinese Muslim gak. tapi tak sure amalannya..
tqvm yan..tulah, ingat nak kerap "wassap" dgn nadia. insya-Allah
PadamAssalamualaikum wbt...
BalasPadamSesungguhnya hidayah itu milik Allah...
Marilah kita sama2 berusaha dan berdoa agar nikmat iman dan islam yang kita miliki ini kekal hingga ke akhir hayat hingga dalam syurga...
dan doakan insan2 disekeliling kita semoga diberikan hidayah buat mereka...
kadang tu, it doesn't realy matter how we start, but REALY A BIG THING how we end our life...
semoga hidup dan mati kita dalam iman dan islam...
ameen....
p/s: touching lak citer nadia ne...
betul..kita yang dilahirkan dalam islam ni, belum tahu lagi pengakhiran hayat kita macamana..naudzubillah..moga kita ditetapkan iman dan mati dalam iman..
PadamSubhanallah..semoga Nadia diberikan taufik dan hidayahNya. Amin.
BalasPadammudah2an..sama2 kita doakan bertambah lagi umat islam di dunia
PadamAduh... Baaru IM tahu ibu_suri tu ada makna di sebaliknya. Cari-cari.. jumpa di sini:
BalasPadamhttp://id.wikipedia.org/wiki/Ibu_suri
haha...sabar ajalah..
PadamSalam Anim..nekcik pun terharu membacanya.....rezeki Anim lahtu Allah pilih untuk betdakwah nun jauh ke sana....sebab itulah kalau di rantau orang ni nekcik slalu pesan ahli rombongan nekcik supaya sntiasa tunjukkan yg terbaik agar mereka dpt melihat islam itu indah...sekurang kurangnya kita senyum..atau lambai!!! dia orang selalunya duk walaupun x faham
BalasPadambetul nekcik..kita tak mampu buat dengan kata-kata, tunjukkan akhlak yang baik
Padamdi orang selalunya suka walaupun x faham
BalasPadamsekedar meluruskan ...
BalasPadamIbu Suri = ibu dari baginda raja/ratu
Permaisuri = istri dari baginda raja
tq..tq..atas pelurusan ini..
PadamBesar pahala tu Anim... mana tau, hidayah tu sampai pada nadia melalui Anim sekeluarga...
BalasPadamMacamana eh sebab dia dah mengucap...boleh kira dia dah masuk Islam ke?