Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali 2 Abdul balik dari solat Jumaat di masjid berhampiran, macam-macam kena jawab. Apa isi khutbah hari itu, jumpa siapa, ala...cikgule katakan. tak menyoal tak sah.
Hari ini, belum sempat buka mulut bertanya, si Abdul kecil memberitahu , "Ummi, tadi Imam menangis masa baca doa". Tambahnya, Imam muda tersebut menangis ketika membacakan doa :
Kata 2 Abdul lagi, ramai jemaah solat Jumaat di masjid tersebut turut mengalirkan airmata. "Abah pun ikut nangis Ummi" . Oo..pandai tengok orang ya. Awak ber2 macamana pulak? Imam tersebut katanya kemudiannya meneruskan doa dalam bahasa Arab yang menurutnya ada bunyi "Thailand, Palestin, Syria".
Kita yang tak mendengar doa Imam pun turut sebak. Bukan saja sebak memikirkan nasib saudara mara seIslam kita yang berada di Thailand, Syria dan Palestin, tapi turut sebak mengenangkan usia dah menjangkau 40++ tetapi anak-anak pula masih kecil malah belum lagi baligh lagi. Kadang-kadang terfikir di hati, masih sempatkah lagi atau punya banyak masakah lagi untuk mendidik anak-anak mengenal Allah dan rasulNya, sempatkah menanamkan benih jihad agama buat mereka...
"Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan Rasulku".
Kita yang tak mendengar doa Imam pun turut sebak. Bukan saja sebak memikirkan nasib saudara mara seIslam kita yang berada di Thailand, Syria dan Palestin, tapi turut sebak mengenangkan usia dah menjangkau 40++ tetapi anak-anak pula masih kecil malah belum lagi baligh lagi. Kadang-kadang terfikir di hati, masih sempatkah lagi atau punya banyak masakah lagi untuk mendidik anak-anak mengenal Allah dan rasulNya, sempatkah menanamkan benih jihad agama buat mereka...
2 minggu lalu, seorang pendakwah dari negara jiran kita, Thailand datang ke surau taman berhampiran. Antara tujuannya ialah mengutip derma bagi menampung perbelanjaan dan pembinaan sekolah agama untuk anak-anak yatim di dalam jagaan mereka. Kebanyakan anak-anak yatim tersebut menurutnya adalah anak-anak mangsa tragedi Tak Bai ( 80 orang) . Menurut pendakwah tersebut, mereka amat memerlukan sumbangan dari kita, rakyat Malaysia.
Kadang-kadang, dalam kita mengutip sumbangan untuk dihulurkan kepada saudara Muslim kita nun jauh di Palestin, kita terlupa akan jiran terdekat kita yang sangat memerlukan. Pendakwah tersebut mengatakan kita beruntung kerana pemimpin kita ramai Islam, sekeliling kita ramai Islam, senang nak mengamalkan Islam (iyakah?) berbanding mereka, Muslim Thai yang berada di bawah pemerintahan kerajaan bukan Islam dan turut ditindas.
P/S Tak boleh jihad dengan tenaga, kena berjihad dengan harta.
Kakcik dah 50++, sibongsu kakcik pun belum baligh lagi...
BalasPadamBenarkah kita bebas mengamalkan hukum Islam sepenuhnya di negara ini?
:(
Hanya yg menghayati Islam dgn iman yg ada dapat merasakan apa yg Anim katakan. Tapi kalau yg longgar semua ini tak nampak Anim.
BalasPadamSatu sebab kakak hantar anak-anak kakak sekolah aliran agama sebaik masuk tingkatan satu sebab nak ada cara Islam dalam kehidupan harian. Sekurang-kurangnya sebagai penjaga kita dah berusaha takut di bawah tanah tak tenang andai zuriat salah didikan. Allah.... takut pulak jadinya.
kita tolong orang yang dekat dgn kita dulu.
BalasPadamBetul Anim...mungkin kita dah biasa dengan kemudahan berugama..iyalah seperti masjid dan sekolah..kita jadi terleka....sebab itu kalau ke tempat yang bukan negara Islam..hati ini jadi sayu dan insaf..kerana dalam kesusahan mereka berusaha untuk menghidupkan cahaya Islam ..dengan membina sendiri masjid, sekolah...
BalasPadamBetul kata Nekcik... kita sebenarnya dah terbiasa dgn kemudahan beragama. Pemimpin negara kita masih lagi orang Islam dan kita tak dihalang untuk beribadah. Walaupun banyak hiburan dihadapkan dihadapan muka, kita masih ada pilihan dan kebebasan untuk beribadah. Kitalah yang kena benar-benar tepuk dada... tanyakan Iman.
BalasPadamHorror stories umat Islam di Burma, Thailand, Palestin, Syria masih lagi hanya horror stories yang didengari... bukan realiti kehidupan sehari-hari. Semoga Allah pelihara kita di Malaysia...
Betullah Anim....okje sekarang ni pun senang jugak menangisnya... pagi tadi tgk TV Mukjizat zamzam, kisah Nabi Ismail dan ibunya siti hajar yg ditinggalkan di lembah yg tandus ...pun boleh mengalirkan air mata...huhu
BalasPadamsubhanAllah.. lagi susah hidup jiran kite ye.. moge kite semue di bawah rahmatNYA
BalasPadam..