Home · About Me · Sitemap ·

# Rabu Yang Senyap 30: Nak Ole-Ole Beijing???


Nak buat contest malu pulak, tak biasa. Nak beri ole-ole kat kawan-kawan readers, takut tak cukup untuk semua. So..cadang nak minta kawan-kawan buat sebaris dua ayat untuk 2 gambar unta di bawah. Clue dah diberi..terpulanglah ya..Saja suka-suka. Moga-moga kalian sudi nak join.

2011

2013


HADIAHnya....
10 komen akan dipilih oleh my 2 Abduls ..
Ikut depa ya..
Dan mereka yang terpilih akan menerima
salah satu dari ole-ole yang dibawa dari Beijing
(No.1 diberi peluang buat pilihan, next no.2 dan seterusnya..)

3 beg kain  (boleh letak kain telekung)
2 caps tertera BEIJING
5 key holder tempat dilawati di Beijing (2 in 1) yang mengandungi nail clipper dan pembuka tutup botol

Syaratnya:
Tak perlu jadi follower..sapa-sapa boleh even silent readers
Sehingga 30 Jun okay kot ya..
Kalau boleh nak settle ole-ole ni sebelum Ramadhan..heee

Selamat Mencuba..:D))

P/S Kalau 5 orang saja sudi komen, saya beri sorang 2 hadiah lah...heee

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "# Rabu Yang Senyap 30: Nak Ole-Ole Beijing???"

  1. 2011 - Sepinya hidup ini. Sensorang ja tak ada yg nak layan sembang.

    2013 - Jangan main jauh-jaun...pot pet...pot pet...mai2 dok sini...pot pet pot pet (dalam hati-tak ada sunyi dah ada letih melayanlah pulak).

    BalasPadam
  2. Nak cakap dulu akak pun ada unta tu boleh nyanyi Ya toiba bila picit kaki dia. So seterusnya ayat dari Bonda Zakie ye anakanda Abdul:-

    "Mak tiba di Malaysia tahun 2011 tinggalkan kamu. Tak sangka dua tahun terpisah tanpa susu mak hingga sebabkan kamu tak membesar tapi kamu berdua berjaya jejaki mak di sini".

    BalasPadam
  3. Salam Kak Anim, Jangan marah ye...pantun ini sekadar gurauan sahaja :)
    Semoga 2 Abdul suke...

    Dua tahun sudah berlalu,
    Ibu unta dah dua anak,
    Mama nak tanya malu-malu,
    Dua Abdul nak adik tak?

    BalasPadam
  4. hehe, xde idea lagi
    nanti saya mai lagi kalo ada idea..heheee

    BalasPadam
  5. 2011 - Hari-hari menyanyi sampai kena tukar bateri, panggil anak-anak tak mari-mari
    2012 - Akhirnya, selepas berkali-kali tukar bateri, anak-anak dapat naik kapal terbang, jumpa ibu di sini.

    (assume unta tu yang boleh nyanyi macam Danish dapat dulu hehe)

    BalasPadam
  6. saya pun nak cuba juga lah..lama dah tak buat ayat macam zaman sekolah dulu..

    anak unta..'mak suka tak duduk rumah dua abdul ni..'

    mak unta 'eh mestilah mak suka..dah dua tahun kita tinggal kat sini..keluarga ni baik baik tau..selalu mandikan kita..tengok bulu kita bersih kan..tak macam unta padang pasir nun..."

    okey tak ayat saya ni...hehe

    BalasPadam
  7. 2011:huuu dimana anak-anak ku berada saat ini!!semenjak mereka berhijrah ke Beijing aku ditinggalkan sunyi sepi je..aduhla,
    2013:ala mak rileksla kami baru pi sebulan mak dah rindu mcm kami x balik 3 tahun..hehe mak ni macam-2 la
    :hekeleh mak bukannya rindu kamu pun..mak menunggu sutera dengan jed yang mak kirim dari kamu je..melepas mak nak tayang benda alah tu kat kenduri che kiah propa tu!!sabar ajelah mak..heee

    BalasPadam
  8. kak...terima kasih ole2 yang akak bagi tu.

    BalasPadam
  9. Haruslah nak join Anim.... rugi tak join, sebab requirementnya senang banget! hehe
    Tapi tk sampai idea lagilah pulak.... nanti datang baliklah hehe

    BalasPadam
  10. Alamak kepala buntulah skang ni tepu. Cuma nak tanya satu

    Ibu unta dah pun beranak
    Tapi mana pulak dier punya bapak !
    He He He

    BalasPadam
  11. Salam,

    uish susah nyer kak...

    "nta Cap Ibu dan Anak - Kasihmu membawa ke China..."

    hehehehe....tak der kerja...
    kak anim, nak adiah durian... pls pls pls...

    BalasPadam
  12. alamak...susah betul contest akak ni..

    ayat saya kat bawah ni kena nyanyi dengan nada lagu arab ye kak...ala-ala ahmad albab... hihi...

    "inilah kisah tentang seekor unta... tahun 2011 ana seekor saja.... tapi ana beruntung dapat tinggal di rumah orang yang rezkinya murah... dari seekor ana jadi berganda menjadi 3...lalalala...."

    kena sambung sendiri liriknya... hahaha...

    BalasPadam
  13. "Mak Long... Ummi kirim salam. Dia kata jagalah kitaorang baik-baik selama kitaorang study kat Malaysia ni. Kurma Ajwa ada dalam beg. Ummi kata nanti kongsi-kongsi dengan Madame Aneem..."

    Itulah perbualan unta bertiga dalam gambor... Hehehe...

    BalasPadam
  14. nak try jugak lah hehe..

    2011
    "sepi tiada teman..bilalah rumah ni riuh rendah"

    2013
    "skrg dah berteman..dua abdul hensem jadi penyeri rumah ni"

    BalasPadam
  15. Malam tadi BW pakai HP...5-6 kali tak lepas-lepas...,sampai lagi sini Anim, nak join punya pasal...hehe

    2011 ~ Ni yang aku tak suka ni, mak hang ni kalau dapat peluang mengukur jalan, 2
    tahun lagi baru nampak jalan balik.... huh!
    2013 ~ Abanggggg...... ceq ngan anak-anak dah balikkkk.... hoho

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai