Home · About Me · Sitemap ·

Cerita Urut


Buat makchaq, Bin Muhammad, Aine AinunShaiful dan Zu, minta maafle kerana entry previously bersama komen kalian sudah missing in action .  Apa nak buat...bukan mulut je kena zip, tangan pun kena rantai..huhu (tahu sama tahu)..

Camna pun tetap nak tepek gambar si Abdul yang diurut dengan Mamu ni. 3 hari demam,3 hari juga tak bersekolah dan tak berselera makan, alhamdulillah...bertambah segar hari ini. Sudah bersekolah walaupun mukanya masih pucat. Dia ikut betul pesan Mamu, jangan banyak minum ais. Kembang semangkuk dan biji selasih sudah Anim rendam untuk dijadikan minumannya sebagaimana nasihat Mamu.

Cerita tentang urut ni, banyak pro dan kontra. Ada orang kata (sapa orang tu?) dia tak nak biasakan diri berurut sebab nanti badan termanja, sikit-sikit nak urut, sikit-sikit nak urut. Ada pulak yang kata, berurut ni bagus untuk redakan stress, bagi darah berjalan lancar.

Sedari kecil,memang Anim tak biasa berurut. Keluarga tak biasa berurut, kita pun dah terbiasalah. Kenal urut ni bila dah berkahwin. Embah Encik Suami ni dulu bidan. So, family depa ni.. baik demam je mesti kena urut. Dari baby hinggalah orang tua. Nampaknya...Anim anak beranak dah terikut-ikut dengan gaya sebelah sana!! Tak sedap badan, lesu badan ke...cari tukang urut.

Bestnya dok SP...boleh panggil tukang urut mai rumah. Boleh tetapkan masa, boleh jimat masa menunggu dan bila tiba giliran Anim, tak perlulah risau tinggalkan 2 Abdul di rumah.

Camnapun...bukan Mamu yang mengurut saya ya. Tukang urut Anim pula ialah gadis bujang yang menjalankan perkhidmatan mengurut di rumah. Dia ni ada kelulusan dari UiTM dalam bidang Sains Sukan. Urutan dia bukannya seperti urutan bersalin tetapi lebih pada urutan stretching. Pernah jadi tukang urut kontrak semasa SUKMA. Setiap kali mai, dia turut membawa katil lipat berlubang di muka yang dibawa khas dari USA berharga RM3000 ni . Pandai dia guna masa dan peluang untuk meraih pendapatan dengan kepakarannya sementara menanti pekerjaan yang sesuai (dia memohon kerja di Majlis Sukan Negara).

P/S  Tertunggu-tunggu kot2 ada servis memotong/mencuci/mendandan rambut ke rumah...huhu..

Artikel berkaitan:

23 Komen untuk "Cerita Urut"

  1. Anim,knah xbiasa berurut..hanya urut lepas bersalin ja..=)

    BalasPadam
  2. memang sedap klau badan kita diurut ni...zu dah lama tak berurut..last berurut masa pantangkan si anis lapan tahun dahulu...

    bulan lepas dan buat apptmen ngan mak bidan suh dtg rumh..tup tup hari yg dijanjikan tu ada kematian saudara plk..terus cancel sampai hari ni tak terurut urut lagi..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduh, lama tu zu. Saya ni boleh kata 3,4 bulan sekali. Tak dapat badan , reflexology pun jadilah..

      Padam
  3. Sampai gitu sekali...faham sama faham kak anim, tapi buat saya makin xfaham...Kes serius tu!

    Kena urut ni kalau dan mula, macam ketagih... kalau lama xurut mesti xsedap badan. Dasat tukang urut sekarang ni...peralatan canggih, berpelajaran pula.
    Amboi cheq...semua nak servis di rumah! Tapi tidak mustahil satu hari nanti, semua hanya di hujung jari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nk buat..hanya Pjbt Pendidikan Daerah je boleh jawab. GB dh warning..Kak ni "Yang menurut perintah"

      Pd kak, urut oleh redakan stress. Segar je badan,,,

      Padam
  4. Sekarang ni macam2 service di rumah ada, medi and pedi ada jugak orang buat, SPA bergerak pun ada. Kalau keturunan Jawa memang macam tu selalunya baby pun depa urut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Aina...demam, tak sedap badan, semua main urut saja

      Padam
  5. Kakak baca N3 bawah nampak anakanda Abdul makan durian amboi... sedapnya:)

    Kalau keluarga kakak memang tak lari dari urut-mengurut Anim. Tradisi org Jawa memang urut salah satu cara penyembuhan demam dsb. Kadang tak makan ubat pun boleh sembuh. Atau demam tak kebah-kebah dgn berurut pun boleh sembuh (mungkin sebab dah percaya agaknya). Kakak boleh katakan 2-3 bulan mesti berurut sedaaaap tau. Semua lenguh pun hilang...

    Masa kakak pergi haji dulu walau kakak yg paling muda tapi kakak jadi tukang urut makcik-makcik dan kakak-kakak di sana tau. Seronok sebab kakak yg termuda semuanya "adik tolong urut kakak ye malam ini" atau "esok makcik pulak ye zakie" Tinggal kenangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang Jawa je kot kak ya. orang Melayu kurang sikit. main SPA saja..

      p/s kakzakie ni mesti pandai ngurut. orang kata bila badan kita selalu kena urut, automatically kita pun pandai urut sebab kita tau bahagian mana sedap diurut..heee

      Padam
  6. seronoknyer leh buat kat rumahjerkan.. dulu kawan saya der nak buat facial dari rumah ker rumah.. tapi meamng dapat sambutan tau..
    mamu oh mamu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestlah..tak payah hidupkan enjin kereta, cari parking..huhu

      Padam
  7. bestnya kak... kat sini payah nak cari yang macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ni pantang ada peluang...terjumpa, terus guna servis depa, heee

      Padam
  8. uihhh sedapnye dapat berurut...

    BalasPadam
  9. betullah , klu byk service yg blh panggil ke rumah mmg best . cuma perlu ready rm jer ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. urutan stretching tu rm60 sejam saja, vee...huhu

      Padam
  10. nape kak n3 lepas tu?

    saya balik kg aritu, plan nak urut, tp x sempat..
    kalo kat utara ni, saya tak berapa nak kenal orang, jadi takut nak amek org sebarang tak kenal...

    camana akak dapat tukang urut moden tu?
    menarik ja saya tgk service dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes2 sensasi ni, GB tak bagi komen. biar pihak Jabatan je yg beri ulasan, huhu...kak tak nak terlibat dalam isu ni..

      p/s dia pernah jadi guru sementara kat sekolah kak, heee

      Padam
  11. Salam cikgu.... saya faham.

    Sesekali best jugak bila diurut.

    BalasPadam
  12. Betul tu Anim....bila badan dah biasa diurut, badan jadi ketagih nak diurut...
    Okje suka jugak kena urut ni, tapi mmg jarang pergi mengurut kecuali mengurut kat kerusi urut, bayar seringgit untuk 3 minit hehe...

    BalasPadam
  13. sesekali berurut ni mmg best kan anim !

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai