Home · About Me · Sitemap ·

MAKAN...bagi mereka besar nilainya


Hasil usaha para ustaz di sekolah Anim, ada 17 penghafaz Yassin tahun ini (hafaz dalam tempoh 6 bulan) berbanding 8 pada tahun lalu. Menurut Ustaz Akmal, ramai lagi yang bakal hafaz dalam tempoh 2,3 bulan lagi kerana mereka yang menghafaz sehingga ke 50-60 ayat saja sudah mencecah 40 orang. Untuk makluman, sekolah Anim ni sekolah kebangsaan.

Selain sedikit hadiah galakan yang bakal diberikan nanti, hari ini mereka dijamu oleh seseorang yang berhajat memberi anak-anak ini makan. Jenuh Ustaz nak check nama kerana ramai yang mengaku dah hafal bila diberitahu mereka akan dijamu dengan Nasi Rawa. Malah ada yang tanpa malu memberitahu, "Kalau tahu, kami hafal Surah Yassin"..Ooo...makan pun boleh jadi pencetus semangat ya. Macam-macam perangai anak-anak kecil ni..

Mereka terdiri dari murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dan seperti tahun lalu, dari 17 orang penghafaz, hanya 3@4 orang saja murid lelaki.

Nilah rupa Nasi Rawa. Tak tau nak describe rasa nasi ni. Guna beras panjang macam Nasi Beriyani berlaukkan ayam goreng berempah. Walaupun sesimple ini...ianya dapat menyuntik semangat mereka yang lain. "Lepas ni saya nak hafaz surah Yassin jugak".

 Hari ini jugak, my Year 3 class ada projek bersama. Topik minggu ini ialah Fresh Fruit. We all decided nak buat fruit salad. Dek kerana Madam sudah keletihan kerana sepanjang minggu ini sibuk dengan latihan sukan, sukantara, Pra Sukan...malam tadi sudah tak sempat nak cari bahan. Nasib baik ada stok kuah rojak Mak Bee di rumah. Tengoklah..kita suruh bawa fruits, ada yang bawa vegetables (timun) .

Lepas makan, kenal buah, describe buah (sepatutnya describe step nak buat fruit salad), kita makan-makan. Lagipun penat baru lepas latihan Sukaneka sebelum rehat tadi belum hilang. 

Actually, murid yang sama jugaklah waktu kami "berpesta buah" 2 tahun lalu (waktu itu mereka Tahun 1, huhu). Sukanya mereka....walaupun hanya makan buah bercolek saja.

P/S Bila tang makan cikgu hidangkan, siapkan...itu yang buat mereka berselera dan terliur agaknya...

Artikel berkaitan:

10 Komen untuk "MAKAN...bagi mereka besar nilainya"

  1. sedap la pulak nmpk nasi bungkus tu. Makan pulak ramai2 dgn kawan2. buah cicah makbee lagi la :-) anim nak teh kurma ni ka? http://alamroon.blogspot.com/2012/09/teh-kurma.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga maka...

      P/s yupp...tqvm. Betullah yang ini

      Padam
  2. Kretif jugak tu Nim ...siap dengan praktikal sekali harus senang ingat budak budak tu...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak ajar budak tentang hairy, thorny, flesh, juicy, crunchy...kan best kalau dapat bagi contoh real situation okje.
      tak pasal2 saya pun dapat bawa balik rumah sedikit rambutan dan 5 ulas durian semalam, heee..

      Padam
  3. Bestnya lah...kalau saya masa kecik2 dulu pun kalau dapat hidangan makan free kat sekolah, cukup seronok...maklum le dok kg. Dapat mkn free tu rezeki...bukan senang dpt mkn ayam atau daging masa tu. Memang besar nilainya. Apatah lagi cikgu yang sediakan...hehe.
    Ianya pencetus semangat yang cukup berkesan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak bandar mungkin lain ceritanya. depa lagi makan best dari kami, para cikgu kat kampung ni. tapi budak kampung lain. kalau dapat sebiji gula2 pun dah sengih sampai ke telinga

      Padam

  4. Apa-apa pun, anak-anak perlukan galakkan..Penyuntik semangat, walau apapun habuannya....=) walaupun makanan ja..

    tadi saya tgok Astro OASIS bersama2 Irfan, dengaq yasin,
    saya cakap kat dia, satu hari nanti besar hati Umi nak Irfan hafal Surah Yasin..=)

    Kak,macam teringin ja saya tgk nasi RAwa tu, tak pernah makan..hu, mana nak cari ni..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus umi irfan..mudah2an bila ada surah yassin dalam dada, dapat hindar depa dari segala kejahatan dunia..

      p/s kami pun dpat rasa...tak taulah mana Ustaz tolong cari sebab orang SP sendiri pun tak pernah dengar

      Padam
  5. alamak saya pun kecur air liur tgk nasi rawa n buah colek tu...

    BalasPadam
  6. Timun ialah fruit yang dimakan seperti vegetable. Pandai anak murid Anim tu sebenarnya... hehe...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai