Home · About Me · Sitemap ·

Kemusykilan terjawab sudah

Setiap kali menonton bicara ilmu di TV (Tanyalah Ustaz, misalnya) atau menghadiri majlis ilmu di masjid, adakala tergerak nak bertanya Ustaz tentang kemusykilan di hati. Tapi bimbang pula soalan yang dikemukakan itu dikata "macam tu pun nak tanya" (sangkaan sendiri). 

Camnapun kemusykilan yang satu ni akhirnya terjawab tanpa dikeluarkan dari mulut sendiri. Alkisah, Ustaz yang memberikan kuliah Subuh di satu masjid di SP ni memberitahu jemaah tentang satu soalan yang dikemukakan oleh sekumpulan jemaah wanita sewaktu dia memberikan tazkirah di satu negeri.

Ianya tentang berwuduk sebelum tidur. Menurutnya, kumpulan jemaah wanita tersebut bertanyakan perihal wanita, bagaimana nak tidur dalam keadaan berwuduk kerana sudah pasti wuduknya terbatal sebaik saja tidur bersebelahan suami. Sebenarnya, itu jugalah soalan "macam tu pun tanya" yang bermain-main dibenak fikiran Anim.

Jawapan Ustaz yang membuatkan Anim rasa, "kenapalah aku tak pernah fikir sebelum ini" ialah:

Kita dianjurkan berwuduk sebelum tidur oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam. Soal batal ke tak batal, buat apa nak ambil wuduk sebab bila nak masuk tidur nanti terbatal juga tu soal lain. Kerana menurut Ustaz, kalau kita tertidur tanpa tersentuh pun wuduk kita terbatal. Mereka yang berwuduk sebelum tidur akan didoakan oleh Malaikat. Yang penting, kita ikut sunnah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam berwudhuk sebelum tidur.

P/S Malu bertanya sesat jalan, malu bertanya sebab takut orang gelak lagi bahayakan? Alahai..hanya berani tulis soalan atas kertas saja..huhu

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Kemusykilan terjawab sudah"

  1. thanks for sharing. nanti mala email anim. godek2 email tak jumpa Jgk email yg dulu tu. thanks.

    BalasPadam
  2. Anim, knah pernah tanya seorang ustaz pasal ni, die kata kita niatkan kita berwuduk untuk tido kerana Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm kak nah..saya dapat satu lagi pencerahan ilmu pagi ni

      Padam
  3. Bukan akak sahaja, saya pun macam tu juge. Kita ni masih lagi malu tidak bertempat, hal2 agama walau sekecil mana sekalipun jika ada kegusaran...eloklah mendapat kepastian dari yg arif drp terus bermain di minda tanpa sebarang jawapan... Mcmnelah nak buang perasaan malu ni agaknye ye...lagi berusia lagi malu...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo..kak ingat kak saja, kak rasa kalau atas kertas tu, ok lagi. lepas ni kak nak hantar kemusykilan kat majalah Solusi dan Al Ustaz lah buat permulaan..

      Padam
  4. saya pun selalu macamtu kak, malu nak tanya...
    nampaknya lepasni kena berani nak soal teruatama bab agama yang penting2..=)

    Mudahnya hidup, kalau kita tak pikir apa orang nak kata kan kak Anim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa malu nanti bila Ustaz yg "mendengar" kemusykilan kita tu tak faham atau tak dapat tangkap maksud soalan kita (belit2..hee)

      p/s kak nak mulakan dgn hantar ke majalah Solusi dan Al Ustaz lah, AA

      Padam
  5. tapi alhamdullilah..now udah tau dah.. then share gak dgn org.. jazakallah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul yan..bila orang bertanya, sedikit sebanyak kita pun dapat ilmu yang baru. masalahnya, malu nak bertanya secara berdepan. secara bertulis,orait lagi.

      Padam
  6. Org yg bertanya tak rugi kerana dapat pencerahan tapi yg tak tahu tu laaaagilah rugi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg bertanya tu dapat ilmu (dapat jawapan) dan beri ilmu pada yang mendengar juga kak...tapi itulah, payah nak buka mulut. kalau disuruh tulis atas kertas tu oklah..heee

      Padam
  7. Malu bertanya sesat jln kan kak...lgpun kdg2 soklan yg rase tuh pun nk tny lg pntg tau.msih de lg yg xtau

    BalasPadam
  8. Pernah dengar dah soala ni sebelum ni...samalah jawapan yg ustaz tu berikan...

    BalasPadam
  9. saya dulu masa mengajar, saya selalu cakap pada students saya... "kalau ada soalan tanya je... dengan saya tak de istilah soalan bodoh"...

    sebab kita perlukan pencerahankan...?? lagi2 dalam bab agama... mmg perlu sangat la bertanya, kalau kita musykil...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai