Assalamualaikum wbt...
Memang diakui menyambut kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam tidak ada dalam syariat Allah dan tidak disyariatkan untuk kita menyambutnya. Namun jarak masa kita dengan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalaman semakin jauh dan semakin jauh, kira-kira-kira 1500 tahun maka alim ulamak menjadikan tarikh-tarikh sebegini, masuknya Rabiul Awal diingatkan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam; bulan Muharram (peristiwa hijrah Nabi), Rejab (peristiwa Israk Mikraj) ; Syaaban (pertukaran kiblat) dan berbagai peristiwa lagi diingat dan diingatkan supaya kita tak lupa.
Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk mengembalikan kekuatan ingatan pada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam , pada masa yang sama menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dan mengetahui halatuju dalam hidup kita, ke mana sudahnya kita dalam perjalanan yang Allah jadikan ini sendiri.
Hari ini kalau orang tanya tentang nama kita, kita boleh jawab.Kalau orang tanya tentang nama ayah dan datuk kita, kita masih boleh jawab. Tapi kalau ditanya banyak lagi, siapa nama datuk kepada datuk, datuk, datuk kita, kita dah tak boleh jawab. Tapi ada satu nama yang kita kena jawab (nak ke tak nak) iaitu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.
Bila masuk ke alam barzakh, kita tidak ditanya tentang Nabi-Nabi lain, tentang nenek moyang kita tapi "Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?", "Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?". Cuba bayangkan dalam hidup kita, kita tak kenal, tak cinta dan tak hidup bersama dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam?
Bagaimana nanti selepas alam barzakh, kita berada pula di Padang Mahsyar? Bagaimana kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memanggil-manggil nama kita. Kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memberi air dari Telaga Kautsar .Kita nak sangat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam memberi syafaat buat kita ketika mana kita berdiri sorang-sorang di hadapan Allah dan kita nak sangat Nabi Muhammad menunggu kita ketika kita meniti Titian Sirat.
Selawat jangan tertinggal. Perbanyakkan dan perbanyakkan setiap hari. Bila alim ulamak ditanya berapa kali kita kena ingat pada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dalam hidup kita, alim ulamak menjawab perbanyakkan lebih dari 70 kali sehari.
Satu-satu amalan yang Allah SWT turut serta ialah selawat. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah
kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Mudah-mudahan cinta kita kepada Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam semakin menebal. Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Beruntunglah barangsiapa yang melihat wajahku dan kemudian beriman dan lebih beruntung, lebih beruntung,lebih beruntung, barangsiapa beriman denganku walaupun tidak pernah
melihatku. 3 kali Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam sebut "wa tubaa"(beruntung).
Wallahua'alam.
P/S Sumber : Ceramah Maulidur Rasul Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Masjid Sg Nibong, P.Pinang (YouTube)
Alhamdulillah, entri yang membuka rohani Kak Anim. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1435H. Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah.
BalasPadamsalam maulidur rasul akak...
BalasPadamalhamdulillah...semoga basah lidah kita menyebut nama kekasih Allah ini...
BalasPadamSalam Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W :]
BalasPadamAssalam,
BalasPadamSalam Maulidur Rasul..
Salam Maulidurrasul Anim....
BalasPadamSalam Maulidur RAsul kak...
BalasPadamselawat & salam pd baginda...
salam maulidur rasul :)
BalasPadamsangat bermanfaat artikel ini kak.. salam maulidur rasul.. bersama kita berselawat ke atas baginda rasullullah saw.. :D
BalasPadammuga-muga IM dipanjang umur dalam rahmat Tuhan untuk terus memperelokkan langkah perjalanan.
BalasPadamSalam Maulidur Rasul 1435H...
BalasPadamSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita tergolong dalam insan yg beruntung itu...
Salam maulidur rasul kakak.
BalasPadamSalam Maulidur Rasul kak Anim. Terima kasih atas nasihat akak. Semoga apa yg kita niatkan utk kebaikan, akan dipermudahkan Allah.
BalasPadamAllahumma solli'ala sayyidina Muhammad
BalasPadamSesungguhnya syafaat baginda amat kita semua dambakan di akhirat kelak Anim
Moga kita tergolong umat baginda yg mendapat syafaat tersebut..
Alhamdulillah, entri untuk santapan rohani. Terima kasih kerana berkongsi.
BalasPadamSelawat dan salam buat Rasulullah S.A.W..semoga kita semua tidak lupa dan sentiasa hidupkan sunnah nabi muhammad saw..
BalasPadamMarilah kita perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW.
BalasPadam