Assalamualaikum wbt...
Cuti Maulidur Rasul pagi semalam. Ikut hati, nak cicah biskut tawar dengan Milo saja di rumah. Si Abdul kecil ajak beli nasi lemak. Kemudian singgah breakfast di KFC tak jauh dari rumah. Tujuan satu, order satu breakfast set untuk Ummi, dia boleh makan nasi lemak di situ sebab air boleh refill. Haha...jangan marah. Salah satu cara berjimat kan..kan..
Orang tak ramai, cari port depan TV. Ada siaran langsung sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra, Putrajaya.
Tak sangka boleh dengar ceramah Maulidur Rasul Ustaz Kazim dalam KFC. Yang Dipertuan Agong dan Pemaisuri Agong yang sama persalinan biru tertawa semasa Ustaz Kazim menyanyikan lagu "Chanda ooo Chanda". Heee...kita pun tergelak kuat. Entah apa pelanggan sebelah fikirkan. Nampaknya boleh catat hari ini dalam sejarah sebab dengar ceramah agama dalam KFC di Sg.Petani.
Terharu bila video clip tentang arwah Ammar yang menerima anugerah Maulidur Rasul dipertontonkan kepada hadirin. Dalam paper hari ni, bapa arwah Ammar memberitahu pusara arwah anaknya di tanah perkuburan mulia di Turki menjadi pusara kedua yang dikunjungi rakyat Turki selepas pusara sahabat Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, Abu Ayub Al Ansori . Dan tambahnya ibu bapa (rakyat Turki) turut membawa anak-anak kecil mereka mengunjungi pusara arwah Ammar dan bercerita dengan anak-anak mereka tentang siapa arwah Ammar ni.
~ Al fatihah buat arwah Ammar. Syurgalah tempatmu. Amin. ~
Salam Maulidur Rasul Kak..
BalasPadamada gak tgk rancangan ni kak..mmg terpanggil nak dgr klu UKE ni berceramah.. siap nyanyi lagu hindustan smpai Agong pun gelak2.. sgt berkesan..
kisah Ammar sgt menyentuh hati...
bagus dalam kfc itu ada tv, sambil makan boleh menonton ceramah maulidur rasul.. al-fatihah untuk arwah ammar..
BalasPadamtak sangka kfc tayang sambutan maulidurrasul..alhamdulillah
BalasPadamingat dah pindah ipoh.
BalasPadamSaya terlepas tengok semalam. Sibuk 24-7 di rumah. Sebenarnya memang sesuatu yang tak boleh dielakkan kalau berada di rumah. Sentiasa sibuk, jarang menonton TV. Kakak yang beritahu pasal arwah Ammar semalam. Rugi pulak tak menontonnya.
BalasPadamBelum pernah lagi sarapan direstoran makanan segera... Rasa pelik pula :)
BalasPadamSalam Maulidur Rasul 1435H
kt kl belom ttu ada tv kt dlm kfc...hebat tu kak dgr ceramah dlm kfc
BalasPadamzaman dah berubah.. hehe.. boleh dengar ceramah UKE dalam kfc. ceramah UKE memang best.. dalam lawak dan lagu..ada msg yang tersirat..
BalasPadamwah... jimat.. boleh tiru ni kak.. hehe..
BalasPadamwahh...lama tak menyinggah..bagusnya boleh tonton ceramah agama lam KFC!!
BalasPadamBoleh belajar cara berjimat ini juga.
BalasPadamBaguslah kak kfc situ bukak ceramah us kazim..
BalasPadamcahayacinta.com selalau md ada buka tv tpi itu siaran bola kan.. tapi saya ada satu tempat kt ipoh mee rebus ramli kedai makan minum ada buka juga tv memang oder jer akan tuan kedai padang dvd ceramah ustaz ni.pendek kata tak miss mesti buka.agaknya buka 24 kot.muhkan orang dapat pahala.tpi tu jarang org buat.
BalasPadamwaa macam orang bujang lah pulak ye!! Salam maulidur rasul dari nekcik..semuga diberikan ketabahan dan kesabaran
BalasPadamassamualaikum kak anim..bestnya dalam KFC ada tv. tak pernah jumpa lagi camtu..hihi..free flow coffee tu yang bestnya..kalo tak silap kisah ammar ni ada dibukukan..
BalasPadamUstaz Kazim ni mmg kelakar..bila wat lawak muka saje je dia tu.
BalasPadamYa Allah, bila berbuat baik dengan ibu bapa dan masyarakat di dunia, bila telah meninggal ia akan dikenang oleh semua orang. Allah telah takdirkan bahagian arwah begitu...Al-Fatihah
klo dgr ceramah UKE confirm pecah perut
BalasPadamtuler ingatkan aneem kat Ipoh jumpa UKE kat situ .. dia bagi ceramah kat budak2 kurang ajar yang ada di situ.. ha.. ha.. boleh terfikir gitu sekalikan.. tajuk yang gempak...
BalasPadammasih terkenang2 cerita tentant arwah ammar ni !
BalasPadamOhh masa ni Okje kat rumah...dengar jugak Usta Kazim tapi biasalah kalau dah kat rumah pergi mari pergi mari ...apa tah yg dapat haha
BalasPadamSalam Maulidur Rasul Kak Anim. Wah, belum pernah lagi rasanya dalam KFC pasang TV berunsur keagamaan macam ni.
BalasPadam