Huh...gempaq punya tajuk. Bukan apa...Kg. Taman Sedia yang merupakan satu-satunya kampung Melayu di Cameron Highlands nilah lokasi pengembaraan drama komedi romantik Vanilla Coklat. Nilah destinasi akhir our countryside tour bersama van resort. Yang kena tiket berbayar seperti Butterfly Farm, Cactus Farm, Rose Farm kami tak p.
Mencari strawberry di kawasan ladang pengusaha Melayu.
Ooopss..ni yang kami cari sebenarnya. Kat YZ Agro Farm yang kami rasa strawberry coklatnya paling sedap.
Tapi tak acilah...saiz kecil je depa wat strawberry coklat. Buah yang besar dijual..
Sebatang RM2...tapi 3 batang RM5. Sorang sepinggan....tamaknya!!!
Kebetulan pulak rakan kongsi YZ Agro Farm and Cafe ada di situ. YZ tu gabungan nama Yusoff dan Zulkefli (dia le!). Orang Sg Petani kan pandai sembang....macam2 ilmu tentang strawberry dan isu-isu semasa Cameron Highlands dapat dikongsi. Dia habaq, dek kerana keadaan cuaca global tak menentu..penghasilan buah strawberry ikut terjejas. Sepatutnya bulan 3,4,5 ni berbuah banyak namun sebaliknya berlaku .Tu sebab di mana-mana ladang, pengunjung tak dapat lagi memetik sendiri strawberry seperti biasa.
Strawberrylah tarikan utama pelancong ke Cameron Highlands...kalu tak de buah...alamat sunyi sepilah. Istimewanya Cameron Highlands...strawberrynya berbuah sepanjang tahun.
Depa juga ada homestay di sana. Tak silap RM200 sehari, ada dapur masak dan sebagainya dan boleh muat 15 orang. Contact no.Zulkefli Zahari 019 9521426/05 4850032..En.Zul, dah tolong promo ni, len kali kami mai, coklat strawberry kasi free ya..
Deretan pengusaha ladang strawberry Bumiputera
Singgah lagi di satu ladang Melayu. "Opah" kalau tak silap. Niat dihati nak cari jem strawberry dalam botol2 kecil di situ (senang nak buat souviner). Dulu...depa tanam sayur, baru 5 tahun bertukar ke ladang strawberry .
Tak puas2 lagi ke...aiskrim le pulak. Apalagi...bila dia kata, boleh tambah topping strawberry percuma (aiskrim tak leh).
Kalau malam pertama kami pekena ikan bakar pari bersambal dilapik daun pisang di Nik Ikan Bakar dan Tomyam (orang ramai sangat....payah nak bergerak ambil gambar), malam ke 2, kami pekena steambot pulak. Hujan malam tu...tak terpandang nama restoran.
Kuah sup dan tomyamnya boleh tahan sedap. Sos nya je kurang kick. Anyway...pada tekak Anim dan Encik Suami, tak leh lawan dari segi rasa dan harga
steambot@Kelab Cinta Sayang di Sg.Petani..hihi
Restoran ni melepasi padang golf .
P/S Sejak tiba, malam asyik hujan. Aktiviti terhenti selepas makan....balik bilik, lena....
Lain-Lain Artikel:
Alamak...terasa nak p cameron lg..Masa p bulan satu aritu, YZ ni tutup, myb xde buah kot..sy p OPAH, best jugak..
BalasPadamNik tomyam tu ble tahan sedap..tp ramainya sgt orgkan=))
yupp...opah best jugak. suka tengok rumah style inggeris opah tu...
BalasPadambetullah..nik tomyam tu satu2 restoran yg besar dan boleh tahan rasanya...
nk pekena nasi kandar yg banyak di CH, kat SP pun banyak...huhu