Ikut plan,turun dari
Gunung Brinchang...landrover akan stop kat satu tempat. Kemudian kami dibawa masuk hutan macam Mat dan Minah Salleh buat. Alahai....pakaian pun tak sesuai..
ada ke masuk hutan bawak handbag....huhu..Bila kami tak sanggup, kami akan dibawa pula ke perkampungan orang asli katanyalah....
Sebelum tu, bila ditanya apa dicari Mat dan Minah Salleh dalam hutan nu? Mossy forest (hutan berlumut) di Gunung Brinchang merupakan attraction untuk pelancong asing. Cuaca lembab di CH menyebabkan pokok-pokoknya berlumut. Depa juga suka tengok pokok paku pakis hutan.Depa kata hutan di Gunung Brinchang ni ada serupa itu hutan dalam cerita Harry Potter dan Lord of the Rings..
Menempuh perjalanan lebih 45 minit menuruni Cameron Highlands arah ke Tapah. Tiba-tiba driver stop kat gerai jual madu tepi jalan . "Ni ke perkampungan orang asli? Tepi jalan besar? Apa ke hal ada bear terpacak kat kayu tu?"
Jeng....jeng...jeng...kemudian keluarlah seseorang dari pondok itu dan mengenalkan dirinya, "Ali". Alkisah cerita si driver yang bawa kami, kalau nak masuk ke perkampungan orang asli, kena berjalan kaki hampir sejam. So, untuk memudahkan pelancong ( especially foreigner tourist ), Ali pula yang "dibawa keluar" dan "menemui" pelancong. Ooo..gitu ka?
Apalagi...ambil peluang menyumpitlah..
Haaa...si Abdul ni lagilah. Suka mencari pengalaman baru..
macam Umminya jugak. Abdul sorang lagi...hati kecik...
walaupun badan besar..huhu..
Ali kemudian mengajak kami berjalan dalam 200m (melintas jalan besar) untuk masuk hutan. Ada 2,3 biji kereta memperlahankan kenderaan mereka dan tertanya-tanya kot, apa ke halnya makcik dan anak-anak kecil masuk hutan ikut Ali. Well....dah terjawab bukan???
Note : Ali ni popular dan dikenali di kalangan pemandu bas dan lori yang lalu lalang sebab depa akan bunyi hon dan angkat tangan. Ali pula akan membalas balik!
Dari jauh terdengar bunyi air. Walaaaa....jernih dan sejuknya kaki
mencecah air waterfall yang tersembunyi ni. Air terjun dari
gunung!!!! Ali kata
"air ni boleh diminum, boleh ambil air sembahyang" Hihi..boleh tahan jugak kau Ali!
Abdul sorang ni PANTANG nampak air....mau terjun saja. Walhal dah diberi amaran, baju dan seluar tak bawa....
Ali yang berusia 48 tahun ni memang lucu dan loyar buruk. Dia boleh berbahasa Melayu. Tak abis gelak dengan gelagatnya.
Tentunya kami tak sampai hati pulang begitu sahaja tanpa membeli madu yang dijual oleh kaum kerabatnya.
"Aku bagi diskaun" katanya...hihi.
Jawapan jujurnya yang menggelikan hati kami bila ditanya tentang khasiat madu, tongkat ali dan pelbagai akar kayu yang dijual,
"Aku mana tau khasiatnya. Orang suruh aku bawak keluar dari kampung, aku bawa keluarlah"
P/S Dia tinggal bersama adiknya, "Michael Jackson" (gelaran diberi oleh pelancong asing). So, kalau ke Cameron Highlands ikut Tapah...jengoklah rumah tepi jalan tu kot2 terserempak dengan Ali. Dia tinggal di situ kerana nak balik ke kampung...sejam kena jalan kaki.
wahh... pergi menyumpit yee...
BalasPadamAkak! Masuk hutan bawak handbag! Tak tahan!!!! =D
BalasPadamWahhh..ada kawan baru tuu...
BalasPadamkazman_nanti nk menyumpit tupai kat tongkang pechah..kehkeh...
BalasPadamren_salam kenal. tu le pasal, napelah tak mintak depa briefing fasal aktiviti masuk hutan ni dulu, xpasal2 makcik angkut handbag masuk hutan, hihi....(mesti Minah Salleh geleng kepala tengok akak nanti tau...)
BalasPadamain_kawan baru ni..janji kalau mai SP singgah umah saya, hihi...(sungguhpun begitu, dia sudah menjejakkan kaki ke Padang Besar, ada percaya?)
BalasPadamKak org asli jual mcm besabut buah ade gupa.bntuk ayam tu..apa ye bsabut coklat
BalasPadamwah ali..
BalasPadambeshnya kak dapat mandi manda tu....
seksi gitu ali tau
hehehe
kisah aku_tak taule. yg kak kenal tongkat ali dan rebung je..
BalasPadamtapi mcm2 pokok hutan dijual di situ.
cheqna_memang dpt dosa mata je ari tu. dia bkn pakai spender pun, hihi.
BalasPadamItu rupanya Ali...
BalasPadamBestla cite ni;)
sy p cameron x terfikir nak p tmt ni, pasni ble p...;)bestnya ada air terjun
salam kenal.idah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D
BalasPadamAA, kami pun tak plan..
BalasPadamdek kerana rajin bersembang dgn kakitangan resort, dgn driver van, dgn chef, dgn pengusaha ladang..baru tahu cerita..hihi
cari Ali tau kalau naik CH lagi..
syerwina_tq. salam kenal jugak.
BalasPadamAsalam ..
BalasPadamUniknya di sana, satu keajiban semulajadi di Malaysia..
Tahniah ya Anim
ya..tulah antara hikmah bermusafir
BalasPadamOk jugak bawak handbag... Sempat shopping2dlm hutan...
BalasPadamhihi...nak bawak balik pokok hutan pn takut2..
BalasPadamhulur "duit rokok" kat ali je la...