Hidupnya hanya berpaksikan wang. Bangkit tidur, yang terlintas difikirannya ialah soal perniagaannya. Si ibu meminta DIA berkahwin tetapi dia menolak hinggalah ke akhir usia si ibu...DIA tetap membujang. Perniagaan yang DIA usahakan akhirnya mengalami masalah. DIA bingung memikirkan cara untuknya meneruskan kehidupan. Dan bagai sudah jatuh ditimpa tangga, DIA juga menghidap 5 penyakit dan salah satunya ialah sakit jantung.
Di usia 40an, sudah pasti sukar untuk DIA mendapatkan pekerjaan. Bila memohon pekerjaan, sudah pasti status kesihatannya menjadi isu utama. DIA juga kerap bermimpikan arwah ibunya. Yang anehnya tentang mimpinya ialah ibunya berpakaian kotor dan bersujud di longkang. Bila diajukan kepada adik-beradiknya yang lain berbeza pula. Mereka semuanya bermimpi yang baik-baik tentang ibunya. Apalagi, ibunya tergolong wanita solehah apatah lagi keluarga mereka adalah keturunan beragama cuma DIA saja tersalah arah.
Satu hari, seorang sahabatnya yang mengetahui kesulitannya dalam mencari pekerjaan memberitahu akan satu peluang di luar negara. Sahabatnya memberitahu jawatan pemandu Mekah ke Madinah diperlukan. Sahabatnya mengatakan inilah peluang yang patut direbutnya kerana di sana juga DIA juga dapat mengubah nasib dirinya, bertaubat dan beribadah di Tanah Suci. DIA memberitahu sahabatnya, dengan keadaan kesihatannya sekarang, mana mungkin DIA dapat merebut peluang itu.Namun sahabatnya menasihatkannya supaya berserah kepada Allah. Malam sebelum diinterview, DIA bersolat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah sekiranya itulah yang terbaik buatnya, makbulkanlah.
Keesokannya, alangkah terkejutnya DIA kerana hasil pemeriksaan mendapati DIA bebas dari penyakit yang dihadapinya. Maha Suci Allah yang berkuasa atas sesuatu. DIA bersyukur kerana dengan berita itu hajatnya untuk berkerja di Arab Saudi berjaya. DIA bertekad untuk memulakan penghijrahannya di bumi Mekah. DIA berazam untuk khatam Quran setiap minggu (DIA pun ada sedikit pengetahuan agama). DIA turut menghafaz tafsir Quran di sana. DIA bersolat malam setiap hari dan bertaubat atas kesilapan yang dilakukannya sebelum ini. Benarlah...hidayah itu hak Allah. Diambang usia 40an, DIA tersedar atas kesilapan dan keterlanjurannya selama ini. DIA kemudiannya bermimpi akan arwah ibunya . Kali ini ibunya tidak lagi bersujud di longkang. Alangkah terharunya bila DIA melihat kali ini arwah ibunya berpakaian bersih dan sujud bersolat di masjid.
Alhamdulillah.....DIA benar-benar bersyukur atas apa yang menimpanya. DIA bercadang untuk pulang ke Indonesia dan mendirikan rumahtangga sepertimana yang pernah dihajatkan oleh arwah ibunya. DIA telah meminta adik-beradiknya untuk mencarikan pasangan untuknya di sana. DIA berdoa dan mengharapkan agar Allah tetapkan imannya walaupun DIA mengambil keputusan untuk menamatkan khidmatnya di Arab Saudi.
Ketika semua pintu telah terkunci...
Pintu-Nya tetap terbuka,
Ketika setiap jalan kelihatan buntu...
Jalan-Nya selalu terbentang.
Ketika semua tangan telah terkekang...
Tangan-Nya sentiasa terhulur,
Ketika semua cinta telah sirna...
Cinta-Nya tetap tercurah.
Ketika tiada seorang pun yang mampu menolong..
Hanya pertolongan-Nya yang kita harapkan
(Agar Allah Selalu Memberi Jalan Keluar : Abu Firly Bassam Taqiy)
P/S Pengalaman benar seperti yang diceritakan oleh penceramah agama di Radio Kedah FM97.5 jam 2.00 petang tadi. Nasihat penceramah janganlah
menyalahkan anak, adik, keluarga kita kalau mereka masih tak
"sedar-sedar". Kita bertahajudlah, mohon doa pada Allah moga-moga Allah
lembutkan hati mereka untuk insaf dan sedar akan kesilapan mereka. Hanya
Allah yang berkuasa atas sesuatu. Kalau mereka tak sedar saat ini,
mungkin doa kita akan dimakbulkan untuk satu jangkamasa yang Allah saja
tahu.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Hidayah itu HAK ALLAH"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai