Assalamualaikum wbt...
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW; "Mengapa aku melihat kau berubah muka ?"
Jawabnya:"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dijulangkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya"
Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam"
Jawabnya:"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam. Maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung antara langit dan bumi akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dlm Al Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya cair ke bawah bumi yang ke 7".
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang2 yang di hujung timur kerana sangat panasnya , Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya potongan2 api"
"Api neraka itu ada 7 pintu, tiap2 pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan"
Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi
selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah penduduk setiap pintu?'
Jawab Jibrail:
"Pintu yang terbawah (Al-Hawiyah) untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun.
Pintu kedua (Jahim) tempat orang-orang musyrikin
Pintu ketiga (Saqar) tempat orang shobi'in
Pintu ke empat (Ladha) tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi
Pintu kelima (Huthomah) tempat orang Yahudi
Pintu ke enam (Sa'eir) tempat orang Nasara.
Kemudian Jibrail terdiam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya:
'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.'
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')
Dari Hadith Qudsi: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Wallahu'alam
P/S Sumber dari http://qurratunainun.blogspot.com
nauzubillah
BalasPadammoga kita semua dilindungi Allah
ular kat dunia punkalau terserempak dah cabut lintang pukang... kalau jumpa ular di akhirat nanti tak tahu nak bayangkan dah...
BalasPadamtq..anim...
BalasPadamsama2 kite saling ingat mengingati..suka n3 ni...kadang2 kite terlupa...
cheqna_peringatan buat diri kak sendiri dan semua...
BalasPadamtak tergambar..
ain_bukan kata terlupa, adakala kena cas semula bila lalai...
BalasPadamajal menjemput tanpa diduga