Satu petang di sebuah bank komersial di Sg.Petani..
Sebelah kaunter Anim berurusan, ada seorang wanita muda bersama anak kecilnya
Wanita ini nak MASUKKAN duit dalam ASB...istilah biasa kita kan!
Bila dia menyuakan buku akaun banknya...DRAMA bermula...
"Ni apasal jadi macam ni? Mana awak simpan?" rungut si kerani di kaunter.
Tertarik nak menoleh dek kerana terkejut mendengar nada tinggi rungutan kerani bank
(tak biasa dengar bebelan kerani bank komersial!)
"Tengok ni, tak boleh masuk dan check kat mesin pengimbas ni..dah kembang semacam..kedut-kedut. Ni macam terendam dalam air aja. "
Orang kiri kanan dah meninjau leher masing-masing
"Tulisan dah tak nampak ni. P buat buku akaun barulah..bayar RM10" tambah si kerani.
Wanita itu menolak dan memberi alasan nak cepat kerana membawa anak bersama dan berlalu pergi.
Ingatkan leteran berakhir di situ...rupa-rupanya bersambung..
"Meniaga pasar malam la ni agaknya. Tak pandai simpan buku"
------------------------------------------------------
Malas nak komen sapa betul sapa salah . Namun selepas peristiwa cemas yang berlaku di Batu Pahat pada 2005 , Anim cukup ALERT dengan dokumen penting. Waktu itu Anim menyewa di sebuah rumah kampung (semi D) di Peserai. Rumah sewa kami ni dikelilingi oleh kebun kelapa sawit .
Cuaca panas dan kering menyebabkan kebakaran kebun berlaku dibanyak kawasan waktu itu termasuklah kebun sawit berhampiran kami. Bahaya sikit kebakaran kebun sawit ni sebab tanah gambut.Bara daripada kebakaran tanah gambut di bawah tanah mengambil masa untuk padam sepenuhnya.
Pihak bomba telah dihubungi. Namun kebakaran kebun sawit di tempat lain menyebabkan tenaga ahli bomba tidak mencukupi. Hampir sejam menunggu...masih tak tiba-tiba lagi. Api semakin marak ke arah kawasan rumah kami. Encik Suami menyiram tepi rumah sewa kami dengan air. Dia mengerahkan Anim mengeluarkan semua dokumen penting dan membawa anak-anak dan kenderaan kami pergi jauh dari situ.
Panik memang panik. Apa nak dibawa keluar? Dalam keadaan kelam kabut, lupa dah mana simpan surat beranak anak-anak, mana simpan passport, mana simpan geran tanah, geran kereta, geran rumah, mana dokumen insuran...
Wah...tinggilah nada suara Encik Suami bila dia melihat Anim mengangkat satu benda untuk dimasukkan ke dalam kereta..
Apa dia tau? ...........
Laptop sekolah yang diberi kepada kami, guru-guru ETEMS (Sains dan Matematik dalam BI).
Hihi..lucu kalau ingat2 jawapan pada Encik Suami, INI HAK KERAJAAN, HAK SEKOLAH, kena bayar kalau tak reti jaga!!
Alhamdulillah...setelah 2 jam, barulah pihak bomba tiba ..setelah tuan punya kebun dan jiran-jiran bertungkus lumus mengangkat air dan memadamkan sebahagian kebakaran..namun PENGAJARAN dari perisitwa itu,
segala dokumen penting telah Anim simpan dalam beberapa beg bimbit .
Yang pasti, jika berlaku sebarang kecemasan akan datang (dijauhkan Allah)...beg-beg itulah yang akan dibawa keluar!
P/S Bila panik.......segalanya jadi kelam kabut dan of course kita jadi terlupa.
Lain-Lain Artikel:
macam pernah dengar je kebun kat peserai ni terbakar... almaklum kampung kami pun simpang 5 jee... tapi syukur semuanya selamat kan...
BalasPadamHuhu tadi da komen, xble lak publish..huhu
BalasPadamyela, kalo da sampai thap xble nk scan, terul sgtla buku dia...
Thanks tips tu...
Yela, kita x tau apa akan jd kan..lgla kalo kecemasan kan...
Da kalut2 mane nk selongkar brg dlm almari kan
kalau sekampung, raya dah boleh ziarah ni..hihi
BalasPadamsaya tinggal di lorong hj wahid masa tu la..
sijil2 pun penting..
BalasPadampayah nak ganti, macam2 proses kena lalui..
so, kena beringat sebelum kena.
jgn simpan byk tempat..
baik kita beringat sebelum kenekann...
BalasPadamkakain pun simpan setempat jugak apa2 hal senangkan...
Salam Anim,
BalasPadamKalau ya pun buku tu dah rosak cakap lah elok2 apa salahnya kan...mana pi budi bahasa nih.....
Kak Ros pun selalu jugak lupa tang mana letak barang...La ni setiap sorang anak2 kak Ros semuanya ada fail dokumen depa masing2...Sijil2 ka,surat beranak ka,semuanya kak Ros simpan kat dalam fail masing2....Yang kak Ros ngan Che abang pun ada satu fail jugak...
La ni kak Ros tak risau dah....he.he.he...
k.ros..kalau wanita tu masuk duit berketui-ketui mungkin tak jadi lagu tu..
BalasPadamk.ros punya sistem menyimpan lagi bagus dr saya..