Dia akan menangis setiap pagi setiap kali tiba sekolah. Bila dipujuk, ok sekejap. Lepas rehat, hilang. Bila dicari, nun berdiri di depan kelas kakaknya (Tahun 6). Dia kerap minta izin ke tandas. Kadang2 dia minta izin untuk pulang sekejap ke rumah dengan alasan ingin membantu ibunya di rumah. Mula2 Anim sangkakan dia belum dapat menyesuaikan diri dengan kawan2 sekelas Tahun 1 maklumlah dia anak bongsu dan lelaki tunggal pulak.
Kelakuannya sedikit pelik. Kedua tangannya sentiasa berada di dalam kocek seluar. Walaupun Anim ni bukan guru kelasnya tapi entahlah ..Anim ni "alert" dengan persekitaran Anim. Anak ini nampak bermasalah. Anim perhatikan kelakuannya sejak 2 minggu lalu. Alangkah terkejutnya bila Anim dapati...dia akan mengutip segala benda tercicir di dalam kelas dan memasukkan ke dalam kocek seluarnya!!! Dan tambah terkejut, kerana enggan mengeluarkan tangannya yang sentiasa berada dalam kocek seluar...dia membuka kotak pensil dengan giginya...
Kemuncaknya minggu lalu, ketika Anim sedang mengajar di kelasnya, dia meminta izin ke tandas. Lama juga Anim tunggu dia masuk semula ke kelas. Dalam 5 minit, dia dipimpin oleh seorang budak lelaki Tahun 6 menuju ke kelas. "Saya jumpa dia kat belakang tandas. Dia kutip sampah kat situ, lepas tu kan cikgu, dia masukkan sampah-sampah tu dalam kocek dia" .
Anim memberitahu kaunselor sekolah tentang hal ini. Wah..kali ni terkejut bila mendapati plastik bungkusan, daun-daun kering, tali, pensil kontot, kertas dan kertas kotak penuh di kocek seluarnya kiri kanan. Jawapannya..dia mahu kelas dan kawasan sekolah bersih. Sampah sarap itu dimasukkan ke dalam kocek untuk dibakar di rumah!Selepas "rahsia"nya terbongkar, kerap kali dia hilang dari kelas. Dia "bersembunyi" di sebalik almari di ruang membaca.
Alhamdulillah, ibubapanya dapat menerima laporan yang diberi oleh kaunselor. Mereka juga tidak keberatan ikut bersama-sama kaunselor untuk sessi perjumpaan dengan pakar psikiatri minggu lalu. Anak ini rupa2nya mengalami tahap "anxiety" yang serius. Anak ini merasakan kawan-kawan sekelasnya semuanya jahat. Bimbang tangannya kotor kerana memegang benda-benda di kelas...tu sebab tangannya asyik dikepal dalam kocek seluar...
Pada pendapat Anim, memang wajar anak2 dididik tentang kebersihan di rumah tapi jangan MELAMPAU sangat. Sesekali dia nak bermain tanah atau hujan apa salahnya. Sesekali kakinya luka akibat terjatuh basikal, tak mengapa. Biarlah....itu pun salah satu cabang mendidik juga untuknya. Biarlah kalau baju depa kotor kerana makan coklat atau aiskrim kerana bila mereka menempuh alam persekolahan...mereka akan berdepan dengan suasana kantin, rakan-rakan berbagai ragam, aktiviti lasak padang, tandas sekolah yang tak sama dengan rumah depa. Anak ini mungkin tak biasa terdedah dengan bebudak lelaki yang lain ..budak ni budak baik, tak lasak, duduk dalam rumah sahaja, bercampur dengan kakak2 dan mak bapak saja. Bila masuk ke alam persekolahan....tension jadinya..
P/S Itu belum lagi tekanan yang perlu dihadapi bila mereka menempuh alam universiti mahupun pekerjaan..
Lain-Lain Artikel:
Kesiannya....la hai, sgt simpati sy rasa...
BalasPadamKenapa sampai begitu sekali jadinya...
macam mana ubibapanya train dia sampai jadi obsses begitu sekali yee... kisah benar ni.... tu yg kami benar2x pikirkan...
BalasPadamaine~ kami (cikgu & ibubapa) kena tanamkan keyakinan pada dirinya...dia "selamat" di sekolah..
BalasPadamkazman~beg sekolah dia teramat bersih dbandingkan dgn beg sekolah bdk2 lelaki seusia dengannya. kalau makan kuih (dalam plastik) dia tak guna tangan, tapi dipegang dgn plastik.. takut tangannya kotor. anak ini dilatih TERLALU BERSIH...beg plastik di bawa dr rumah..bertujuan buang sampah yg digunakan..
BalasPadam