Kami akan bertolak balik dengan ferry jam 12.30 tengahari. Takleh buang masa...sementara Encik Suami and the gang ada slot bersama teambuilding Pyracosmic (Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim)...Anim plan aktiviti bersama-sama anak-anak selepas breakfast.....
Bagi chance depa rasa semua kenderaan depan lobby. Nampak kereta Kancil tanpa pintu tu? Unik bukan? Depa kata Kancil tu untuk bawa pengunjung ke tempat penginapan atas bukit. .
Karaoke? Tak ok..tak ok...Tak cukup masa...mari kita wat aktiviti kuar peluh...
Bagi chance berendam dulu dalam sejam.....ok...jom gerak sekarang....
Ahaa...semua happy bila Anim bagitau dah sewa 4 basikal...RM10 satu basikal untuk sejam. (Sorang lagi untuk Akmal, anak staff..14 tahun)
1st, kita mengayuh ke kawasan berbukit untuk ke jambatan gantung. Weii...janganle laju-laju...Ummi semput ni..
Flora yang boleh dipelajari...
Giant ulat gonggok....eeeiiiii....lebih 50x besar dari ulat gonggok kat umah kita...
Suspension bridge...Hero ganas Anim ni pun kecut perut..Separuh jalan dah pusing balik. Takut sebab bergoyang sangat, katanya tak seperti di
Sedim dulu,
Wall climbing.....bagi chance depa tengok aktiviti remaja bangsa Cina ni .. Paintball pun ada. Archery pun ada...
Berkayuh ke kawasan penjara.Ikut papan tanda...kami kena mengayuh ke kawasan Monkey Trail (tepi laut) dalam jarak 1.5km. Nak kata takut monyet daklah sebab monyet sembunyi bila nampak kami.Ish, teringat cerita Encik Suami ...kalau ada kawasan penjara...mesti ada orang curi besi. "Hantu kepala hitam" yang dirisaukan. Dahle I ni mak orang, bawa anak-anak lak (sib baik ada si Akmal..) . Oklah....jomle patah balik....
Ni salah satu faktor mengapa Anim ajak depa ber3 berpatah balik. Melalui kawasan bangunan-bangunan lama tak didudukki yang menjadi tempat pembuangan sampah,tilam dan sebagainya. Bila cerita balik kat Encik Suami...rupa-rupanya dia kata ada 2 penjara. Satu Malaysia...satu British. Penjara British tu ada di bawah tanah katanya...Waaaa, sib baik batalkan niat pi..Tak pasal-pasal ada yang demam seminggu lak karang....
Well, Pulau Jerejak ni memang cantik dan mendamaikan.Sesuai untuk pengunjung yang nak lari dari kesibukan dan hiruk pikuk kota. Kami ni beruntung kerana kami p bukan waktu cuti sekolah@cuti perayaan. (Khabarnya penuh waktu CNY tempohari). So...hari ni pulau ni seperti milik kami ber4..
Dipercayai Pulau Jerejak ini menjadi pengkalan submarine tentera Jerman (Jun 1943- Mac 1944). Semasa World War II, kapal selam tentera Russia telah diserang oleh tentera Jerman. Satu perkuburan khas tentera Russia yang terkorban telah dibina tetapi tiada rekod yang dapat menjelaskan dimana jasad itu sebenarnya dikebumikan.
Lepas lunch...bergegas ke jetty. Nak kejar Solat Jumaat di mainland.
Ferry dengan kapasiti 60 penumpang rosak pulak hari ni...
Penumpang ferry 12.30 tengahari yang terkandas di Pulau Jerejak...(walhal..punyalah nak cepat... makan pun tak kunyah lumat, main telan je masa lunch tadi...)
Kenangan pulang dengan bot 12 penumpang.....Best wooo...
P/S Macam-macam cerita singgah di telinga...Pulau Jerejak keraslah..tempat "makhluk halus" dibuanglah..pulau misterilah. Namun apa yang dapat Anim kongsikan....jangan dengar cakap orang!
Belum ada komen untuk "The unforgettable experiences@Pulau Jerejak"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai