Si Abdul discaj hospital semalam. Adik-adik dan anak-anak saudara dah balik ke Bangi malam tadi. Bonda saja yang tertinggal (abah ada di Johor...tak nak ikut berjalan).
Mana nak bawa Bonda ni sementara cuti raya Cina berbaki 2 hari? Jom bawa dia tengok sawah padi dan laut...selama ni mata Bonda tengok pokok sawit je kan? Lepas tu...kita pekena Mee Udang Pulau Sayak laaa....
Budak baru kuar hospital ni bagitau Bonda, jangan balik cepat sangat. Dia nak bawa Nenek jalan-jalan tempat lain.
Amacam? Apa kata hakim? Bonda kata lebih sedap dari Mee Udang Mak Teh di Kuala Sepetang. Manis kuah udangnya terasa.
Tapi Bonda, hari ni naik RM1 sepinggan. Alasannya harga udang raya Cina ni naik...so, mee udang biasa RM7 sepinggan ni jadi RM8 sepinggan.
Nak pekena Ketam Masak Sos....tapi jam 6.30 petang...ketam dan sotong dah habis. Nak kata apa , .. cuti raya lah katakan. Kami biasa mai sini bukan waktu cuti, takdelah ramai sangat, sampai parking kereta pun berlapis-lapis. Takde rezeki Bonda hari ni..
P/S Dah bertambah gerai Mee Udang di Pulau Sayak. Satu perkembangan sihat....
asssalamualaikum.....bertemu blog yang seronok dibaca...terus baca baca dan baca. Ralit. TQ for sharing...
BalasPadamjun, terimakasih kerana sudi singgah membaca..
Padam