Sekarang musim memotong padi di Kedah. Nak cari pemandangan kehijauan sawah bendang yang indah, saujana mata memandang...dah payah. Setelah puas pusing2...hajat Bonda terkabul semasa meronda Yan. Dapatlah dia bergambar berlatarbelakangkan sawah padi yang belum dipotong (almaklum, kat Johor cuma ada pokok getah dan sawit).
"Macam bergambar dengan pokok lalang je Nim"
Hati orang tua tak boleh dijangka. 7 hari di SP...puas rasanya bawa Bonda meronda-ronda area Alor Setar, Yan, Merbok, Sg.Petani... Menara Alor Setar dah naik, Tanjung Dawai dah sampai....
Ke rumah kelahiran Tun Mahathir pun sudah....
"Tempat mesti singgah" kalau ke Alor Setar. Pekan Rabu pun dah pi...
Sembahyang di Masjid Negeri Kedah....Masjid Zahir (antara masjid tercantik di Malaysia)...pun dah bawa solat kat sini..Rupa-rupanya ada hajat lain yang diidamkan dihatinya.
Terkedu bila pagi-pagi nak ke sekolah pagi semalam, dia sempat bertanyakan Anim, "Bila nak bawa mak pergi Longwan?" (Psss...Longwan tu nama pasaraya.
Kabonya...Bonda berkesempatan mengikut makcik ke salah sebuah cawangan di Perak. Apa yang best agaknya...sampai menyebut nak ke sini bila dapat tahu kat SP pun ada branch..Aduhhh, dekat 2 tahun dok sini...tak pernah sekali Anim jejak kaki ke sana. Teruja juga kita nak tau apa ada dalamnya...heee.)
P/S Memenuhi permintaan Bonda....membawanya ke Pasaraya Longwan selepas menghantar anak2 ke kelas Pengajian Al-Quran petang tadi, malangnya...TUTUP lagi...sakan CNY nih...Frust Bonda nampaknya...
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Hati Orang Tua Payah Diduga..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai