Photographer amatur...guna kamera handphone jek...
Hari ni bawa Bonda ke Alor Setar Tower. Kami 4 beranak ni pun 1st time ke sini. Alor Setar Tower setinggi 165.5m merupakan tower ke19 tertinggi di dunia. Baru dibuka selepas kerja naik taraf sejak Disember lalu. Tiket dewasa RM6, warga emas RM4 dan kanak-kanak RM3.
----------------------------------------------------
Ini pengalaman pertama buat 2 Abdul. KL Tower yang ke4 tertinggi di dunia pun kami tak pernah sampai lagi...
Namun pengalaman mengunjungi tower seperti ini merupakan pengalaman ke-4 buat Anim.
----------------------------------------------------
Anim pernah ke Eiffel Tower di Paris, Carlsberg Sky Tower di Singapore dan Fernsheturm Tower di Berlin, Germany . Encik Suami pula lebih satu tower (5 la dia...) iaitu Oriental Pearl Tower di Shanghai (ke3 tertinggi di dunia) sewaktu lawatan kerja ke China pada 2008. (Insya-Allah...Anim akan cuba scan gambar-gambar lama kami tu nanti untuk tatapan readers pada n3 akan datang)
Lif membawa kami ke 4th floor (Open Deck), 3rd floor (Seminar, Meeting Rooms), 2nd floor (Restoran Seri Angkasa ~ tutup hari ni) tapi....tak dibenarkan keluar lif . Kalau ada functions sahaja boleh ke floor yg dinyatakan tadi.
Kami hanya dibenarkan keluar dan melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar di Observation Deck sahaja di 1st floor (88 m ~ tak gayat le...). Bolehlah guna free binoculars yang ada...tengok sawah padi..tengok apa yang ada di bawah nu....Orang tak ramai pulak hari ni. Kata guard, sejak CNY hari tu...pengunjung punyalah ramai . Kalah cuti Hari Raya Puasa lalu..
-----------------------------------------------------
Menara ini juga menjadi menara pemerhatian untuk melihat anak bulan menandakan permulaan kalendar Islam (bulan Ramadhan dan sebagainya.
P/S Souvenir shop tak buka la pulak...Bonda macam anak dia jugak...suka kumpul fridge magnet!!
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Alor Setar Tower@Kedah laaa..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai