9 hari di Utara, 11 pagi tadi Bonda bertolak ke KL (rumah adik). Esok ada majlis kahwin anak sepupu di Serdang. "Kalaulah tak ada majlis ni esok, seminggu lagi kat SP pun tak apa. Seronok duduk kat SP ni. " katanya.
Bonda yang berusia 64 tahun. Sudah biasa travel dengan bas sorang-sorang kalau abah tak mahu ikut. Ke rumah Along di Terengganu pun 2,3 kali dengan bas. Kali ni duduk selesa dalam Sani Express. Sorang aja dia di tingkat bawah. Jumaatlah katakan....lenganglah bas nak ke KL.
"Bestnya bas ni . Abah, kalau kita orang ikut nenek boleh tak"?
Si Abdul buka suara
Amboi...."Sapa nak hantar hangpa 2 orang balik SP?"
"Nenek la bah"...pandai...pandai
------------------------------------------------
Bye..bye Nenek...nanti mai SP lagi. Pujuk Atuk ikut sekali. Boleh kita sambung aktiviti yang Nenek idamkan tempohari.
Gembira betul Bonda bila Pasaraya Longwan di buka semalam (benda yang pernah dibelinya di cawangan di Perak tu sedap dipakai dan murah harganya....tu pasal nak cari lagi kat sini. Laaa, awat tak habaq benda kecil tu? Hihi..suspen..)
P/S Satu lagi hajat yang diidamkan Bonda ialah memancing di sawah. Hobinya masa kanak-kanak itu (memancing di parit) timbul kembali sewaktu melintasi sawah padi. CNY tempohari dah ronda-ronda sawah di Yan...tapi mencari umpan pulak tak ketemu...Insya-Allah, bila mai lagi....sure kami bawa dia p memancing.
Belum ada komen untuk "Bye Bye Nenek, Nanti Mai SP Lagi...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai