Cerita fasal tower....rasanya
Eiffel Tower yang paling special. Kalau tower lain...dari simen...dia pulak dari besi. Sebut fasal Paris...selalu disebut tentang kota raya romantisnya. Bagi Anim sendiri...yang berkesempatan ke sana lebih sedekad yang lalu...pengalaman mengunjungi Paris di musim panas sewaktu mengikut suami berkursus di Germany..adalah kenangan terindah. Terindah kerana kami mengembara berdua dari Frankfurt - London - Paris - Holland -Berlin - Frankfurt dalam masa 10 hari dengan menaiki bas dan train.Dahla tu..dalam setiap perjalanan...kami ber2 saja Melayu dan orang Malaysia....
ishhh...nekad betul waktu itu.
Beratur beli tiket naik lif ke 2nd floor. Masa tu tiket 88franc.(Matawang Euro diperkenalkan pada 2004}. Ada yang memanjat kerangka besi tu tau...Tiket pun kena bayaq juga..ni yang spesis berani la..tak gayat. Depa panjat sampai level 2 sahaja. Level 3 dan yang puncak..kenalah naik lift.
Mamat tuan hamba ni lebih gayat dari bini dia...Dari Level 2...menikmati keindahan kota Paris.
Tak ada jaring @ cermin penghadang. Boleh jengok kepala ke bawah...tu yang mamat I ni gayat. ..
Kerangka besi berusia 122 tahun ini dinamakan sempena nama engineernya , Gustave Eiffel .
P/S Kekurangannya....dulu tak ada kamera digital, tak guna fokus. Kami guna kamera berfilem. Huhuhu....tawakal sajalah masa snap gambar!!!
Belum ada komen untuk "Kerangka Besi Eiffel Tower@Paris"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai