Home · About Me · Sitemap ·

Aku dan Air


Assalamualaikum wbt...

La musim hujan. So entry tak ada air ini mungkin tak sesuai, heee. Namun, cerita ini perlu diabadikan. Lagi-lagi bila mengenangkan masih ramai yang berhati luhur di luar sana. Kejadian berlaku beberapa bulan lalu di salah sebuah Hentian Rehat.

Waktu itu, kami dalam perjalanan  ke Bangi. Memandangkan Ipoh-Bangi dijangka dalam 2 setengah jam perjalanan, maka taklah bawa apa-apa bekalan. Bawa air minuman sebotol saja. Jangkaan kami, turun tol Tanjung Malim, bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam kemudian kami akan lunch di rumah adik di Bangi.

Lain pula cerita lepas solat Jumaat. Si Abdul kecil mengadu lapar dan kami ambil keputusan makan di Hentian Rehat. Selesai makan, baru tahu tak ada air di Hentian Rehat tersebut.

Cuci tangan dengan ais ketul...perkara biasa. Tapi bila dia mengadu nak masuk tandas, mulalah cari air mineral. What? Adik penjual kata air mineral sudah habis dan sudah tiga hari pembekal air botol mineral tak hantar bekalan. Waaa...bayangkanlah tak ada air mineral di setiap gerai!

(Pesan kat si Abdul, kalau tak de air, istinjak saja dengan tisu. Peristiwa di Beijing dulu banyak mengajar kami. )

Tiba-tiba si Ummi pulak terasa nak ke bilik air. Walaupun dah tertera notis di luar tandas, ketiadaan air kerana kerja-kerja penyelenggaraan Syabas, kaki tetap melangkah. Dua tiga orang pengguna masuk menjenguk dan terus keluar. 

Dok termangu depan pintu tandas sambil memikirkan..nak masuk ke nak tahan. Pandai nasihat kat anak tapi bila kena batang hidung sendiri....mulalah berkira- kira. Istinjak dengan tisu...benda tak biasa buat sebab banyaknya air di tempat kita!

Tengoklah...tong pun sudah terbalik..tak de air..Cik kak nilah yang baik hati..

Dilambainya kita dan disuakan sebaldi air. "Gunalah....sebaldi saja ada, cukup tak, kak?". Syukur...

P/S  Bila air tak ada....sebaldi air itu cukup berharga. Kalau suruh bayar pun, sanggup!!!

Artikel berkaitan:

Yang terbaik menurut Allah Subhanahu Wa Ta'ala


Assalamualaikum wbt...

Sebulan lebih tak menjengok blog, tak tahu di mana nak mulakan bicara. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bertanya khabar di WA. Ada yang menyangkakan kesihatan Anim menjadi punca menyepi ya? Alhamdulillah....Anim masih sihat dan masih mencari penyelesaian meneruskan kehidupan di SP. Bukankan Anim pernah kata, if plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters..

Hari ini sudah penghujung Safar. Esok bermula bulan baru Rabiul Awal. Bila masuk Rabiul Awal, pasti yang terlintas di fikiran kita ialah Maulidur Rasul. Cepatnya masa berlalu. Tak sampai dua minggu lagi, sesi persekolahan 2015 bermula. Macam tak cukup masa sebulan lebih bercuti, huhu.

Sebenarnya sepanjang menyepi ini, Anim bertapa di SP bersama 2 Abdul. Balik Johor seminggu, balik Ipoh seminggu. Kasihan Encik Suami, cuti sekolah pun duduk seorang saja di Ipoh. Nak buat macamana..bila plan A tak berjaya, buat plan B. Ada masalah di plan B, rangka pula plan C. Hingga hari ini dah masuk plan F...dan plan F pun belum nampak kejayaannya. Namun hari esok adalah perkara ghaib. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, boleh jadi esoklah datangnya kemudahan bagi kesulitan yang dialami. Jadi...kena selalu ada harapan di hari esok.

"Berbaik sangkalah kepada Allah subhanahu wa ta'ala, bahawa sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain nikmat sekaligus ujian. Jangan mengeluh apa yang terjadi pada diri kita, kerana boleh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita"

Anim dan Encik Suami dah duduk berbincang, biarlah masalah datang, kami akan hadapinya kerana kami yakin Allah SWT sudah menyediakan solusinya. Teringat kembali antara permohonan doa yang sering dipanjatkan ialah memohon pertukaran ke Ipoh diluluskan "jika itu yang terbaik buatku". (MD, itu antara sebab tak buat rayuan pertukaran. Hati berat kat SP)

Kata sepakat dicapai, Anim dan 2 Abdul akan terus menetap di SP. Ini bererti si Abdul sulung perlu berpindah sekolah semula di SP. Masalah tak timbul kalau dia mahu tinggal di asrama seperti sebelumnya. Alkisah, bila dia keluar asrama dan berulang dari rumah hampir 5 bulan lalu, keraplah ponteng sekolah. Kasihan Encik Suami, kalau ada kerja di KL atau Penang, terpaksa balik hari memikirkan ada anak di rumah. Ada kala, jika bertugas berhari-hari luar kawasan, terpaksa pula "pos" si Abdul sulung ke SP.

Macam settle dah masalah kan? Ooo..tidak..tidak. Memujuknya berpindah sekolah sekaligus rumah merupakan satu proses yang memenatkan, memeningkan dan menguji kesabaran. Allah dah katakan dalam Quran, surah An Anfal ayat 28 , "Dan ketahuilah bahawa harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar". Kami diuji dengan anak.

Setahun di Ipoh, dia sudah cukup selesa di rumah itu. Jiwa remajanya memberontak bila kami memujuknya kembali ke SP. Sampai ke satu tahap, dia minta Anim cari kerja lain kat Ipoh. Bila Anim kata dalam usia Anim begini, apa kerja yang Anim boleh buat selain mengajar....boleh pulak dia kata, jual muffin, jual kek. Aduhh...lawak pun ada. Sah, belum baligh ni, hihi.

Anim layan kerenahnya lebih sebulan ni. Memujuknya bersekolah tak jauh dari rumah. Then, buat plan nak beli rumah yang kami duduk ni. Nak repair, nak cat semula dengan tujuan nak beri dia semangat baru. Tapi tuan rumah tak mahu pulak jual, huhu. Nak jadi cerita, si Abdul sulung pun tak mahu pula bersekolah di situ.

Kemudian...buat plan lain, meronda cari rumah baru dah siap. Rumah berkenan dah ada owner. Rumah tak de owner, mahal gila-gila pulak, kerja sampai pencen pun tak mampu bayar. Dalam pada itu,  sibuk cari rumah lain untuk disewa. Banyak faktor yang menguatkan diri untuk berpindah rumah.

Selain mencari semangat baru 2015, rumah yang disewa sejak 5 tahun lalu, sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang perlu dibaiki (owner suruh repair sendiri). Tambah menguatkan ialah si Abdul sulung sudah menunjukkan tanda-tanda "kurang protes" dan tidak membantah lagi bila Anim kata kami akan beralih angin pula ke taman perumahan yang lain.

Cari, contact dan urus deposit serta sewa bulan Januari sendiri. Encik Suami serahkan semua pada Anim. Nak buat macamana. Anim di SP, dia di Ipoh. Anim tak berani nak beritahu Encik Suami, Anim lupa minta resit kat anak tuan rumah masa buat payment. Anim minta nak masuk seboleh-bolehnya cuti Krismas ni sebab Encik Suami balik cuti. Sampai hari ini depa tak call bagitau bila boleh ambil kunci rumah.

Dua hari lalu, Anim pusing area rumah sewa baru. Rumput masih tinggi belum dipotong, pokok mangga depan rumah masih belum cantas macam yang dijanjikan,

Hasbunallah wa ni'maal-wakil. Sesungguhnya manusia ialah mahluk yang lemah, sedang jika ada kekuatan pada diri mereka, maka pasti itu milik Allah SWT. Oleh itu, Anim serahkan segala urusan kepada-Nya. Kerana siapa lagi yang berkuasa menjadi penolong dan pelindung untuk segala urusan kita selain Allah.

Haaa...nak tahu kenapa kami bertapa di SP dan berkorban meninggalkan Encik Suami berseorangan di Ipoh? Apalagi....kemas barang untuk pindahlah. Pindah tahun lalu, barang banyak pindah tak penat sebab upah Bibik, kali ni barang sikit pun penat sebab tak de Bibik.



P/S  Dah empat hari kami ber3 duduk macam bangla. Tak de perabot, tinggal TV saja. Makan pun guna paper plate, huhu. Perabot yang ada sudah diangkut kawan p rumah ibu tunggal di Yan katanya. Fridge pemberian Teacher Fauziah pun berpanjangan sedeqahnya. Bukan kerana nak masuk rumah sewa baru, perabot nak baru tapi rumah sewa baru tu (in-sha Allah) ada perabot didalamnya.

Artikel berkaitan:

Mimpi bertemu Rasulullah

Assalamualaikum wbt...

Dia memberitahu mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam tahun lalu. Anim diamanahkan untuk tidak menceritakan hal  itu kepada sesiapa. Tak siapa tahu, bimbang timbul fitnah, tambahnya. Sahabat Anim itu menceritakan hal itu pun secara tak sengaja; waktu Anim melawatnya ketika dia sakit.

Minggu lalu dia menghubungi Anim. Dari perbualan biasa kemudiannya dia bertanya sama ada Anim masih ingat mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam yang diceritakan tahun lalu. Terpana sekejap bila diajukan soalan, "betulkah yang aku mimpikan itu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam'. 

Allahu Rabbi, yang ditanya ni Anim, cetek agama. Anim hanya mampu mengungkapkan, "Bukankah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam memberitahu bahawa sesiapa yang melihatnya dalam tidur maka sungguhlah dia telah melihat Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam kerana syaitan tidak dapat menyerupai Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam."

Nak jadi cerita, sewaktu mengunjungi Kedai Buku Hasani di SP dua hari lalu, terpandang satu tajuk buku yang membuatkan hati Anim meronta-ronta untuk membelinya.


Buku yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar ini boleh merungkaikan persoalan sahabat Anim tentang mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. Penulis buku ini menyatakan bermimpi melihat Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam apa keadaan pun tetap benar mengikut pendapat Imam al-Qurtubi.

Di muka surat 142-143 dinyatakan, tidak disyaratkan orang yang bermimpi itu mendapat pengetahuan bahawa yang dilihat ialah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dengan mendengar pengakuan oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam sendiri. Apa yang menjadi syarat ialah semata-mata sedar dan tahu bahawa orang yang dilihatnya itu ialah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam.

Kadangkala seseorang tidak perlu diberitahu siapa orang yang dihadapannya, walaupun dia tidak pernah bertemu secara langsung sebelum ini. Ini kerana makrifat atau pengetahuannya tentang orang yang dihadapannya telah sedia ada dalam benak fikirannya.

Tak apalah, nanti Anim pass buku ini kat dia. Banyak lagi penjelasan yang perlu dibaca untuk lebih pencerahan.Yang penting dan perlu diketahui, mimpi bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam adalah satu daripada petanda kebaikan untuknya. Alasannya mudah, dia telah mendapat mimpi yang baik dan tentulah bermimpi bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam merupakan antara mimpi yang terbaik.

P/S  Allahumma solli 'ala muhammad, wa 'ala ali muhammad. Semoga Allah mengumpulkan kita sekalian dalam kalangan pencinta Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. 

Artikel berkaitan:

La Tahzan (Don't Be Sad)

Assalamualaikum wbt...


Minggu ini, Anim tak balik Ipoh. Encik Suami dan Abdul sulung tiba SP, malam Jumaat. Dua Subuh berturut-turut Anim mengikut Encik Suami ke masjid kegemaran kami, Masjid Taman Keladi dalam 20 minit pemanduan. Tak taulah, lain macam bila bersolat dalam masjid itu dibandingkan masjid lain sekitar SP yang pernah disinggah. Berlama-lama pun tak mengapa. Mungkin ada antara kita yang pernah rasa begitu kalau p satu-satu masjid atau surau. Keberkatan masjid@surau itu gamaknya..

Encik Suami faham dah. Nak menenangkan fikiran Anim yang berkecamuk senang saja. Bawa saja ke masjid, duduk dengar kuliah Subuh. Kemudian cari gerai makan, pekena nasi lemak sebungkus atau roti canai banjir bersama secawan teh tarik atau kopi o panas...oklah tu nanti. 

Terima kasih kepada semua pembaca, rakan maya dan geng bas sekolah yang tidak putus-putus memberi semangat dan nasihat. Malahan, bila Anim menonton TV, mendengar radio atau mengikuti majlis ilmu, rasa "terperasan" sendiri bila apa yang diutarakan bersangkut paut dengan apa yang dialami dan terasa itu juga nasihat dan teguran yang diberikan oleh Ustazah/Ustaz berkenaan.

Contohnya,sewaktu memandu, terdengar ceramah agama radio Kedah yang menyebut tentang "La Tahzan". Sebenarnya, lama dah beli buku La Tahzan (Don't Be Sad) tulisan Dr.'Aidh Al Qarni yang disebut Ustaz tersebut. Hmm..sekali khatam, tak pernah belek lagi (ada di Ipoh).

Namun bila Ustaz kata ucapan La Tahzan itu ada disebut oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 40 iaitu "La tahzan innallaha ma'ana" yang bermaksud "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Benar...itu jadi zikir menenangkan hati.

Pagi Jumaat semalam, terperasan sekali lagi bila tonton Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Norhafizah Musa , "Bahana Tekanan". Di awal rancangan lagi, sudah tersentuh dengan bacaan Surah Al Baqarah ayat 286 yang beliau baca.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata); "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Merenung kembali pertanyaan Ustazah, adakah diri ini berjiwa kecil atau berjiwa besar? Bila berjiwa kecil, benda-benda remeh pun tertekan, boleh buat stress dan menyebabkan hidup jadi punah ranah.

Ustazah mengambil ayat Quran tentang sifat manusia yang sememangnya lemah. Allah sebut dalam surah An Nisaa ayat 28, "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."

Ok...mulakan langkah dengan merangka plan. Kalau plan A tak berjaya, bergerak ke plan B. Kalau plan B tak berjaya pula, rangka pula plan C. Pendekata...seperti dalam entry terdahulu,"If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters". Teruskan rancangan....mudah2an Allah berikan jalan.

P/S Namun memohon rayuan pertukaran (tahun lalu) tidak termasuk dalam plan. Nak tahu mengapa? Nantilah Anim cerita...panjang dah entry ni..

Artikel berkaitan:

Pertukaran Januari 2015 tak lulus


Assalamualaikum wbt....

Pagi-pagi buta buat semakan pertukaran Januari 2015. Aduh.....berdenyut-denyut kepala bila paparan menunjukkan.......

Pertukaran tidak diluluskan buat tahun ke 2

Wajah Encik Suami, wajah si Abdul sulung bermain-main di kepala. Mereka amat mengharapkan kami dapat berkumpul tahun hadapan.Cukuplah setahun berpisah. Itu pun sudah memberi kesan besar dalam hidup kami. 

Entahlah...Anim masih tak tahu perancangan 2015 nanti. Si Abdul kecil akan melangkah ke alam menengah persekolahan tahun hadapan. Buat masa ni, tengah buntu.....

P/S   Pujuk hati..........bersabarlah:-))

Artikel berkaitan:

Pelayaran emosi


Assalamualaikum wbt...

Akhir-akhir ini, Anim terasa ingin "berehat" sebentar dari dunia blog. Anim rasa tak boleh nak kuarkan apa yang ada dalam kepala ni lagi...

Bukan kerana merajuk Cik Nuffnang tak pandang. Ada 14 iklan On Going, jadilah...


Kesibukan di sekolah atau kepenatan berulangalik Ipoh setiap hujung minggu juga bukan jadi alasan. Itu sudah lumrah yang perlu dipikul. Anim boleh redha dan bersabar, in sha Allah:-))


Komen yang diterima juga bukan penyebab. Setiap dari kita ada pendapat masing-masing. Anim tak ambil hati dan marah kerana sesiapa berhak untuk menasihat. Anim boleh bersabar, in sha Allah:-))

Sebenarnya, sejak 3 bulan kebelakangan ini, Anim diuji dengan ujian berat yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Anim membelek ayat 155 Surah Al Baqarah, "Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan ketaatan, kelaparan dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."

Aduh, betapa besarnya ganjaran orang yang bersabar. Selagi manusia bernama manusia, mengaku sendiri, kadangkala tewas dengan hasutan syaitan. Timbul rasa marah, kecewa, sedih. Mulalah berfikir yang bukan-bukan.

Sedang duduk-duduk melayan perasaan dan airmata, tergerak mengambil kitab Riyadus Solihin karya Imam Nawawi di rak buku. Lama dah tak memegang dan menatap kitab itu. Hadis ke 19, bab Sabar memotivasikan diri...

Anas melaporkan, Rasulullah menjelaskan. "Sekiranya Allah mahu memberi kebaikan kepada hamba-Nya, Allah akan mempercepatkan seksa dan penderitaan seseorang itu ketika masih di dunia. Namun, sekiranya Allah mahu memberi keburukan, Allah akan membiarkan sahaja hamba-Nya melakukan dosa. Pada hari kiamat nanti, baru orang itu diazab dan disiksa."

Anas seterusnya melaporkan, Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam menjelaskan lagi,
"Sesungguhnya, besarnya pahala yang diterima bergantung kepada besarnya ujian yang diterima ketika di dunia. Sesungguhnya apabila Allah mencintai sekumpulan manusia, maka Allah akan menguji mereka. Oleh itu, sesiapa yang redha dengan dugaan itu, dia pasti mendapat keredhaan Allah. Sesiapa yang bersungut-sungut pula, akan mendapat kemurkaan Allah".
(Direkodkan oleh Tirmizi. Beliau mengatakan, hadis ini adalah hadis hasan.)

Bantulah aku, ya Allah. Aku tak mahu bersungut-sungut lagi......

P/S   Maaf kerana melibatkan kawan-kawan dalam pelayaran emosi ini...

Artikel berkaitan:

Mengenali 12 nama bulan dalam kalendar hijri


Assalamualaikum wbt....

Dalam kalendar hijri, nama-nama bulan ada 12 bulan. Hal ini diterangkan dalam al-Qur'an surah Surah At-Taubah, ayat 36:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati (Zulkaedah, Zulhijah,  Muharram,  Rejab)".

Nama-nama bulan tersebut sudah ada sebelum Islam lahir. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasssalam membawa syariat Islam dengan tidak merubah nama-nama bulan tersebut hingga ke hari ini. Namun demikian, mungkin ada antara kita yang belum mengetahui makna dan erti dari bulan-bulan Islam tersebut. 

Nama-nama bulan dalam kalendar hijri mempunyai makna tersendiri berdasarkan kepada keadaan semasa masyarakat Arab pada waktu itu:

1. MUHARRAM

Maknanya diharamkan atau ditegah. Dinamakan demikian kerana pada bulan Muharram kebiasaan masyarakat Arab Jahiliah pada bulan tersebut dilarang untuk berperang atau menumpahkan darah, Maka bulan tersebut di sebut dengan Muharram.

2. SAFAR

Safar maknanya kosong atau kuning.  Dinamakan demikian kerana pada bulan Safar, kebanyakan kaum lelaki keluar meninggalkan rumah untuk berniaga, berperang, mengembara dan sebagainya. Sehinggakan rumah-rumah penduduk pada bulan tersebut menjadi kosong. Maka akhirnya dinamakan dengan Safar. 

3. RABIUL AWAL

Rabi' maknanya menetap,  Awal maknanya yang pertama. Dinamakan bulan tersebut dengan Rabiul awal kerana pada bulan tersebut  kaum laki-laki yang tadinya keluar meninggalkan rumah,sedikit demi sedikit mula pulang ke rumah masing- masing.

4. RABIUL AKHIR

Dinamakan Rabiul Akhir kerana kebiasaan masyarakat Arab pada bulan tersebut semua kembali ke rumah untuk bulan yang terakhir. 

5. JAMADIL AWAL

Jamad maknanya kering atau beku, Awal maknanya yang pertama. Dinamakan dengan Jamadil Awal kerana pada bulan tersebut sumber air menjadi kekeringan dan jika musim sejuk maka sumber airnya jadi beku. Parit, lembah, semuanya menjadi kering dan beku. 

6. JAMADIL AKHIR

Dinamakan dengan Jamadil Akhir bermaksud kekeringan yang terakhir atau penghabisan. Kerana pada bulan tersebut kekeringan dan kebekuan akan berakhir.

7. REJAB

Bulan Rejab maknanya mulia.  Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut bangsa Arab Jahiliah sangat menghormatinya dengan melakukan banyak kebaikan dan ibadah mengikut cara mereka. 

8. SYA'BAN

Sya'ban maknanya berselerak/bersepah.  Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut kebiasaan masyarakat Arab akan  berselerak di rumah kerana mencari sumber mata air. Atau makna yang lain, Sya'ban adalah berseleraknya pahala kebaikan.

9. RAMADHAN

Ramadhan bermakna panas terik yang menyengat atau panas terik yang membakar tubuh badan. Cuaca pada bulan Ramadhan memang cukup panas. Makna Ramadhan yang kedua adalah membakar dosa dan kesalahan kita pada masa yang lalu ketika kita melakukan ibadah puasa.

10. SYAWAL

Syawal maknanya naik. Dinamakan demikian kerana kebiasaan orang Arab Jahiliah jika hendak naik unta mereka akan memukul belakang unta dan menyebabkan ekor unta menjadi naik sedangkan pada bulan yang lain tidak demikian halnya. Maka bulan tersebut dinamakan dengan bulan Syawal. 

11. DZULQAIDAH

Dzul maknanya yang empunya /yang memiliki, Qaidah maknanya duduk relaks. Dinamakan Dzul Qaidah kerana  kebanyakan laki-laki dan perempuan pada bulan tersebut duduk relaks dan tidak ada yang pergi bermusafir.

12.  DZULHIJJAH

Dzul maknanya yang empunya/ yang memiliki, sedangkan hijjah maknanya haji. Dinamakan Dzul hijjah  kerana pada bulan tersebut, manusia  banyak yang melakukan ibadah haji dengan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah mengikut cara mereka. 

Demikianlah wahai saudaraku sekalian nama-nama bulan yang ada dalam kalendar Islam yang setidaknya kita tahu maknanya dan asal usul nama bulan tersebut.

Ya Allah ya Tuhan Kami. Jadikan kami hamba yang beriman dan beramal sholeh. Berkatilah kami di bulan Muharram yang mulia ini. Mudah-mudahan Kami diciptakan sebagai hamba yang terbaik dalam pandangan-Mu.  Aamiinn !!!!

Wallahu A'lam. 

P/S Perkongsian dari Lajnah Penerangan dan Perhubungan, Kelab Al-Azhar Members, ALAM KUIS 

Artikel berkaitan:

Khatam sudah Kitab Hikam di Cinta Ilmu, TV AlHijrah


Assalamualaikum wbt...

Petang tadi, khatam dah Kitab Hikam bersama Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri. Kalau tak silap kata Dr Zulkifli, dah 261@265 siri selama 3 tahun.

Berakhir sudah rancangan Tasawuf Harian bersama Dr. Zulkifli setiap petang Sabtu dan Ahad bermula 6.15 petang di TV Alhijrah.

Doa khatam Kitab Hikam turut dibacakan di studio. 

Kata Dr Zulkifli, selepas ini dalam bab lain, dia akan muncul sekali seminggu. Pada hari yang lain, sahabatnya, Dr Fauzi Deraman akan sentuh bab hadis manakala Dr Zulkifli akan sentuh bab medan fatwa@medan mufti ( bab kefatwaan). 

Nasihat terakhirnya tadi, menghampiri tahun baru 1436H, jangan lupa solat malam, bertasbih, beristighfar, bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah.

P/S. Suka dengar Cinta Ilmu bersama Dr Zulkifli. Kata-katanya penuh hikmah, masuk terus ke kalbu.

Artikel berkaitan:

Nak berubah, azam pula lemah


Assalamualaikum wbt....


Minggu ini Anim tak balik Ipoh. Encik Suami ada kerja di Penang. Kalau 3 minggu lalu diangkutnya kami ke Batu Ferringhi kali ini dia berulangalik Penang-Sp saja, huhu.

Nak share cerita aktiviti kami bersama Tok Arab di Batu Ferringhi tempohari pun tak sempat...La, dah basi.

Rupa-rupanya, lagilah sibuk hujung minggu di SP. Dok qada' aktiviti yang tak dapat dilakukan bila Encik Suami tak ada. Ada tak de, jengah blog kengkawan yang kebetulan muncul di bloglist waktu Anim publish entry. Maaf ya...lambat atau cepat, Anim akan ziarah nanti.

Dalam sibuk2, youtube tetap layan. Dah jadi habit, sebelum tidur mesti layan youtube. Kadang-kadang terpasang sampai pagi, tuannya sudah dibuai mimpi. Buruk punya perangai kan, hee.

Dalam kita nak menyambut Maal Hijrah, 25 Oktober ni, Anim terjumpa ceramah Ustaz Badli Shah malam tadi. Sekadar nak kongsi akan petua, nasihat dan peringatan buat diri sendiri. Bijak pandai kata, kalau kita dengar dan catat, kita akan mudah ingat, in sha Allah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KALIMAT AZAM DALAM QURAN

Kalimat "azam" berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud "kehendak yang melampau-lampau". Namun kehendak itu bukan dengan angan-angan. Orang yang kuat berazam dipanggil "azim". Siapa nama Azim (keinginan yang sangat kuat), angkat tangan!

Dalam surah Al Imran ayat 159, Allah SWT ada sebut tentang azam.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dah juga bermesyuaratlah dengan mereka (dalam urusan peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa kepadaNya".

Ayat ini turun selepas peperangan Uhud di mana tentera Islam telah mengalami kekalahan. Ramai tentera Islam yang tewas dalam peperangan itu.  Bapa saudara Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, Saidina Hamzah juga syahid.

Ketika kekalahan itu berlaku, Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam merasa marah dengan golongan muda (tentera pemanah) kerana tidak patuh terhadap perintahnya supaya tidak meninggalkan  tempat mereka di atas bukit. Bila nampak harta yang banyak, tentera pemanah itu pun turun beramai-ramai.

Nabi juga pernah cadangkan peperangan Uhud  lebih baik dilakukan di Madinah. Tunggu musuh Islam datang, baru menyerang. Namun golongan muda membantah. "Ya  Rasulullah, orang muda ramai. Belum sempat tentera Quraisy datang, kita serang mereka dahulu". Nabi ikut kata mereka.

Ditakdirkan mereka tewas di dalam peperangan itu. Nabi hampir-hampir tak mahu memaafkan orang muda lalu turunlah surah Al Imran ayat 159  itu .

2 PERKARA MEMBUNUH SIFAT KEAZAMAN
1-Takut
2- Ragu-ragu.

MAKHLUK (HAIWAN) TETAPI MAMPU MEMILIKKI KEJAYAAN
i)- Semut
Kenapa Allah namakan semut untuk dijadikan nama surah (Surah An-Naml)?  . Ini adalah kerana semut ada determination (keazaman yang tinggi). Ada yang kata, binatang yang paling tamak ialah semut. Kalau letak makanan, semutlah haiwan yang lebih dahulu sampai berbanding harimau, gajah (telinga besar) atau burung (boleh terbang).  Semut boleh angkut makanan lebih besar dari dirinya malah 5 kali lebih berat dari badannya. Berbanding manusia yang lebih sanggup terjun bangunan bila ada masalah besar.

ii)- Cacing
Cacing ni total OKU. Kalau ada hamba Allah yang mengadu dan mengeluh,dia OKU, tak boleh itu, tak boleh ini kita boleh nasihatkan ada satu lagi makhluk Allah yang boleh survive walaupun takde kaki, tak de tangan, Ada pakar mengatakan cacing cuma ada mulut saja, Mata pun tak ada. Kerana apa cacing boleh survive? Sebab cacing ada determination yang tinggi (keazaman) untuk survive.

iii)- Burung kutub Utara
Setiap tahun, mereka terbang dari kutub Utara ke kutub Selatan (kurang lebih 35 200 km) .terbang selama 22 minggu. Kalau mereka tiada keazaman yang tinggi, burung ini akan mati di tengah jalan.

iv)- Ikan salmon
Ikan ini boleh hidup 2 alam iaitu dalam laut masin dan sungai. Isi ikan salmon boleh dimakan begitu saja. Kenapa istimewanya ikan salmon ini? Dia hidup di tengah lautan selama tempoh tertentu. Setelah puas berenang di lautan, ikan salmon akan balik ke habitat asalnya di hulu sungai.  Dia akan berenang melawan arus, berenang tanpa henti  selama 6 bulan. berjuang dgn beruang untuk kembali ke habitatnya. Sebab itu isinya sedap.

v)- Helang.
Satu-satunya unggas yang Allah cipta umurnya panjang iaitu 70 tahun. Ketika umurnya 40 tahun , seekor helang akan buat satu keputusan penting kerana fizikalnya berubah (macam sindrom umur 40 manusia) . Paruhnya semakin panjang, kuku cakarnya tak boleh digunakan, sayap sudah berat kerana bulunya  panjang dan berat. Helang akan menyembunyikan diri untuk lakukan transformasi pada dirinya.

Pertama. dia akan patuk paruh atas batu sampai tercabut. Bila dah tercabut,helang tak ada hidung. Helang tunggu paruh tumbuh semula makan berbulan. Kemudian dia akan cabut cakar-cakarnya satu persatu . Tunggu kukunya tumbuh panjang. Bila dah panjang, helang akan cabut bulunya sehelai-sehelai sampai togel. Tunggu bulu tumbuh kembali, proses hampir setahun. Barulah helang akan terbang 30 tahun lagi dengan gagah perkasa.

3 PETUA untuk meneruskan momentum keazaman:
Masalah utama manusia ialah mereka memiliki keazaman tetapi faktor sekeliling mencabarnya dan menyebabkan keazaman mudah dilencongkan.

1- Berlatih melaksanakan azam yang paling mudah.
Jangan buat azam yang kita tak mampu nak capai. Ustaz sebut seorang kiyai di Indonesia memberi nasihat yang baik iaitu kalau nak berubah, kita kena pegang 3 prinsip:-
a. mula dari yang kecil-kecil
b, mula dari diri sendiri
c. mulakan sekarang..NOW. Jangan tunggu tahun baru hijrah!

Contoh, nak ikut sunnah Nabi. Tak terbuat kalau nak buat semua. Kahwin 4 pun sunnah Nabi tapi itu berat dan susah nak dilaksanakan. Kita buat yang mudah dulu.

Ulamak ada buat kajian, ada 7 sunnah Nabi yang terbesar walau semalas mana pun, elok kita buat. Mudah-mudahan sunnah terhebat yang 7 ini boleh kita buat secara konsisten.

i.  Tahajjud jangan tinggal
ii- Solat subuh berjemaah. Solat berjemaah itu bagus tapi kalau boleh jangan tinggal solat subuh berjemaah
iii- Sentiasa berwuduk, nampak mudahkan tapi ini yang kita kena lakukan
iv- Istighfar setiap masa dan keadaan
v-  Bersedekah setiap hari walau kecil nilainya
vi. Menjaga solat Dhuha
vii. Membaca quran setiap hari sebelum terbit matahari yakni berpagi-pagi baca quran

2. Buat suatu azam itu satu demi satu
Jangan kejar untuk cuba melaksanakan banyak keazaman dalam satu-satu masa. Ambil masa dan lakukan perlahan-lahan. Setelah berjaya lakukan satu azam, baru teruskan yang lain.

Ada satu pesan orang Inggeris. "If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters". Tak boleh A, kita buat B, begitu seterusnya. Kalau Arab pula ada 28 huruf manakala Jepun ada 204 huruf. Tu sebab orang Jepun maju, ada banyak plan. Jangan rasa gundah gulana andai ditimpa masalah, teruskan saja. Nanti Allah tunjukkan jalan.

3. Pantau setiap azam yang kita lakukan. Ada "pesonal rekod"
Setiap perkara ada catatan. Kalau boleh ada orang yang boleh pantau keazaman kita.

Wallahua'lam.

P/S Mesti ada will power untuk berubah, untuk tinggalkan maksiat dan kelalaian kita sebelum ini. Tinggalkan kerana Allah.

Artikel berkaitan:

Muharram 1436H bakal menjelma, jangan terlepas pandang


Assalamualaikum wbt....

Takwim dan Waktu Ibadat bagi negeri Kedah untuk Tahun 1436H sudah dijual. RM4 sahaja. Dalam kuliah UAD, Ustaz menyebut kadang-kadang kita terlepas pandang akan bulan-bulan Islam.

Tinggal lebih kurang 10 hari saja. 25 Oktober ini sudah bermulanya 1 Muharram 1436H. Tambah UAD lagi, di zaman jahiliyah, penduduk Arab masa itu kenal bulan Muharram ini. Mereka tidak berperang, tidak melakukan maksiat kerana tahu bulan Muharram adalah diantara empat bulan haram disebut dalam firman Allah.

Di zaman kita, bulan-bulan hijri tidak lagi dipedulikan,  Kita lebih kenal kalendar Masihi. Masuk bulan 11, bulan 12, musim cuti sekolah, musim kenduri kahwin. Kita tak tanya lagi waktu sesuai dalam kalendar hijri.

Kata UAD lagi, bila kita kenal dan ambil tahu akan bulan-bulan Islam, kita akan berada dalam suasana agama setiap masa. Kita ni kan setahun lebih tua andai usia kita dikira dengan bulan hijri. Tapi....tobat lahom kita nak mengaku tua setahun kan..kan..

Tahniah dan syabas kepada  Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Tahun ini depa tak bazirkan langsung kertas yang ada. Di belakang setiap helaian takwim 1436H ini digunakan untuk memberi ilmu kepada pengguna. Ada 12 tajuk. Selain yang tertera di gambar, ada juga biodata para sahabat dan 4 imam mazhab.

Teringat dialog Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam Madu Tiga yang ditonton di youtube.

Waktu ini rahsia P.Ramlee berkahwin 3 bocor dan dia ke rumah bapak mertuanya yang sporting (penasihat) untuk menyelamatkan diri.

Ahmad Nisfu gelabah dan mahu naik ke tingkat atas. Bila ditanya, dia kata mahu ambil wuduk dan solat . P.Ramlee kata nak solat apa, Asar dah habis. Dia kata nak solat tolak bala....

P/S  Dalam bergelak ketawa menonton, terfikir..itulah realiti kehidupan kita. Bila berlaku sesuatu yang buat hidup kita jadi kelam kabut ( puting beliung di Pendang, Kedah semalam pun telah menimbulkan "ketakutan" buat kami di Utara ) , kita akan lebih lama di tikar sejadah memikirkan...sempatkah aku?

Artikel berkaitan:

Nyah gajet canggih sekali sekala...


Assalamualaikum wbt...

Mana ibu tak risaukan?

Nak diajar main permainan tradisional, kawasan rumah terhad. Teringat zaman kita dulu.
Main galah, main guli, kunda kundi...semua memerlukan ruang.

Ada masa terluang, "larikan" mereka sekejap dari gajet yang ada..

 Monopoly menjadi pilihan. Dulu-dulu, bila main Monopoly, risau duit habis, tak ada baki. 
Ummi jadi banker sajalah jawabnya..
La ni generasi Y main Monopoly ikut zaman depa.

Tak guna cash money dah. Electronic banking, guna kad saja:-))
Ummi boleh join sekali, huhu...


P/S Tak dapat bermain dengan permainan yang guna banyak tenaga, bermain dengan banyak komunikasi pun jadilah. Kalau tak, rumah sunyi sepi bila depa leka dengan gajet masing-masing.

Artikel berkaitan:

Solat gerhana dan Khutbah Khas Gerhana Bulan 08-10-2014


Assalamualaikum wbt....

Lepas Maghrib

Sempat juga menjengok keluar rumah melihat gerhana bulan bersama si Abdul kecil malam tadi. Walaupun kamera hp tak dapat nak zoom cantik, walaupun tak nampak gerhana bulan merah berdarah, puas jugalah dapat menyaksikan gerhana bulan secara live. Cuma kali ni kami tengok  berdua sajalah di SP berbanding ( dulu )

Lepas Isya', langit terang benderang

Petang semalam di Radio Kedah, Ustaz di konti bercerita tentang fenomena gerhana bulan dan saranan mengerjakan solat sunat gerhana.Bila solat sendirian selepas solat Maghrib,  Anim rujuk cara solat gerhana di dalam entry terdahulu tentang cara solat sunat gerhana..Sebenarnya, bila dok SP barulah tau buat solat sunat gerhana. Baru tau hukumnya sunat muakkad, solat yang sangat dituntut dilaksanakan.

Di SP, biasanya  muslimin muslimat akan bersolat sunat gerhana berjemaah di masjid dan surau-surau. Malah tak hairanlah terdengar khutbah khas gerhana bulan di surau taman perumahan belakang rumah. 

Bila menelefon Encik Suami, dia kata kat surau berhampiran rumah kami tu tak buat solat sunat gerhana. Khutbah khas gerhana bulan pun tak ada. Camnapun, ceramah agama tetap ada. Hmmm...lain padang, lain belalang...

Tak berkesempatan dengar khutbah khas gerhana bulan di masjid, cari di youtube. Jumpa video terbaru. 

Khutbah Khas Gerhana Bulan 08-10-2014 bersama Dr.Zulkifli Mohamad Al Bakri
di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah

P/S  Menginsafi kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Di atas sana, bulan ikut perintah Tuhan dengan mengerhanakannya, kita di bawah ni sujud dan patuh dengan perintah Tuhan dengan melakukan solat sunat gerhana:-))

Artikel berkaitan:

Elak ulat makan daun tanaman pasu kita


Assalamualaikum wbt...

Pertama kali tulis entry tentang tanaman. Almaklum, menanam bukanlah kepakaran dan hobi utama tuan blog. Namun bila baca masalah tanaman di entry Bunda , tergerak nak kongsi cara yang sering dilakukan Encik Suami.

Sekali pandang...pemalasnya tuan rumah!.

Setakat ni, tanaman kunyit, daun limau purut . pandan, daun kari yang ditanamnya takde masalah untuk hidup dan tumbuh subur. Kata dia...rumput-rumput biarkan tumbuh disekeliling, , jangan dicabut bersih. Biar ulat atau siput makan rumput itu bukan makan apa yang kita tanam. 

P/S  Tangan Anim hanya "sejuk" bila pegang senduk, heee:-))

Artikel berkaitan:

Gayat di Gua Tempurung


Assalamualaikum wbt...

Moh kita ke Gua Tempurung di Gopeng..

Hari Isnin, lengang. Last menjengok Gua Tempurung, 13-14 tahun lalu. Taklah secantik sekarang. Al maklum...dulu free!

Dek kerana tak survey dulu apa yang ada di sini (bukan jauh sangat konon-kononnya), si tukang promote syor kami ambil package 2 iaitu Top of The World (Dry) dengan alasan pakaian kami lawa sangat. Tak sesuai untuk aktiviti basah. Harga tiket dewasa RM9 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun RM4.50.

Teruja nak explore Gua Tempurung, gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Perjalanan kami meneroka gua dijangka mengambil masa 1 jam 45 minit. 

Seumpama galeri yang menyimpan beribu bentuk stalakmait dan stalaktait dan lain-lain ukiran batu yang amat menakjubkan. Yang amat menarik ialah ada satu lubang yang dinamakan tingkap gua di mana pancaran matahari memberi cahaya kilauan di dalam gua.

Golden Flowerstone bermaksud lantai gua yang berombak dan apabila dilalui air mengalir akan mengeluarkan cahaya keemasan.

Perjalanan terhenti sebentar melihat apa yang ada di depan mata. Ooo..tidak..tidak. Si ayah dan Abdul kecil sudah mengalah, Depa ni SUPER GAYAT. Mereka sudah tidak sanggup meneruskan perjalanan. 

Anim mengajak si Abdul sulung berpatah balik dengan alasan kelibat kami saja yang nampak. Dia tampak kecewa. Berlari menuruni anak tangga. Kasihan, ini bukan pertama kali. Setiap kali menempuh ketinggian, dia "dipaksa" untuk turun. Teringat kejadian sama sewaktu mendaki Great Wall.  Tunggu besar sikit nak ya. P ngan kawan-kawan nanti:-))

Perjalanan berharga RM 31.50 itu berakhir lebihkurang 30 minit saja. Kalau tahu, ambil pakej 1 ~ Golden Flowerstone yang mengenakan tiket RM 6 dewasa dan RM2.50 kanak-kanak ( 40 minit pergi dan balik) :-))

Ada untung, ada rugi. Hiburkan hati si Abdul sulung yang kecewa dengan archery. RM6 bagi 10 arrows.  Membayar RM12 untuk 20 arrows tapi dek kerana tiada pengunjung lain di archery , si adik yang menjaga baik hati beri 2 Abdul memanah lebih 30 kali (5 arrows tambahan bila si Abdul tepati sasaran). Mak pak pun tumpang sama. Gaya je lebih...tapi bila tiba rumah....lenguh tangan, tergeliat bahu dibuatnya, Aduuui....

Nikmat makan walaupun hanya dengan nasi lemak sarapan pagi yang dimasak sendiri:-))

P/S  Terpaksa bertolak balik SP, Subuh esok. Kalau tak kerana paper Maths si Abdul kecil Khamis ni, mak dia dah ambil cuti sakit. Tulah...ingat senang ke memanah kalau tak pernah practise????

Artikel berkaitan:

Pengalaman pertama raya haji di Ipoh

Assalamualaikum wbt....

Buat pertama kalinya menyambut Aidil Adha di Ipoh. Teruja juga nak merasai pengalaman di tempat orang. 

Aidil Adha tahun lalu, menu lontong putih menjadi hidangan. Ketawa besar kami 4 beranak bila kenangan itu diungkap kembali. Aduhai...tahun ini, kami pun beraya 4 beranak lagi tapi dalam suasana berbeza.

Menu utama; ITIK MASAK UNGKEP. Daging itik dibawa khas dari SP. Kalau dah darah Jawa, ke negeri mana pun dicampakkan, menu Jawa tetap diutamakan. Untuk 2 Abdul yang mahu menu berkuah, Anim bahagi dua dan tambah santan, maka jadilah Itik Ketumbar pulak. 

Sebenarnya, tak berniat nak canang kat semua tentang ibadah korban yang dilaksanakan (semoga Allah menerima ibadah korban kita), namun pengalaman menyaksikan dan melaksanakan ibadah korban di Ipoh adalah pengalaman baru yang mungkin tak sama dengan apa yang telah dilalui di negeri-negeri lain sebelum ini.

Lepas solat raya di surau berdekatan, bermulalah acara korban. 1st time juga Anim jejak surau ini. Belum kenal mana-mana jemaah wanita. Sementara menunggu , Anim berkesempatan berkenalan dengan seorang makcik yang turut sama melaksanakan ibadah korban. "Makcik buat korban untuk anak makcik yang meninggal dunia tahun lalu".

Sungguh! Pertama kali dengar tentang ini. Dalam hati berkata, setahu aku, ibadah korban untuk mereka yang hidup. Sempat berbisik, bertanya Encik Suami. Jawapan yang diberi spontan, "Eh, korban untuk kita yang masih hiduplah". Tak sempat dah nak tanya Ustaz secara live. Mulalah mengoogle!!

Terjumpa persoalan sama di (sini ) .  Syukur, Allah nak beri kita ilmu dengan persoalan makcik itu. Alhamdulillah, pagi itu kami dapat ilmu baru. Sempat Encik Suami timbulkan persoalan baru untuk Anim fikir, apa hikmahnya Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam berkorban dengan niat untuk umat Baginda yang bertauhid (merangkumi yang hidup dan mati). Adakah untuk umat Baginda yang miskin, yang tak berupaya untuk melaksanakan ibadah korban sepanjang hidupnya? 

Satu lagi persoalan yang diajukan kepada Anim, kenapa hanya kambing dan kibas yang sering diutarakan dalam ibadah korban di zaman Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam ?Kenapa tidak disebut unta? Kenapa juga Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas, bukan dengan unta? Menarik bukan bila bercerita tentang kambing dalam kehidupan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam .. menggembala kambing, suka makan kaki kambing..

So, bagi mereka yang mind set mereka tak berani makan daging kambing, cubalah ya. Ingat, susu lembu yang diperah kena masak dulu tau sebelum boleh diminum berbanding susu kambing, boleh terus diminum...banyak rahsianya tentang kambing ni..

Berbalik cerita tentang lembu yang menunggu untuk dikorbankan. Merungut juga 2 Abdul kerana kanak-kanak dilarang melihat dengan dekat saat lembu-lembu itu disembelih. Anim kata mungkin mereka ada pengalaman berbahaya sebelum ini . Bimbang berlaku kejadian tak diingini, agaknya. Mereka bertanya lagi, kenapa kat Sg Petani, kat Johor dulu boleh, katanya. 

Hanya petugas dan peserta yang mengambil bahagian saja yang boleh memasuki kawasan berkenaan. Pada pendapat Anim, biarlah mereka yang tak ambil bahagian dan kanak-kanak dibenarkan bersama-sama menyaksikan ibadah korban itu dengan dekat. Mudah-mudahan dengan cara itu, timbul azam dan keinginan untuk melakukan ibadah korban tersebut pada tahun mendatang. 

Sama-sama bertalbiah, sama-sama menginsafi saat melihat darah lembu yang dikorbankan mengalir dan turut sama melapah. Setidak-tidaknya, jika mereka tidak berpeluang melaksanakan ibadah korban tahun ini, mereka boleh bersama-sama menghulurkan tenaga membantu melapah haiwan berkenaan. Ibadah korban juga buat mereka...berkorban tenaga dan masa. Wallahua'lam.

P/S  Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain pelaksanaannya:-))

Artikel berkaitan:

Puasa Arafah : Jumaat atau Sabtu?


Assalamualaikum wbt...

Kami di Utara cuti 5 hari tau. Rabu, baru naik sekolah. Ikut hati, mau saja balik Johor. Apakandaya, orang Ipoh tak sama cuti lak . Keputusan akhirnya diambil. Untuk pertama kalinya kami akan beraya dan melaksanakan ibadah korban di Ipoh. Teruja juga nak melalui pengalaman baru ini nanti.

Pagi Jumaat di Ipoh.

Ustaz Harryanto Rizal Rokman klon Dato Ismail Kamus ada di Nasi Lemak Kopi O TV9. Isu Puasa Arafah pada Jumaat atau Sabtu tu tak perlulah Anim nak ulas panjang di sini. Banyak pandangan dan pencerahan yang sudah disebarkan di FB, di WhatsApp. Ada di antara kita yang berpuasa Khamis, Jumaat, Sabtu. Ada pula yang berpuasa hari ini pada detik yang sama dengan hari Wukuf di Arab Saudi . Ada pula yang akan berpuasa esok (Sabtu) mengikut pandangan Imam Syafie dan Imam Nawawi.

Ustaz Harryanto kata, orang yang berpuasa pada hari Jumaat, janganlah dok kutuk orang yang berpuasa hari Sabtu. Yang berpuasa hari Sabtu juga janganlah kutuk orang berpuasa Jumaat. Ustaz Harryanto kata dia berpuasa Arafah ikut  pada 9 Zulhijjah, Sabtu ini.

Tambahnya lagi, moga-moga Allah ampunkan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya bagi orang-orang yang berpuasa dan juga yang tidak berpuasa juga. Bukankah kita juga digalakkan berpuasa dari 1-9 Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji, bukan hanya pada 9 Zulhijjah saja.

Majlis ilmu di TV, ada ustaz buka kitab. Ada juga yang buka laptop. Tak kurang guna iPad. Pagi ni..
nampak Ustaz Harryanto guna hp aja. Bak kata Prof. Muhaya, teknologi canggih bukan satu keburukan kalau kita niatkan untuk kebaikan:-))

P/S  Terdengar ulasan seorang Ustaz dalam Radio IKIM tentang satu perkongsian tentang puasa Arafah dalam WA yang tertulis "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah iaitu Sabtu, 4 Oktober, ia seolah-olah melakukan ibadah selama 2 tahun. Barangsiapa yang memberi peringatan tentang perkara ini kepada oranglain, bersamaan dengan pahala bersolat selama 80 tahun"..sudah jelas dan nyata, ini adalah tak benar sama sekali. Tolonglah jangan disebarkan. Wallahua'alam.

Artikel berkaitan:

Berehat di Batu Ferringhi@Penang


Assalamualaikum wbt...

Selepas Pulau Jerejakinilah pengalaman kedua menginap di Penang. Seperti yang tertulis dalam entry terdahulu, 5 tahun menetap di SP, setiap kali Encik Suami ada urusan kerja di Penang, dia akan berulangalik saja SP-Penang. Kami pun tak ada keinginan nak bercuti di Penang. Memilih untuk p tempat yang jauh sikit, huhu.

Bila bertukar ke Ipoh, lain pula ceritanya. Setiap kali training atau urusan kerja, Utara jadi pilihan pulak. Mentang-mentanglah kami ada di SP.

Malam tadi tiba di sebuah resort di Batu Ferringhi atau Foreigner's Rock.

Hillview dan seaview....satu bonus!

Batu Ferringhi atau Foriegner's Rock?
Terpesona lihat view depan mata. Si Abdul kecil kata, "Abah belilah satu" . Mimpi sajalah beli rumah berviewkan laut. Juta-juta  RM nak oiii.. bukan juta rupiah atau juta rupee,

Teringat tulisan Imam Muda Asyraf di dalam buku yang baru dibaca ;Tinta 2 Asyraf (bersama Hilal Asyraf). Berapa ramai yang berimaginasi rumah idaman , kereta impian, anak dan keturunan. Namun, jarang orang berfikir tentang istana syurga masa hadapan. Hmmmm...saya pun apa kurangnya.

Oklah...kena stop dulu. Hero-hero kalau duduk dalam bilik, mulalah gelisah macam ulat. Macam biasalah....berendam sajalah kerjanya..

Ummi depa tak ikut mandi. Ambil kesempatan membaca buku-buku yang lama dibeli tapi belum khatam-khatam. Lebih rela hanyut dalam pembacaan dari hanyut dalam air...huhu

Selesai satu...ada 3 lagi menanti..

P/S  Penuh dengan pelancong Arab bersama anak-anak mereka. Musim haji, depa cuti sekolah gamaknya.

Artikel berkaitan:

Selasa yang menCEMASkan


Assalamualaikum wbt....

Pagi tadi, semasa menunggu si purple dicuci di sebuah pusat mencuci kereta, membelek berita hari ini di Harian Metro. Terpandang berita menarik yang dipaparkan...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Teringat kejadian yang berlaku Jun 2013 . Entry berkenaan dipublished selepas kejadian dan Anim "tarik balik" tak sampai 24 jam selepas itu kerana tau ajalah kalau ada publisiti. Ada beberapa kawan blogger yang sempat komen masa tu..huhu.  Elok pula published balik entry yang sudah di "draft"kan itu untuk kenangan:-))

Flashback.....

Minggu itu giliran Anim bertugas di sekolah...

Lebih kurang 8.30 pagi, warga sekolah menghidu bau kuat. Kami bertanyakan satu sama lain tentang bau kuat ini. 2,3 orang guru sudah pening kepala. Kami kemudian diberitahu bau itu datangnya dari kerja-kerja menyembur racun di sawah berdekatan sekolah (sekolah Anim dikelilingi sawah). Murid-murid mula mengadu tak tahan bau. Kami mula mengedar mask penutup hidung kepada murid-murid.

 "Bau racun" ini bukanlah kali pertama yang kami hidu tapi angin pagi ini membawa bau yang sangat kuat, Sorang demi sorang mengadu pening. Ada yang muntah-muntah. Tak sampai 2 jam, mereka yang serius memenuhi pejabat. Kebanyakan dari mereka yang terlibat adalah mereka yang sedang melakukan aktiviti di luar kelas (PJ). Pihak sekolah segera ambil tindakan . Pihak hospital dihubungi.

Ambulan JPA tiba sejam kemudian. 14 murid yang kesemuanya perempuan dibawa ke hospital dengan diiringi 4 guru perempuan yang memandu kereta berasingan (menyangkakan mangsa akan dibenarkan keluar hospital, guru sedia kereta bawa mereka pulang). Waris mereka turut dihubungi.

Sebaik ambulan berlalu pergi, tiba-tiba Anim diminta oleh GPK HEM untuk menghantar seorang lagi mangsa bau racun pagi tadi. Lepas rehat, dia sesak dada. Mula-mula Anim hantar ke Klinik 1 Malaysia berdekatan namun kakitangan di situ menasihatkan supaya mangsa terus dibawa ke hospital (10 km)  . "Merempit" bawa kereta. Maklumlah, dalam kereta ada mangsa menangis tak berhenti. Dok memujuk jangan menangis. Susah Madam nak concentrate bawa kereta. Alhamdulillah, selamat sampai ke Bahagian Kecemasan dengan jayanya.

Anim kemudian dimaklumkan geng bas sekolah yang menunggu sehingga semua waris tiba, murid-murid ini semuanya dimasukkan wad atas arahan doktor pakar kerana mengalami demam. Mudah-mudahan mereka semua selamat, tiada kesan serius. Membayangkan setakat terhidu dah jadi begini, camnalah kesan dari beras yang kita makan (disembur racun tu)..sehari dua mungkin tak ada kesan. Seminggu, sebulan, setahun??? Takutnya..

P/S Tak boleh ingat camna lajunya bawa kereta, tak terpandang meter kereta....camna tu gaknya bila kita berada dalam keadaan CEMAS.

Artikel berkaitan:

Ku sangkakan 2, rupanya 3!


Assalamualaikum wbt...

5 hari lagi tarikh tutup permohonan pertukaran. Malam tadi baru submit borang online di e-GTukar . Tawakkal pada Allah. Jangan angkat senjata sebelum "berperang". Isi tetap isi, Diam tak diam, dah setahun tinggal berjauhan dengan Encik Suami. Kalau masih belum ada rezeki jadi warga Perak tahun depan, banyak yang bakal difikirkan kerana si Abdul kecil juga melangkah ke sekolah menengah.


Oh ya...si Abdul kecil dah tak ada mood nak belajar di rumah. Dia kata, cukuplah apa yang cikgu ajar dan ulangkaji di sekolah. Iyalah...dari repeat 2 subjek sudah jadi 3!

Subjek Sains belum exam lagi, kuranglah stress dia berbanding Matematik dan BI (4 papers). Dia dah macam tak kisah langsung bila sebut fasal exam. Anim bertanya juga dengan rakan-rakan guru Tahun 6. Depa kata kawan-kawan sekelasnya, baik murid cemerlang mahupun murid sederhana ada juga yang begitu. Kurang bersemangat nak duduk exam semula. Ibarat dah kenyang makan, kita suruh dia makan lagi, dia tak ada keinginan nak makan.

Minggu ni kami tak balik Ipoh. Encik Suami ada kerja di Penang esok. Nampak gaya, boleh kami tumpang "berehat", in sha Allah.. 5 tahun bekerja di SP, selalunya dia balik SP kalau ada kerja di Penang. Maklum...sepelaung saja.  Bila dah jadi orang Perak, ada chancelah merasa stay di Penang.
Kat mana...tak tahu lagi. Tunggu dia jemput kami esok:-))

P/S  Mak dan anak sama stress, huhu...

Artikel berkaitan:

Rama-rama besaq masuk kelas


Assalamualaikum wbt...

Awal pagi, warga sekolah baru selesai membaca Yassin di dewan terbuka. Masing-masing bergerak menuju ke kelas. Tiba-tiba bunyi riuh rendah kelas Tahun 1 bersebelahan bilik guru. Ada yang meluru ke bilik guru dan mengadu ada "kelawaq" masuk kelas depa. Ada pula yang kata rama-rama tajam.

Tinjau apa yang dimaksudkan. Bukan kelawaq...tapi rama-rama besaq yang menarik perhatian mereka.

Kecoh kelas dibuatnya. Lagi-lagi bila ada yang bersuara, rama-rama tu hisap darah. Sana jerit sini jerit bila rama-rama itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.Terpaksalah cikgu cari jalan bagi rama-rama ni keluar kelas.

Ada juga yang memberitahu, rama-rama besaq ni beracun. Kalau kita pegang debunya, kita mati. Eeeh....pandai awak semua ya.

Orang kata, rama-rama masuk rumah, tanda tetamu nak bertandang ke rumah. Kalau rama-rama masuk kelas, , apa pula ya?

Nak jadi cerita...tak lama lepas tu, ada kereta masuk ke perkarangan sekolah tau. Dan tambah terkejut bila diberitahu mereka berdua adalah....PPD officer (Bahasa Inggeris)., huhu.

P/S  Kebetulan saja sebenarnya. Jangan jadikan ianya satu kepercayaan. Dok belek balik entry Syirik jangan dimulakan .

Artikel berkaitan:

Periuk Pressure Cooker dan Bread Maker 3 in 1 Noxxa merawat hati


Assalamualaikum wbt...

Masih adakah yang mahu "berkawan" dengan saya ?

Mood berblogging merundum sejak peristiwa kebocoran soalan UPSR. Bila semua kesalahan dilemparkan kepada guru, bila kredibiliti seorang guru dipersoalkan...sejujurnya, Anim perlukan masa untuk merawat hati.

Syukurlah kehadiran Bonda dan abah serta family adik dari Bangi yang memenuhi rumah kami di Ipoh melupakan sebentar hinaan,cacian, makian dan bahan senda yang memenuhi ruang berita dan hebahan di akhbar, TV, radio, WhatsApp dan lain-lain.

Kunjungan ahli keluarga yang membawa rahmat...



Tiada yang lebih membahagiakan dari kehadiran kedua ibubapa dari Kluang berada 5 hari di Ipoh...

Alkisah sebelum cuti sekolah yang lalu, seorang teman di SP mempelawa Anim ke rumahnya. Ajak tengok demo Amway katanya:-))


Macam-macam menu yang diajar...Niat asal nak tengok-tengok dulu...

Namun akhirnya....terpikat pula dengan "keajaiban" periuk Noxxa ini. Of course ada jenama lain dipasaran yang lebih murah tapi bimbang tak tau nak guna. Bukankah selalunya begitu?

Menu Kuzi Kambing yang dimakan bersama Nasi Tomato ini, Anim ambil masa 20 minit saja memasaknya. Tak pening kepala lagi kalau tetamu ramai datang berkunjung:-))

Akhirnya bread maker ini juga dibawa pulang ke Ipoh..

Roti Benggali kegemaran Encik Suami dan abah. Setiap hari keluar fresh dari oven! Ini bukan diuli dengan kaki, tau..huhu

P/S  Bila sedih....saya akan memasak..memasak..memasak dan memasak...

Artikel berkaitan: