Home · About Me · Sitemap ·

Nak berubah, azam pula lemah


Assalamualaikum wbt....


Minggu ini Anim tak balik Ipoh. Encik Suami ada kerja di Penang. Kalau 3 minggu lalu diangkutnya kami ke Batu Ferringhi kali ini dia berulangalik Penang-Sp saja, huhu.

Nak share cerita aktiviti kami bersama Tok Arab di Batu Ferringhi tempohari pun tak sempat...La, dah basi.

Rupa-rupanya, lagilah sibuk hujung minggu di SP. Dok qada' aktiviti yang tak dapat dilakukan bila Encik Suami tak ada. Ada tak de, jengah blog kengkawan yang kebetulan muncul di bloglist waktu Anim publish entry. Maaf ya...lambat atau cepat, Anim akan ziarah nanti.

Dalam sibuk2, youtube tetap layan. Dah jadi habit, sebelum tidur mesti layan youtube. Kadang-kadang terpasang sampai pagi, tuannya sudah dibuai mimpi. Buruk punya perangai kan, hee.

Dalam kita nak menyambut Maal Hijrah, 25 Oktober ni, Anim terjumpa ceramah Ustaz Badli Shah malam tadi. Sekadar nak kongsi akan petua, nasihat dan peringatan buat diri sendiri. Bijak pandai kata, kalau kita dengar dan catat, kita akan mudah ingat, in sha Allah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KALIMAT AZAM DALAM QURAN

Kalimat "azam" berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud "kehendak yang melampau-lampau". Namun kehendak itu bukan dengan angan-angan. Orang yang kuat berazam dipanggil "azim". Siapa nama Azim (keinginan yang sangat kuat), angkat tangan!

Dalam surah Al Imran ayat 159, Allah SWT ada sebut tentang azam.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dah juga bermesyuaratlah dengan mereka (dalam urusan peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa kepadaNya".

Ayat ini turun selepas peperangan Uhud di mana tentera Islam telah mengalami kekalahan. Ramai tentera Islam yang tewas dalam peperangan itu.  Bapa saudara Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam, Saidina Hamzah juga syahid.

Ketika kekalahan itu berlaku, Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam merasa marah dengan golongan muda (tentera pemanah) kerana tidak patuh terhadap perintahnya supaya tidak meninggalkan  tempat mereka di atas bukit. Bila nampak harta yang banyak, tentera pemanah itu pun turun beramai-ramai.

Nabi juga pernah cadangkan peperangan Uhud  lebih baik dilakukan di Madinah. Tunggu musuh Islam datang, baru menyerang. Namun golongan muda membantah. "Ya  Rasulullah, orang muda ramai. Belum sempat tentera Quraisy datang, kita serang mereka dahulu". Nabi ikut kata mereka.

Ditakdirkan mereka tewas di dalam peperangan itu. Nabi hampir-hampir tak mahu memaafkan orang muda lalu turunlah surah Al Imran ayat 159  itu .

2 PERKARA MEMBUNUH SIFAT KEAZAMAN
1-Takut
2- Ragu-ragu.

MAKHLUK (HAIWAN) TETAPI MAMPU MEMILIKKI KEJAYAAN
i)- Semut
Kenapa Allah namakan semut untuk dijadikan nama surah (Surah An-Naml)?  . Ini adalah kerana semut ada determination (keazaman yang tinggi). Ada yang kata, binatang yang paling tamak ialah semut. Kalau letak makanan, semutlah haiwan yang lebih dahulu sampai berbanding harimau, gajah (telinga besar) atau burung (boleh terbang).  Semut boleh angkut makanan lebih besar dari dirinya malah 5 kali lebih berat dari badannya. Berbanding manusia yang lebih sanggup terjun bangunan bila ada masalah besar.

ii)- Cacing
Cacing ni total OKU. Kalau ada hamba Allah yang mengadu dan mengeluh,dia OKU, tak boleh itu, tak boleh ini kita boleh nasihatkan ada satu lagi makhluk Allah yang boleh survive walaupun takde kaki, tak de tangan, Ada pakar mengatakan cacing cuma ada mulut saja, Mata pun tak ada. Kerana apa cacing boleh survive? Sebab cacing ada determination yang tinggi (keazaman) untuk survive.

iii)- Burung kutub Utara
Setiap tahun, mereka terbang dari kutub Utara ke kutub Selatan (kurang lebih 35 200 km) .terbang selama 22 minggu. Kalau mereka tiada keazaman yang tinggi, burung ini akan mati di tengah jalan.

iv)- Ikan salmon
Ikan ini boleh hidup 2 alam iaitu dalam laut masin dan sungai. Isi ikan salmon boleh dimakan begitu saja. Kenapa istimewanya ikan salmon ini? Dia hidup di tengah lautan selama tempoh tertentu. Setelah puas berenang di lautan, ikan salmon akan balik ke habitat asalnya di hulu sungai.  Dia akan berenang melawan arus, berenang tanpa henti  selama 6 bulan. berjuang dgn beruang untuk kembali ke habitatnya. Sebab itu isinya sedap.

v)- Helang.
Satu-satunya unggas yang Allah cipta umurnya panjang iaitu 70 tahun. Ketika umurnya 40 tahun , seekor helang akan buat satu keputusan penting kerana fizikalnya berubah (macam sindrom umur 40 manusia) . Paruhnya semakin panjang, kuku cakarnya tak boleh digunakan, sayap sudah berat kerana bulunya  panjang dan berat. Helang akan menyembunyikan diri untuk lakukan transformasi pada dirinya.

Pertama. dia akan patuk paruh atas batu sampai tercabut. Bila dah tercabut,helang tak ada hidung. Helang tunggu paruh tumbuh semula makan berbulan. Kemudian dia akan cabut cakar-cakarnya satu persatu . Tunggu kukunya tumbuh panjang. Bila dah panjang, helang akan cabut bulunya sehelai-sehelai sampai togel. Tunggu bulu tumbuh kembali, proses hampir setahun. Barulah helang akan terbang 30 tahun lagi dengan gagah perkasa.

3 PETUA untuk meneruskan momentum keazaman:
Masalah utama manusia ialah mereka memiliki keazaman tetapi faktor sekeliling mencabarnya dan menyebabkan keazaman mudah dilencongkan.

1- Berlatih melaksanakan azam yang paling mudah.
Jangan buat azam yang kita tak mampu nak capai. Ustaz sebut seorang kiyai di Indonesia memberi nasihat yang baik iaitu kalau nak berubah, kita kena pegang 3 prinsip:-
a. mula dari yang kecil-kecil
b, mula dari diri sendiri
c. mulakan sekarang..NOW. Jangan tunggu tahun baru hijrah!

Contoh, nak ikut sunnah Nabi. Tak terbuat kalau nak buat semua. Kahwin 4 pun sunnah Nabi tapi itu berat dan susah nak dilaksanakan. Kita buat yang mudah dulu.

Ulamak ada buat kajian, ada 7 sunnah Nabi yang terbesar walau semalas mana pun, elok kita buat. Mudah-mudahan sunnah terhebat yang 7 ini boleh kita buat secara konsisten.

i.  Tahajjud jangan tinggal
ii- Solat subuh berjemaah. Solat berjemaah itu bagus tapi kalau boleh jangan tinggal solat subuh berjemaah
iii- Sentiasa berwuduk, nampak mudahkan tapi ini yang kita kena lakukan
iv- Istighfar setiap masa dan keadaan
v-  Bersedekah setiap hari walau kecil nilainya
vi. Menjaga solat Dhuha
vii. Membaca quran setiap hari sebelum terbit matahari yakni berpagi-pagi baca quran

2. Buat suatu azam itu satu demi satu
Jangan kejar untuk cuba melaksanakan banyak keazaman dalam satu-satu masa. Ambil masa dan lakukan perlahan-lahan. Setelah berjaya lakukan satu azam, baru teruskan yang lain.

Ada satu pesan orang Inggeris. "If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters". Tak boleh A, kita buat B, begitu seterusnya. Kalau Arab pula ada 28 huruf manakala Jepun ada 204 huruf. Tu sebab orang Jepun maju, ada banyak plan. Jangan rasa gundah gulana andai ditimpa masalah, teruskan saja. Nanti Allah tunjukkan jalan.

3. Pantau setiap azam yang kita lakukan. Ada "pesonal rekod"
Setiap perkara ada catatan. Kalau boleh ada orang yang boleh pantau keazaman kita.

Wallahua'lam.

P/S Mesti ada will power untuk berubah, untuk tinggalkan maksiat dan kelalaian kita sebelum ini. Tinggalkan kerana Allah.

Artikel berkaitan:

14 Komen untuk "Nak berubah, azam pula lemah"

  1. bagus sekali kak coretan ... acik pun ada satu azam yang tak tertunai lagi... moga di permudahkan urusan oleh Allah..

    terima kasih entri yang bermanfaat

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak Anim. Liza sihat saja, berpantg dan menjaga anak2. Blog Liza masih ditutup buat sementara. Kalau dh sihat blog tu inshaAllah bukak lg. Hehe..

    BalasPadam
  3. Lupa lak nak komen pasal entri. Bagus dan kagum dgn makhluk kecil yg diciptakan Allah. Subhanallah. Moga kita ada keazaman yg tinggi utk berubah.

    BalasPadam
  4. Saya amat suka dengan isi dan pengisian entri ini! terbaik sekali ilmu yg disampaikan... Jelas sekali maksud Azam...

    BalasPadam
  5. Suka baca entri ni. kena kuatkan azam dan sentiasa ingat azam yang dibuat.

    BalasPadam
  6. huraiannya padat dan mudah untuk faham . bagi saya terpulang pada diri sendiri . klu nak buat , kita buat saja . tak perlu canang dan beritahu pada orang dan tak perlu tunggu waktu tertentu ...

    BalasPadam
  7. Anim.bagusnya n3 ni.perkongsian yang amat baik.muga dapat memberi kebaikan pada semua..hari2 perbaharui azam..muga hari ini jadi lebih baik dari semalam..

    BalasPadam
  8. Sambutlah maal Hijrah dengan penuh kesyukuran. Biar kita lebih membuat sesuatu yang baik dan kurangkan memberi nasihat kepada orang. Pensyarah ramai dan buku buku ilmiah banyak dikedai. Yang memberi tauladan dengan membuat sesuatu yang berguna kepada keluarga dan memberi pertolongan kepada masyarakat yang memerlu perhatian amat kurang. Dalam kata lain biarlah Maal Hijrah membawa kita lebih beramal dari berceramah ugama.

    BalasPadam
  9. tq berkongsi ilmu bersama2... mg maal hijrah tahun ni menambah ketaqwaan dan keimanan kita in shaa allah

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Kerana inilah saya sayang rakan blogger senegeri ni :) Saya ni memang jarang ada masa membaca mahupun menonton dek kesibukan duniawi (terus terang ajelahkan...) tapi bila masuk blog ni, macam-macam ilmu bertambah. Suka sangat. Terima kasih sekali lagi.

    P.S. Gelak pulak bila bayangkan perkataan OKU dengan cacing tapi memang benar ya!

    BalasPadam
  11. yg mudah tu seharusnya dibiasakan sblm buat yg sukar...
    tq kak 4 sharing

    BalasPadam
  12. Terima kasih Nim kerana mengingatkan dan terus mengingatkan..... moga sama samalah kita mencapai azam tu , moga ada kekuatan dalam hati ni

    BalasPadam
  13. terfikir pula azam saya, ingat nak juga bersolat subuh di masjid macam aneem n family. good entry.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai