Home · About Me · Sitemap ·

Khatam sudah Kitab Hikam di Cinta Ilmu, TV AlHijrah


Assalamualaikum wbt...

Petang tadi, khatam dah Kitab Hikam bersama Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri. Kalau tak silap kata Dr Zulkifli, dah 261@265 siri selama 3 tahun.

Berakhir sudah rancangan Tasawuf Harian bersama Dr. Zulkifli setiap petang Sabtu dan Ahad bermula 6.15 petang di TV Alhijrah.

Doa khatam Kitab Hikam turut dibacakan di studio. 

Kata Dr Zulkifli, selepas ini dalam bab lain, dia akan muncul sekali seminggu. Pada hari yang lain, sahabatnya, Dr Fauzi Deraman akan sentuh bab hadis manakala Dr Zulkifli akan sentuh bab medan fatwa@medan mufti ( bab kefatwaan). 

Nasihat terakhirnya tadi, menghampiri tahun baru 1436H, jangan lupa solat malam, bertasbih, beristighfar, bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah.

P/S. Suka dengar Cinta Ilmu bersama Dr Zulkifli. Kata-katanya penuh hikmah, masuk terus ke kalbu.

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Khatam sudah Kitab Hikam di Cinta Ilmu, TV AlHijrah"

  1. cinta imu yg jarang mis kat umah ni ... mmg byk manfaatnya .

    BalasPadam
  2. Banyak manfaat nya Kak.. sllu dok tunggu2 Maghrib kat rumah sempat lah dengar ceramah DR Zulkifli ni..

    BalasPadam
  3. bicaranya lembut..tertib..kadang2 buat hati rasa sayu je..

    BalasPadam
  4. Susunan kata-kata yg kedengaran lembut tapi ada ketegasan membuat kita suka mengikuti tazkirahnya..

    BalasPadam
  5. memang seronok menonton... bicaranya sangat sedap di dengar tetapi ada ketegasan di situ

    BalasPadam
  6. Ustaz ini memang yang berilmu tinggi. Dia meggunakan kebolhannya menyampaikan dengan tepat apa yang ingin dia sampai. Seorang Mufti yang sungguh berwibawa.

    BalasPadam
  7. mmg bermanafaat tp KA tk pernah berkesempatan menontonyer

    BalasPadam
  8. cakap2 dia lembut je.. macam tok guru kat kampung2..

    BalasPadam
  9. Hana menonton juga episod ini. Sedih juga time ni. Hana akui mula2 kemunculan Dr Zulkifli, Hana tak berminat sebab tak boleh fokus dgn penyampaian dia. Lama kelaman dan tak sedar bila dah boleh follow slot Dr Zul

    BalasPadam
  10. Bertuahnya dapat mempelajari ilmu dari para alim ulama'...sesekali mendengar suara Dr Zulkifli di Radio IKIM..

    BalasPadam
  11. Takda kesempatan nak menonton TV lately ni. Masa yang ada biasanya pukul 10 malam dan ke atas. Jarang buka Channel TV yang ada di rumah kecuali satu, dua channel je...

    BalasPadam
  12. wahhh jarang2 stesen tv buat prog mcm ni

    BalasPadam
  13. Angah pun suka dengor ceramah Dr. Zul, walaupun nada nya perlahan tapi 'masuk' je ke telinga dan kita tak mengantukpun...

    BalasPadam
  14. Ustaz ni style dia tenang jer kan Nim.... loghat Ganu pekat sungguh...Okje tak ikut sangat rancanagn ni sebab maklum ajelah hujung minggu punya cerita

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai