Home · About Me · Sitemap ·

Mimpi bertemu Rasulullah

Assalamualaikum wbt...

Dia memberitahu mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam tahun lalu. Anim diamanahkan untuk tidak menceritakan hal  itu kepada sesiapa. Tak siapa tahu, bimbang timbul fitnah, tambahnya. Sahabat Anim itu menceritakan hal itu pun secara tak sengaja; waktu Anim melawatnya ketika dia sakit.

Minggu lalu dia menghubungi Anim. Dari perbualan biasa kemudiannya dia bertanya sama ada Anim masih ingat mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam yang diceritakan tahun lalu. Terpana sekejap bila diajukan soalan, "betulkah yang aku mimpikan itu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam'. 

Allahu Rabbi, yang ditanya ni Anim, cetek agama. Anim hanya mampu mengungkapkan, "Bukankah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam memberitahu bahawa sesiapa yang melihatnya dalam tidur maka sungguhlah dia telah melihat Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam kerana syaitan tidak dapat menyerupai Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam."

Nak jadi cerita, sewaktu mengunjungi Kedai Buku Hasani di SP dua hari lalu, terpandang satu tajuk buku yang membuatkan hati Anim meronta-ronta untuk membelinya.


Buku yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar ini boleh merungkaikan persoalan sahabat Anim tentang mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. Penulis buku ini menyatakan bermimpi melihat Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam apa keadaan pun tetap benar mengikut pendapat Imam al-Qurtubi.

Di muka surat 142-143 dinyatakan, tidak disyaratkan orang yang bermimpi itu mendapat pengetahuan bahawa yang dilihat ialah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dengan mendengar pengakuan oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam sendiri. Apa yang menjadi syarat ialah semata-mata sedar dan tahu bahawa orang yang dilihatnya itu ialah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam.

Kadangkala seseorang tidak perlu diberitahu siapa orang yang dihadapannya, walaupun dia tidak pernah bertemu secara langsung sebelum ini. Ini kerana makrifat atau pengetahuannya tentang orang yang dihadapannya telah sedia ada dalam benak fikirannya.

Tak apalah, nanti Anim pass buku ini kat dia. Banyak lagi penjelasan yang perlu dibaca untuk lebih pencerahan.Yang penting dan perlu diketahui, mimpi bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam adalah satu daripada petanda kebaikan untuknya. Alasannya mudah, dia telah mendapat mimpi yang baik dan tentulah bermimpi bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam merupakan antara mimpi yang terbaik.

P/S  Allahumma solli 'ala muhammad, wa 'ala ali muhammad. Semoga Allah mengumpulkan kita sekalian dalam kalangan pencinta Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. 

Artikel berkaitan:

11 Komen untuk "Mimpi bertemu Rasulullah"

  1. Bertepatan hari ini 1 Rabiulawal, bulan kelahiran baginda.
    Benar telah dikatakan bermimpi rasulullah itu benar kerana syaitan tak boleh menyerupai baginda
    Beruntunglah mereka yg mendapat peluang tersebut.

    BalasPadam
  2. Kadang2 orang lain rasa sesuatu perkara itu remeh. Tapi mana ada perkara yang remeh? Semuanya penting dalam hidup, hatta mimpi sekali pun. Maka haruslah diiringi dengan ilmu yang sewajarnya.

    BalasPadam
  3. Bukan mustahil tapi berhati-hati...

    Tapi saya selalu mimpi juga... mimpi pelik-pelik...

    BalasPadam
  4. mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. adalah mimpi yg baik . bagi saya tak perlu dipertikaikan lagi klu hati si pemimpi itu sudah pasti ttg mimipinya ...

    BalasPadam
  5. bukan senang nak dpt mimpi mcm tu... even warak sekali pun kalu tak ditakdirkan bertemu baginda dlm mimpi, ttp x kn dpt jumpa..

    BalasPadam
  6. Alhamduliulah Allah anugerahkan dia sesuatu yang istimewa..kerana syaithan tidak boleh menyerupai Nabi SAW..dan bagi yang berkemampuan usahakanlah untuk menzirahi makam Nabi SAW kerana sesiapa yang menzirahi Baginda sekarang samalah seperti menziarahi Baginda semasa Dia masih hidup..masyaallah

    BalasPadam
  7. bukan semua orang yang terpilih..beruntunglah barang siapa yang dapat mimpi bertemu Rasulullah s.a.w..

    BalasPadam
  8. Bertuah sungguh kalau dapat bermimpi bertemu Rasulullah saw... Memang insan terpilih.
    Nampak sgt lama tak kemari...Terasa cerah semacam, hehe...

    BalasPadam
  9. Allahuakbar, bukan calang2 orang yang punyai mimpi begitu...Subhanallah...

    BalasPadam
  10. Anim, Mami (mak mentua saya) pun pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Itu yang diceritakan pada anak lelakinya tapi lama dulu. Bukan di Malaysia mimpi itu terjadi. Mungkin kalau ia petanda baik salah satunya ialah Mami kerap dapat bertemu dengan anak lelakinya yang jauh di Malaysia ni selepas itu.

    P.S. New look nampaknya blog Anim ni :)

    BalasPadam
  11. Untung sungguh sahabat kak aneem.. bukan semua org bpluang utk btemu rasulullah di dlm mimpi.. smoga buku ni dpt merungkai persoalan sahabat akak

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai