Home · About Me · Sitemap ·

Aku dan Air


Assalamualaikum wbt...

La musim hujan. So entry tak ada air ini mungkin tak sesuai, heee. Namun, cerita ini perlu diabadikan. Lagi-lagi bila mengenangkan masih ramai yang berhati luhur di luar sana. Kejadian berlaku beberapa bulan lalu di salah sebuah Hentian Rehat.

Waktu itu, kami dalam perjalanan  ke Bangi. Memandangkan Ipoh-Bangi dijangka dalam 2 setengah jam perjalanan, maka taklah bawa apa-apa bekalan. Bawa air minuman sebotol saja. Jangkaan kami, turun tol Tanjung Malim, bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam kemudian kami akan lunch di rumah adik di Bangi.

Lain pula cerita lepas solat Jumaat. Si Abdul kecil mengadu lapar dan kami ambil keputusan makan di Hentian Rehat. Selesai makan, baru tahu tak ada air di Hentian Rehat tersebut.

Cuci tangan dengan ais ketul...perkara biasa. Tapi bila dia mengadu nak masuk tandas, mulalah cari air mineral. What? Adik penjual kata air mineral sudah habis dan sudah tiga hari pembekal air botol mineral tak hantar bekalan. Waaa...bayangkanlah tak ada air mineral di setiap gerai!

(Pesan kat si Abdul, kalau tak de air, istinjak saja dengan tisu. Peristiwa di Beijing dulu banyak mengajar kami. )

Tiba-tiba si Ummi pulak terasa nak ke bilik air. Walaupun dah tertera notis di luar tandas, ketiadaan air kerana kerja-kerja penyelenggaraan Syabas, kaki tetap melangkah. Dua tiga orang pengguna masuk menjenguk dan terus keluar. 

Dok termangu depan pintu tandas sambil memikirkan..nak masuk ke nak tahan. Pandai nasihat kat anak tapi bila kena batang hidung sendiri....mulalah berkira- kira. Istinjak dengan tisu...benda tak biasa buat sebab banyaknya air di tempat kita!

Tengoklah...tong pun sudah terbalik..tak de air..Cik kak nilah yang baik hati..

Dilambainya kita dan disuakan sebaldi air. "Gunalah....sebaldi saja ada, cukup tak, kak?". Syukur...

P/S  Bila air tak ada....sebaldi air itu cukup berharga. Kalau suruh bayar pun, sanggup!!!

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Aku dan Air"

  1. Salam, dari pengalaman ini harap kita semua beringat2lah agar bawa bekal air sekurang 2 3 botol mineral besar. hehe..

    BalasPadam
  2. Alamak if jd kat saya haruslah pinjam wet tisue baby yg sedia ada dlm beg. Hahahaa!!

    BalasPadam
  3. bila takde air mcm tu...baru kita tau berjimat cermat,kan...

    BalasPadam
  4. indeed.. dis is so true...
    hanya hargai apabila ianya telah tiada...
    huhuhuhu....

    BalasPadam
  5. Akak dah beberapa kali terkena Anim. So, akak seboleh2nya standby wet tissue dan sebotol kecil air paip untuk kegunaan begini. Tambahan lagi kami suami isteri ni suka mengembara ikut kampung2, maka air tu sangat penting.

    BalasPadam
  6. wuduk dan bilik air , mmg perlukan air . klu tgn kotor tu masih ok lagi ... alhamdulillah ada yg baik hati ...

    BalasPadam
  7. Apabila dalam keadaan darurat ni, barulah terasa penting dan berharganya air... Tapi selalunya tak ingat pun. Kalau saya...sanggup tahan dulu, singgah tempat lain...hehe

    BalasPadam
  8. mmg takut klau takde air.....nekcik suka beli air mineral yg kecil tu kat petronas...simpan dlam kereta

    BalasPadam
  9. penting sangat air ni, kalau bilik air bersih tu syukur juga, dapat air lagi, lucky Aneem,.

    BalasPadam
  10. Salam Anim *_*

    Kita ni mewah dengan air sebab itulah tak menghargainya. Kalau tengok air menitis kat paip air tu, pandang sebelah mata je kekadang. Lainlah kalau mengalir deras, memang cepat je tutup. Bukan sebab sayang air tapi takut kena bayar bil air tinggi pulak nanti!

    Susahkan bila ketiadaan air ni. Keperluan basic ni. Saya bab takda airlah yang paling bercinta sekali. Kalau tahu takda air di kawasan rehat macam ni, memang saya tak sanggup masuk. Tapi pelik juga toilet kat dalam gambar ni nampak macam bersih je walaupun air takda. Biasanya public toilets ni kalau ada air pun tak sanggup nak jenguk!

    Saya kalau ke mana-mana sekalipun memang kena bawa bekal air. Ada dua anak kecil. Selalu unpredictable, apa pun boleh berlaku ^_^

    BalasPadam
  11. Tu la kak.
    Baik xde letrik.lak drp xde air..
    Dh rasai.msa banjir thn 2013.. xde air trs.. tadah air hujan...guna pom.bjimat.. sblm tu.. x mndi brape hari.. keadaan daruratkan..

    BalasPadam
  12. elektrik x de x pe tp kalu air x de...mmg sesak laa...

    BalasPadam
  13. p/s

    SOMETHING FOR YOU, HERE:

    http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html

    BalasPadam
  14. bila tak ada baru tahu betapa susahnya

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai