Home · About Me · Sitemap ·

Periuk Pressure Cooker dan Bread Maker 3 in 1 Noxxa merawat hati


Assalamualaikum wbt...

Masih adakah yang mahu "berkawan" dengan saya ?

Mood berblogging merundum sejak peristiwa kebocoran soalan UPSR. Bila semua kesalahan dilemparkan kepada guru, bila kredibiliti seorang guru dipersoalkan...sejujurnya, Anim perlukan masa untuk merawat hati.

Syukurlah kehadiran Bonda dan abah serta family adik dari Bangi yang memenuhi rumah kami di Ipoh melupakan sebentar hinaan,cacian, makian dan bahan senda yang memenuhi ruang berita dan hebahan di akhbar, TV, radio, WhatsApp dan lain-lain.

Kunjungan ahli keluarga yang membawa rahmat...



Tiada yang lebih membahagiakan dari kehadiran kedua ibubapa dari Kluang berada 5 hari di Ipoh...

Alkisah sebelum cuti sekolah yang lalu, seorang teman di SP mempelawa Anim ke rumahnya. Ajak tengok demo Amway katanya:-))


Macam-macam menu yang diajar...Niat asal nak tengok-tengok dulu...

Namun akhirnya....terpikat pula dengan "keajaiban" periuk Noxxa ini. Of course ada jenama lain dipasaran yang lebih murah tapi bimbang tak tau nak guna. Bukankah selalunya begitu?

Menu Kuzi Kambing yang dimakan bersama Nasi Tomato ini, Anim ambil masa 20 minit saja memasaknya. Tak pening kepala lagi kalau tetamu ramai datang berkunjung:-))

Akhirnya bread maker ini juga dibawa pulang ke Ipoh..

Roti Benggali kegemaran Encik Suami dan abah. Setiap hari keluar fresh dari oven! Ini bukan diuli dengan kaki, tau..huhu

P/S  Bila sedih....saya akan memasak..memasak..memasak dan memasak...

Artikel berkaitan:

21 Komen untuk "Periuk Pressure Cooker dan Bread Maker 3 in 1 Noxxa merawat hati"

  1. Hari ini dah keluar pula berita kertas matematik dan bahasa Tamil UPSR juga bocor. Cuma kertas BM belum bocor. Kerana kerbau seekor dua habis profeyen guru dipandang serong, ia tak adil untuk majoriti mereka yg bekerja siang malam untuk curah ilmu kepada anak-anak didik mereka...

    BalasPadam
  2. bila sedih saya akan makan... makan... dan makan... hehe :)

    err.. jemput singgah teratak saya: http://syikinmaarop.blogspot.com

    terima kasih :)

    BalasPadam
  3. Kawan IM kata.. mereka yang ditangkap itu macam di'kambing hitam'kan untuk menunjukkan pihak kementerian benar-benar bertanggungjawap membuat tindakan.

    Kalau dah ramai sangat kena tangkap, IM pun ragu-ragu juga nih....

    Drama apa pulak depa nak persembahkan...

    BalasPadam
  4. Ibarat kata 'sebab nila setitik rosak susu sebelanga'...tak kisah lah Anim...janji kita tak buat...

    BalasPadam
  5. Salam Kak..
    sabar je lah kan.. mungkin ada hikmah di balik kebocoran soalan2 UPSR tu.. sama2 kita ambil pengajaran, diharap masa hadapan tak terjadi lagi... wah! Alhamdulillah mak ayah dtg rumah... mesti seronok...
    banyak plak akak masak tu...hehe

    BalasPadam
  6. jangan bersedih hati.. ya pasti rasa terluka juga..
    ini bukan salah semua guru... hanya kerana tindakan segelintir yang lainpun terkenakan...
    tabahkan hati... teruskan memasak.. dan boleh bagi jiran merasa..

    BalasPadam
  7. kerana beberapa tiitik nila..rosak susu sebelanga....tak apa lah cikgu..biar dituduh macam2..janji cikgu menjalankan tugas yg diamanahkan dgn baik..

    BalasPadam
  8. Saya suka kalau akak bbersedih kalau lagu ni. mujurlah tak dok sebelah rumah...kalau tak, gantung kuali le, lepak rumah akak ajer la, makan, makan dan makan... hehhe... (senyum sikit! :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum cikgu...apa khabar?
    Memang banyak cabaran yang dilalui oleh guru-guru sama ada di sekolah atau dalam mendepani persepsi masyarakat luar..

    BalasPadam
  10. Saya musykil bila ramai sangat yang di tangkap. Bukankah hanya seorang saja yang mulakan? Yang lain mungkin 'tersebarkan'. anyway, saya nasihatkan, lupakan dulu segala media sosial. Kalau layan, ia akan membawa elemen negatif dalam diri kita. So, elakkan apa2 yang memudaratkan. Syabas kerana improve semangat dengan toys yang mengancam tu.

    Hopefully anak saya tak perlu repeat lebih banyak papers. Huhuhuhu

    BalasPadam
  11. Salah seorg ahli dlm family kakak org Amway jadi boleh katakan semua adik-beradik kena ada barangan ini Anim. Sebab bila dia dtg rumah kita nak masak di dapur rumah kita pun dia senang, selain kita pun senang sama - cepat kalau balik kerja nak buat masak-masak.

    Cikgu... jawatan yg dulu disanjung tinggi tapi kini selalu jadi sasaran - sabar ajelah. Allah maha mengetahui.

    BalasPadam
  12. uish kak...

    roti benggali... sedapnya...

    cecah kopi o panas ....

    kuzi kambing pun layan juga tu,....

    kak anim .... nak juga kuzi kambing tu. huhuhu...

    BalasPadam
  13. Semalam baru lalu Kelly castle tu Nim....
    Emak tu tau anak dia tgh gundah gulana sebab tulah sanggup meredah highway...Untung cik abe bila bini susah hati....dapat makan macam macam hehe .....

    BalasPadam
  14. Untung kalau kak nah duk dekat umah Anim.dapat belajar buat roti benggali tu..dapat makan panas2 lagi bertambah sedap kan.. kak nah pun belum sampai Kelly Castle tu..selalu lalu gitu je..

    BalasPadam
  15. Pernah baca pasal periuk pressure cooker Noxxa ni tapi tak tahu mana mahu cari. Keh3x. Alasan! Sebenarnya kalau tahu kat mana nak cari nanti terbeli so buat-buat tak tahulah nak cari di mana *sila jangan beritahu lebih lanjut hal pembelian ni*

    Ini kira sepanjang cuti sekolah demi merawat hati yang luka, kenyanglah seisi rumah dengan roti fresh dari oven dan menu pun hebat-hebat belaka ya!

    Oh, by the way...nak buat apa soalan dah bocor. Terima ajelah. Kesian juga kat cikgu, makpak dan terutamanya budak-budak UPSR. Aduhai, soalan takat UPSR pun nak dibocorkan. Macamlah kalau dapat straight As boleh terus jadi CEO company!

    BalasPadam
  16. Kalau jadi jiran kak anem kan best... bila k anem sedih jer... idah datang... tolong makan.. makan... dan makan... hehehehe... :D

    BalasPadam
  17. bersabarlah kak..
    itulah..tugas guru ni mnuntut kesabaran y tinggi..
    kadang tu..yang wak onar hanya sorang..tp habis seluruh kredibiliti guru dipersoalakn..
    lya pasti msing2 bijak fikir ttg ni..
    jgn stress2 ye kak

    BalasPadam
  18. sokong kata2 bunda tu...
    sabar ya kak...

    BalasPadam
  19. Periuk noxxa tuh nmpk.mcm best je

    BalasPadam
  20. pressure cooker noxxa tu yang buat sy pandai buat gulai ayam, rendang ayam..dan segala jenis masakan..kalau tak memang ke laut la mood memasak..hihi..

    sabar kak anim..ramai yang stress gara2 kebocoran soalan tu..huhu..

    BalasPadam
  21. Wife saya pun guna noxxa untuk masak nasi, lauk dan kek. Memang senang dan jimat masa. Dapur gas guna sekali sekala jer...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai