Home · About Me · Sitemap ·

Pelayaran emosi


Assalamualaikum wbt...

Akhir-akhir ini, Anim terasa ingin "berehat" sebentar dari dunia blog. Anim rasa tak boleh nak kuarkan apa yang ada dalam kepala ni lagi...

Bukan kerana merajuk Cik Nuffnang tak pandang. Ada 14 iklan On Going, jadilah...


Kesibukan di sekolah atau kepenatan berulangalik Ipoh setiap hujung minggu juga bukan jadi alasan. Itu sudah lumrah yang perlu dipikul. Anim boleh redha dan bersabar, in sha Allah:-))


Komen yang diterima juga bukan penyebab. Setiap dari kita ada pendapat masing-masing. Anim tak ambil hati dan marah kerana sesiapa berhak untuk menasihat. Anim boleh bersabar, in sha Allah:-))

Sebenarnya, sejak 3 bulan kebelakangan ini, Anim diuji dengan ujian berat yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Anim membelek ayat 155 Surah Al Baqarah, "Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan ketaatan, kelaparan dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."

Aduh, betapa besarnya ganjaran orang yang bersabar. Selagi manusia bernama manusia, mengaku sendiri, kadangkala tewas dengan hasutan syaitan. Timbul rasa marah, kecewa, sedih. Mulalah berfikir yang bukan-bukan.

Sedang duduk-duduk melayan perasaan dan airmata, tergerak mengambil kitab Riyadus Solihin karya Imam Nawawi di rak buku. Lama dah tak memegang dan menatap kitab itu. Hadis ke 19, bab Sabar memotivasikan diri...

Anas melaporkan, Rasulullah menjelaskan. "Sekiranya Allah mahu memberi kebaikan kepada hamba-Nya, Allah akan mempercepatkan seksa dan penderitaan seseorang itu ketika masih di dunia. Namun, sekiranya Allah mahu memberi keburukan, Allah akan membiarkan sahaja hamba-Nya melakukan dosa. Pada hari kiamat nanti, baru orang itu diazab dan disiksa."

Anas seterusnya melaporkan, Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam menjelaskan lagi,
"Sesungguhnya, besarnya pahala yang diterima bergantung kepada besarnya ujian yang diterima ketika di dunia. Sesungguhnya apabila Allah mencintai sekumpulan manusia, maka Allah akan menguji mereka. Oleh itu, sesiapa yang redha dengan dugaan itu, dia pasti mendapat keredhaan Allah. Sesiapa yang bersungut-sungut pula, akan mendapat kemurkaan Allah".
(Direkodkan oleh Tirmizi. Beliau mengatakan, hadis ini adalah hadis hasan.)

Bantulah aku, ya Allah. Aku tak mahu bersungut-sungut lagi......

P/S   Maaf kerana melibatkan kawan-kawan dalam pelayaran emosi ini...

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Pelayaran emosi"

  1. Moga Anim kuat dan tabah dengan ujianNya. Redho dan ikhlas menerima ketentuannya..(sebenarnya ingatan untuk kak nah juga)..

    BalasPadam
  2. Apa mksud komen tu kak?
    Mcm pelik plk...

    BalasPadam
  3. setiap org dalam hidupnya akan melalui ujian yg berat cuma ianya berbeza . apa yg blh saya katakan , redha dan tabahlah melaluinya wpun pedih . jadikan quran dan zikir sebagai teman . kita hanya hambaNya yang mampu berserah . siapalah kita nak melawan takdirnya ... semoga Allah permudahkan segala urusan anim sekeluarga ... aaamin.

    BalasPadam
  4. selagi bernyawa...selagi itulah kita berdepan dgn ujian..bukankah ujian itu merupakan 'pahala' dariNYA andai kita bersabar...walau apa pun masalahnya...sabar adalah ubat paling ajaib cikgu..

    BalasPadam
  5. Kita semua pernah diuji dalam pelbagai ujian...hanya sabar saja dapat memujuk hati kita...InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. salam maal hijrah kak anim..
    xpela..jdkan cabaran hidup tu penguat smngat demi org tsyg.. mmg terlalu letih dgn tugasan kerja lagi..brulang alik lagi..

    BalasPadam
  7. Ujian setiap dari kita tidak sama... berbeza2... malah kekayaan itu juga adalah antara dugaan hidup... apa pun terserah pada kita bagaimana untuk kita menerimanya... apa pun bersangka baik saja... :)

    BalasPadam
  8. Setiap dari kita ada ujian dan cabaran dalam hidup ni, Anim. Samada kita mampu/tabah menghadapinya sahaja yang berbeza. Allah sayang pada kita, sebab itu kita diuji. Dan kerana sayangNya itu jugalah, ujian kita tak mungkin melebihi apa yang kita mampu tanggung.

    Semoga segala masalah yang timbul akan ada penyelesaian yang baik. Ceria sahajalah, ya. Macam saya, ada juga ujiannya yang sampai buat kita duduk termenung memikirkan nasib diri. Tapi lagi diikutkan susah hati dan khuatir, lagi tak selesai masalah. Buat-buat happy ajelah ^_^

    BalasPadam
  9. Allah hu akbar.. kak anim.. fifi pon sedang di uji skrg.. bile bace hadis2 akak ni.. terase seperti Allah masih menyayangi kite.. Allah hu akbar..

    BalasPadam
  10. apapun jua, moga dipermudahkan segala urusan anim yer

    BalasPadam
  11. setiap ujian dari Allah tu ada hikmahnya.keep on blogging ye kak, teruskan share nasihat-nasihat dalam entry.mana tau, kalau ada hati yang tersentuh, ada tempias pahala di situ.kan berdakwah tu tanggungjawab :)

    BalasPadam
  12. Untung ada blog...dapat juga meluahkan dan mencurahkan pelayaran emosi. Sahabat blogger sedia mendengarnya :)

    BalasPadam
  13. Sabar ye Nim.....biarlah apa pun orang nak kata....yg penting kita tahu apa yg kita lakukan....Hidup ni bukan ke satu ujian, selagi tak diuji bukan manusia kita namanya. Kalau nak bercerita okje sudi mendengarnya....insyaallah

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai