Home · About Me · Sitemap ·

Detik cemas lagi...


Assalamualaikum wbt...

Kalau dua minggu lalu, kami tempuh detik cemas di Terowong Menora  dan Plaza Tol Sg.Dua , Ahad lalu, di Ipoh pulak

Pagi Ahad tu, nak cari keperluan asrama si Abdul sulung yang masih belum lengkap. Entah macamana boleh terlepas pandang baju Raihan dan slack hitam yang menjadi pakaiannya pada hari Jumaat. Nak jadi cerita agaknya kan.

Tak jumpa yang dicari di UO Superstore, kami ronda kedai-kedai area Greentown. Rupa-rupanya banyak kedai orang kita di situ. Ternampak butik tudung labuh Ummie Tinie, Inspirasihana dan Ariani. Kat butik Ariani, ada Year End Sale, ramai orang di situ.

Minta Encik Suami dan 2 Abdul tunggu sekejap dalam kereta . 1st time jumpa kedai tudung labuh Inspirasihana. Selalunya kena beli online. Best sebab boleh pegang fabrik dan acu tudung kat muka. Apalagi rembat tudung stail Diana Amir pakai tau.(stail aja, mukanya dak..hee)

Elok saja keluar dari kedai, 2 Abdul beritahu enjin kereta tak boleh dihidupkan.  Kes bateri. agaknya. Pagi tadi dah nampak bunga-bunganya bila enjin dihidupkan. Tapi dok fikir...kereta tu baru setahun dipakai. Masalah besar tang kereta yang satu ni, bila bateri kereta kong, semua jammed. Nak kunci kereta pun tak boleh.

Hari Ahad, kereta jammed kat town, tempat baru, belum kenal sesiapa sangat di Ipoh. Encik Suami called seseorang yang dikenalinya di Ipoh. Malangnya dia balik Kedah. Bagaimanapun, dia beri satu nombor untuk dihubungi.

Tengok jam, 1.52 petang. Bertanyakan pelayan kedai, ada tak ruang solat berdekatan. Ada surau dalam bangunan bersebelahan katanya. Tak jauh, jalan kaki saja. Minta Encik Suami dan 2 Abdul p solat dulu. Anim akan duduk dalam kereta sorang-sorang. Takkan nak tinggal kereta dengan tingkap terbuka dan tak berkunci. Rezeki juga kerana hari tu Allah Bagi Cuti.

Kepanasan duduk berseorangan dalam kereta, mata melilau sana sini. Dalam hati bersyukur kerana kereta terletak cantik di parking lot. Di depan mata ada bank dan ada restoran!. Bukankah itu semua rezeki yang patut disyukuri? Soal kereta yang masih tersadai, tolak tepi.

Kemudian, kami bergilir makan. Elok saja giliran Anim selesai makan.....

Bantuan yang diharapkan tiba. Perut kenyang. Nak bayar caj bateri RM300 pun senang hati sebab bank depan mata. Syukur sangat bateri kong di parking lot di Ipoh. Tak dapat membayangkan kalau kereta jammed di perjalanan pulang ke SP.

P/S  Walaupun sudah 2 kali beli kereta recond Jepun, ini pengalaman pertama melibatkan bateri. Tak alert dengan usia bateri waktu membeli. Tukar keempat-empat tayar tapi tak tukar bateri!!. Sangka,kan bateri kereta tu tahan dalam 2-3 tahun. Pengajarannya, next time, kena ALERT.

Artikel berkaitan:

10 tip untuk ibu bapa


Assalamualaikum wbt...

Petang semalam, sewaktu nak "bye bye", si Abdul sulung menangis. Dia kata nanti dia rindukan kita.
Kita cepat2 lari masuk kereta...

Malam tadi tak lena tidur. Teringat komen BM dalam entry semalam, "Akak kut yang nangis dalam bilik tu"..Haaah, bila terpandang satu kerusi kosong masa dinner kat warung Tomyam berdekatan, cepat pulak airmata ni jatuh. Dulu baca pengalaman orang. La ni, terkena diri sendiri. Duhai hati...tabahlah.

Semalam juga terima tips berguna dari perkongsian WhatsApp. Macam tahu-tahu pulak kita ni asyik teringatkan anak. Katanya lagi, 10 tip ini untuk yang nak jadi mak ayah, dah jadi mak ayah dan yang baru jadi mak ayah semula. 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) .Ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam orang tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

P/S  Dah janji dengan si Abdul sulung semalam...in sha Allah, datang jengok dia setiap Sabtu . Tahun depan bermula rutin kami (dengan si Abdul kecil) naik bas ke Ipoh. Tol naik tahun depan..sure tambang bas express naik. 

Artikel berkaitan:

Hari Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum wbt..

Kekok rasanya nak menulis entry setelah berehat seketika. Banyak yang nak dikongsi tentang apa yang berlaku ketika "menghilang" seketika. Slow-slow dulu ya ( macamle orang tertanya -tanya, hee)

Hari ini dalam sejarah...selain ianya tarikh bertambah setahun lagi usia tuan blog, tapi yang tambah buat hati bergetar bila hari ini juga saatnya "berpisah" sementara dengan si Abdul sulung. 

Alhamdulillah, berkat doa semua, moodnya yang 'on off on off', adakala pagi mahu, tiba ke petang tarik balik hasrat, adakala sampai keluar airmata menangis, akhirnya malam tadi dia membantu mengemas barang keperluan asramanya. Janji duduk dulu di asrama sementara Anim dapat transfer Ipoh melembutkan hatinya buat seketika.

Malam tadi last dinner 2013 bersama plus "celebration awal birthday" Anim di Nandos. Bila lihat wajah cerianya malam tadi..Anim berharap sangat malam ni dia tak menangis di biliknya.

P/S Anim dan si Abdul kecil akan bertolak pulang ke SP setelah urusan si Abdul sulung ni selesai petang ni. Si adik akan balik bersekolah semula di SP.

Artikel berkaitan:

Beriman selamat, mendustakan celaka


Assalamualaikum wbt..

Dah terlepas 2 episod Mimbar Pencertus Ummah. Last week, dapat tau PU Shahul berada di antara 3 peserta terendah. Malam tadi tersenyum lega bila baca komen Bonda di WhatsApp. Moga-moga PU Shahul terus berada di antara yang terbaik. Mudah-mudahan hasrat yang dimaklumkan pada jemaah masjid Taman Keladi di kuliah terakhirnya 2 bulan lalu untuk menggunakan wang kemenangan yang bakal diperolehi, untuk menambah dana bagi pembinaan Perkampungan Islam Filfilani di Balik Pulau ( ada dalam entry sebelum, guna iPad tak reti nak link) dimakbulkan Allah.

Memang tak dinafikan pendakwah yang menggunakan pendekatan lembut dan lucu sering menambat hati penonton. Namun pada pendapat Anim, tak semua orang boleh "tersedar" atau terkesan dengan cara begitu. Mungkin suka dengar, terhibur tapi ianya berakhir setelah selesai menonton. Setiap dari kita berlainan penerimaannya. Ada di antara kita terkesan kerana mengidamkan keindahan balasan syurga, manakala ada yang terkesan kerana takutnya dengan ancaman azab neraka.

Membaca Tafsir Al -Azhar oleh Prof.Dr. Hamka bagi surah Al-Mursalat (Yang Diutus) yang mempunyai 50 ayat pendek tapi masha Allah, mempunyai 10 kali peringatan, dan tiap-tiap akhir dari peringatan itu ditekankan bahwa di hari kiamat kelak, celaka besarlah yang akan diderita oleh orang-orang yang mendustakan.

Peringatan 1: Tentang perubahan besar yang akan terjadi di dunia ini bila kiamat itu telah ditentukan.
Peringatan 2: Akibat yang diderita oleh orang dulu-dulu kerana tidak mahu mengacuhkan peringatan yang disampaikan Tuhan dengan perantaraan Nabi-nabiNya.
Peringatan 3: Tentang asal-usul kejadian manusia, sejak dari segumpal air, sampai dikandung dalam rahim menurut qadar yang telah ditentukan.
Peringatan 4: Tentang keadaan bumi dengan gunung-ganang dan sungai-sungainya yang mengalir untuk kesuburan hidup manusia.
Peringatan 5: Tentang azab siksaan dan ancaman yang akan diterima oleh sesiapa yang mendustakan.
Peringatan 6 & 7: Membayangkan betapa kebingungan yang akan menimpa diri orang-orang yang tidak mahu menuruti jalan yang benar itu kelak.
Peringatan 8: Bahagia yang akan dirasakan dan nikmat yang akan diterima oleh orang-orang yang bertaqwa
Peringatan 9: Peringatan singkat tetapi penuh ancaman kepada orang-orang yang mendustakan itu, bahwa kalau mereka berbangga dengan kedurhakaan, itu hanya akan mereka rasakan sebentar.
Peringatan 10: Sekali lagi catatan tentang orang yang mendustakan, jika disuruh ruku' atau tunduk kepada Tuhan,mereka masih saja mengangkat muka kerana sombong.

Penutup adalah pertanyaan yang penuh ancaman juga:"Kata-kata macam apa lagi yang akan dikatakan supaya mereka mahu beriman...?

P/S Bunyinya keras, ancamannya seram dan jalan yang lain akan dipilih tidak ada, kecuali dua. Beriman atau mendustakan?

Artikel berkaitan:

Berjaya dan tak berjaya


Assalamualaikum wbt..

Sebelum cerita selanjutnya, nak jawab pertanyaan Puan Mell tentang entry sebelum.

Alkisah, 15 minit lepas kak Anim lelap-lelap ayam dalam kereta, tengah malam pekat di highway sebelum Terowong Menora arah selatan, dengan tidak semena-mena, semua kenderaan di depan menghidupkan lampu dan enjin kenderaan masing-masing. Dah boleh lalu...yeaaaah. Namun dalam kegembiraan, timbul simpati bila melihat 6 kenderaan (lori, teksi dan kereta) di tepi dan tengah jalan yang mengalami kerosakan enjin Kesian, lama sangat stucked agaknya.

Ada pengajaran yang dapat dikutip dari pengalaman terperangkap dalam kemalangan untuk diri sendiri.

Pertama, usia kenderaan untuk perjalanan jauh. Mungkin kalau nak guna juga, kena make sure sebelum tu servis kena tip top. (Waja Anim pun dah masuk 10 tahun jugak..risau). 

Kedua, air minuman atau kudapan (sekurang-kurangnya) mesti ada dalam perjalanan. Nasib baik tengah malam, 2 Abdul lena betul. Kalau siang, selalunya si Abdul kecil tu mesti cari air. Memang kadang2 kita fikir boleh berhenti kat mana-mana Hentian Rehat tapi bila jadi begini, mana nak tuju bila anak merengek kehausan? Oppss..ternampak juga yang dok "memancut" tepi longkang. Sib baik malam, gelap pulak. Kalau siang, tak pasal-pasal masuk Youtube. Dan of course, hangpa boleh agak jantina depa..huhu

Ketiga, untuk diri sendiri. Istiqamah buat solat jamak taqdim buakn jamak takkhir jika peluang singgah mana-mana Hentian Rehat. Bila dah tiba rumah jam 2 pagi, apa yang dicari? Beg dan barangan masih dalam kereta. Kuar keesokan hari sebab tak sabar2 cari KATIL!! 

Ok..panjang la pulak. Nak cerita fasal 2 surat yang tiba serentak pagi semalam...

Keputusan ujian kemasukan 2 Abdul ke sekolah menengah dan rendah agama di Ipoh. Alhamdulillah, si abang berjaya manakala si adk pula tidak berjaya memenuhi syarat-syarat kelulusan yang telah ditetapkan pihak pengurusan sekolah. Untuk pengetahuan, si abang juga ditawarkan tinggal di asrama. 

Anim mahu si abang tinggal di asrama. Pertama, tak ada masalah nak hantar dia ke sekolah setiap hari. Kedua, Anim mahu dia berdikari dan lebih berdisiplin. Pelajar di sekolah ini diwajibkan solat berjemaah pada setiap waktu. 

Ada hikmah juga bila si adik tidak berjaya dalam ujian kemasukan. Asrama hanya dihuni pelajar sekolah menengah. Kalau si adik ikut sama bersekolah di situ (bersebelahan) pasti usaha memujuk si abang tidak berhasil.

Si abang merayu-rayu tak mahu duduk asrama. Dia sanggup buat apa saja yang Anim suruh lepas ni katanya. Bila diberikan alasan, kalau Anim  tak dapat tukar lagi, Encik Suami kena keluar kerja daerah bagaimana? Dia sanggup duduk rumah sorang-sorang, katanya. Iyalah tu...habis, tak p sekolah?

Dia tanya kita balik, tak boleh ke sekolah kat belakang rumah kami (jalan kaki aja). Aduhai anak, sekolah menengah agama tu payah nak masuk. Bukan anak saja ada ujian, ada temuduga, mak ayah pun kena interview juga. Punyalah ramai nak mohon masuk. Nak masuk situ pun sekurang-kurangnya 3A. 

Takpelah. Ada masa lagi memujuk dan berdoa agar lembut hatinya nanti sebelum 30 Disember (Program Orientasi Asrama). Bukan saja hati anak je nak dilembutkan tapi juga hati si abah, hee.

Punyalah risau dengan pengalaman pertama anak nak masuk asrama, macam- macam difikirkan. Bila tengok jam, waaa.. dah tengahari. Baru sempat tanak nasi je pagi tadi..

Alamak, kita tak letak penutup rice cooker. MENTAHle nasi tu, huhu

Teringat petua dulu2 yang diamalkan zaman takde rice cooker. Masuk secawan air biasa, letak kat tengah-tengah nasi mentah, tutup dan on kan rice cooker semula. Alhamdulillah, tak perlu buang nasi yang ber"ketis-ketis" macam kunyah beras tu.

P/S Apa cerita adik? Tunggule nanti entry berikutnya. Panjang dah..,

Artikel berkaitan:

Tragedi di highway lagi


Assalamualaikum wbt...

Kalau Sabtu lepas, sewaktu kami otw pulang ke SP, ada lori melintang di lebuhraya selepas Plaza Tol Sg Dua dan sebabkan kesesakan luarbiasa hingga lalulintas kedua hala ditutup....

Kejadian sama berlaku otw kami pulang semula ke Ipoh.  Jam 11 malam, dalam jarak 2 km menghampiri terowong menora menuju ke Ipoh, kesesakan luarbiasa dihadapan. Dekat setengah jam juga terperangkap atas bukit. Bila telefon Plusline, diberitahu ada lori terbalik tetapi  jalan masih boleh dilalui. 

Kasihan, ternampak satu kereta (family Melayu) tak boleh start enjin dilorong tengah. Macamana pihak PLUS nak bantu depa agaknya. Malam, kiri kanan gaung. 

Buat mereka yang biasa gunakan laluan ini, pasti sedar banyaknya bilangan lori yang berada di highway di waktu malam. Ada sesetengahnya tu, kita tengok pun takut. Selalu "perasan' dia tu kereta, bukan lori besar bawa muatan. Laju dan suka memotong...

Satu jam berlalu. Trafik masih belum bergerak. Semua kenderaan termasuk kereta kami dah matikan enjin, matikan lampu. Minyak tinggal separuh. Risau ooo...Ramai pemandu dan penumpang keluar dari kenderaan mereka. Bergelap atas bukit. Kereta kami ni berada di tengah-tengah kesesakan. Dalam 3 km dari terowong. Tak taulah apa cerita kesesakan di bawah sana. Sesak sampai ke Sg.Petani kot,huhu.

Tak boleh jadi. Kalau boleh dilalui kenderaan, sure boleh bergerak walaupun macam semut. Hubungi Plusline sekali lagi. Depa bagitau TADANO baru sampai nak alihkan lori. Adusss...tak taulah pukul berapa laluan boleh clear. 

Syukurlah malam. Kalau siang, tak taulah macamana 2 Abdul mengeletik kepanasan. Waktu selesai type entry ni sudah pukul 12.48 malam. Line internet takde atas bukit ni, entah pukul berapa boleh publish. Kita nak lelap dulu dalam kereta.

P/S Salah jalan bercerun ke salah lori?

Artikel berkaitan:

Lama bukan penentu


Assalamualaikum wbt..


Masih cerita di SP.....

Rumah sewa dah dibersihkan. Ikut hati, tidur sajalah di situ. Astro dan Unifi belum terminate. Bayangkanlah, duduk rumah sambil tengok TV, sambil layari internet. Syok ooo..tak masak, tak mengemas, tak membasuh. Tapi, tikar je ada. Bantal selimut tak ada. 

Semalam, Encik Suami tak dapat cari tempat menginap di Sintok yang ok dimata dia (kena ingat, mungkin ok di mata oranglain). Ramai orang Siam katanya, betullah kot. Mem dia tak kisah sangat tapi lain pulak fikirnya bila melibatkan 2 Abdul. Risau pulak nak tinggalkan kami 3 beranak kat tempat agak sunyi berbanding di SP sementara dia bekerja.

Akhirnya, jam 10 malam tadi, kami check in satu hotel (bukan hotel kelmarin) berdekatan Lagenda Heights, SP. Kali ni tak bawa kereta yang expired road tax tu. Dok sini layan 2 Abdul yang sangat teruja nak berendam lagi. Jam 12 tengahari nanti, "Mamu" ambil kami dan hantar pulang ke rumah. Tunggu hingga Encik Suami selesai tugas dan seterusnya bertolak pulang ke Ipoh. Fuhhhh....semput dibuatnya sebagaimana semputnya kalian membaca...huhu.

Sambil memerhatikan gelagat 2 Abdul di air, lucu juga memikirkan yang kami sekarang "bercuti" di SP. Hampir 4 1/2 tahun di SP, bukan saja tak pernah mimpi malah tak teringin nak stay mana-mana hotel area SP. Hee....3 Abdul ( kecuali Anim) kini sudah rasmi jadi orang Ipoh. 

Rasa macam singkat, tapi masa bukan penentu. Kami seolah-olah dah duduk sini berpuluh tahun. Kalau diikutkan, puas menjelajah bumi Kedah ni. Ketika bercerita tentang pengalaman berada di Pulau Tuba, Langkawi atau Pulau Jerejak dengan geng bas sekolah, ada yang mengatakan mereka sendiri tak pernah jejak walaupun sejak lahir duduk Kedah. 

Pernahkah kita terfikir, lamanya kita berada di sesuatu tempat, adakah kita kenal tempat itu,  kita kenal jiran kita, kita kenal kawan setugas kita sepenuhnya? 20 tahun sekalipun, mungkin kita tak tahu bilangan anak lelaki@perempuan jiran atau ibu bapa rakan setugas kita. Anim tak kata kat oranglain, tapi diri Anim sendiri. Pengalaman tinggal 6 tahun di Johor (hometown) tidak digunakan sepenuhnya untuk mengenali mereka dan persekitaran sekeliling. Bila dah berpindah keluar, baru terasa kebenaran masa tak akan kembali. 

Sejak dari itu, setiap kali menetap di satu-satu tempat, seboleh-bolehnya kami nak kutip sesuatu dari tempat itu. Setiap tempat ada kelebihannya sendiri, pandai-pandailah kita mencungkilnya. Satu yang nampak ketara, masjid di SP. Dah lah cantik, banyak pula. Boleh dikatakan setiap taman ada masjid. Tepi jalan pula. Senang nak singgah solat. Setiap kali keluar ke mana-mana, walaupun untuk keluar makan atau beli barang harian,  agenda solat di masjid jadi keutamaan. Tak de soal, jom balik solat di rumah. Mem pun kena join. Dalam dua-dua kereta, kain telekung, kain pelikat atau kopiah sedia ada. Tak perlu nak keluarkan (melainkan untuk dibasuh). 

Alhamdulillah, kami dapat lihat "hasil"nya. Seawal umur mereka 9 tahun, mereka tahu macamana jadi jemaah masbuk, mereka faham mereka boleh ikut imam walaupun dah niat jamak (solat maghrib dan solat Jumaat). Mereka juga dah tau solat jenazah walaupun masih tak dapat beza jenazah lelaki@perempuan. Bukan nak  bangga, bukan compare dengan anak orang lain ( anak readers jauh lebih baik dari anak kami) tapi compare dengan Ummi dan abahnya sewaktu seusia dengan mereka dahulu. Bukan kata solat di masjid, p masjid pun tak pernah kecuali Jumaat.

P/S Kami akui tempat baru kami tu tak ramai orang kita , malah jiran sekeliling pun orang dema...tapi kami yakin, Allah pasti temukan "benda baru" untuk kami ambil peluang dan iktibar pada ujian dan dugaan yang bakal kami hadapi nanti. Doakanlah....

Artikel berkaitan:

Bahana ulang alik..


Assalamualaikum wbt...

Malam tadi, sebaik turun tol SP Selatan, singgah rumah dulu ambil Waja sebelum bergerak ke satu hotel di SP. Encik Suami kena bertolak awal ke Sintok. 2 Abdul pasti merungut jika seawal itu juga kami terpaksa balik ke rumah. Belum berkesempatan bercuti ke mana-mana. Dapat berendam dalam pool pun jadilah. Dah cukup membahagiakan mereka. Jalan terbaik, ambil kereta Anim dan ikut suka kami ber3 nak check out pukul berapa, heee.

Dek kerana Encik Suami tak dapat menemani kami ke majlis kahwin geng bas sekolah di Sedaka, Yan kerana urusan kerja (Ahad kan hari kerja di Kedah), Anim plan nak p dengan 2 Abdul sebaik check out. Terpandang sesuatu.......

Inilah bahananya asyik ke hulu ke hilir..tak sedar cukai jalan mati 10 hari yang lalu. 

Masha Allah, malam tadi dengan selamba mengekor kereta Encik Suami ke hotel di tengah bandar SP. Tengahari tadi, singgah KFC Drive Thru sebelum drive pulang ke rumah lihat cleaner yang ditugaskan bersih rumah . Dahla tu, otw balik tadi ternampak polis buat road block kat seberang jalan. Tertanya-tanya jugak, tak pernah-pernah polis wat road block kat situ, apa kes pulak hari ni. Huhu... kes naya kalau polis tu berada di jalan kami lalu tadi.Tak pasal-pasal kena saman. Kalau tak silap RM300 kan?.

Sudahnya terus park kereta senyap-senyap di rumah. Tak berani keluar dah. Nak renew road tax menda, dokumen ada di Ipoh .(Balik nanti p UTC no..). Tak jadi nak p Sedaka, tak dapat nak 'salam keruk'. Harap-harap, pengantin baru tak kecil hati. Bukan sengaja tak mau mai , huhu.

Cerita fasal 'salam keruk' ni, nak cerita "pengalaman baru" hadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan staff ofis Encik Suami di Ipoh semalam. Macam biasa, Anim jumpa isteri tuan rumah, memperkenalkan diri dan nak ' salam keruk'. Isteri tuan rumah menolak dan kata, ini majlis kesyukuran perkahwinan anaknya. Terkejut juga sebab tak biasa berdepan dengan tuan rumah yang menolak "salam keruk" di Johor. Begitu juga bila hadir makan kenduri di Kedah. 

Nak kata majlis simple tak juga sebab ada 3 khemah disediakan. Makanan pun guna katering. Setiap tetamu termasuk anak-anak dibekalkan pulang dengan goodies beg. 

Semasa berjalan pulang ke kereta, Encik Suami beritahu bapak pengantin kata kalau majlis anak lelaki dia terima tapi tidak majlis anak perempuan. Anak perempuan dia ni pelajar perubatan. Agaknya ini budaya orang Kelantan kot ya (dema orang sana). Tabik!! Pertama kali alami situasi begini. ^_^

P/S Orang Kedah, biasanya 'salam keruk' sebelum makan dan jumpa tuan rumah dulu. Kat Johor pulak, kami 'salam keruk' lepas makan.

Artikel berkaitan:

Tragedi Plaza Tol Sg.Dua dan Entry Tertangguh

Assalamualaikum wbt...

Siang tadi, sepatutnya selepas hadiri majlis kenduri kahwin anak staff ofis Encik Suami, kami berangkat pulang ke SP. Tapi, lepas makan nasi minyak, mengantukle pulak. Tangguh pula lepas Asar. 

                       
Dalam 9.20 malam dengan jarak 1km menghampiri Plaza Tol Sg.Dua, trafik bergerak sangat perlahan. Dari jauh nampak lampu di lorong tol, semuanya merah. Kesesakan luar biasa tidak seperti hujung minggu biasa. Hubungi Plusline (1800 88 0000 ) untuk bertanyakan apa berlaku. Kami ni pelanggan highway , memang "suka" call no tu kalau ada apa-apa yang tak kena kat jalan. Hinggakan serpihan tayar lori pecah kat tengah jalan pun, call Plusline. Penyibuk betul..

Dimaklumkan, ada accident dalam jarak 4km selepas Plaza Tol Sg.Dua . Traffik bukan perlahan dah. Stucked terus. Semua kenderaan dikehendaki berpatah balik. Kami ikut jalan dalam ke Plaza Tol Bertam. Itupun jammed juga. Malam minggu, hujan renyai pulak...kena lebih berhati- hati. Nasib baik juga dah booked hotel sebelum bertolak. Walhal pada awalnya bercadang nak walk in saja dengan alasan "berlambak hotel" kat SP.

Sebenarnya, rumah sewa kat SP tak sempat nak bersihkan lepas kerja-kerja mengangkut barang.  Cadang nak p bersihkanlah esok kerana Encik Suami pun ada kerja di Sintok selama 2 hari. Esok kalau dia jumpa tempat menginap yang ok di sana, kami stay situ pulak. Spesis nomad le katakan. 

Oh ya, hari tu Encik Suami suruh Anim called tuan rumah SP (perempuan). 1st time dengar suara dia. Bila Anim sebut "minta halal" atas perbuatan kami, jawapannya "Tak ape, buat macam rumah sendiri." Buatlah apa yang kami rasa selesa, dia tak kisah katanya. Lepas tu Anim wassap gambar pengubahsuaian tersebut.

Dari perbualan pertama itu, barulah tahu, yang duduk rumah dia tu dulu, bukan arwah adik tapi abangnya. Tersilap dapat sumber berita sebelum ni, huhu. Kemudian terkeluarlah cerita fasal pertukaran Anim yang belum lulus dan kemungkinan Anim pula menjadi "weekend wife/mum". 

Kemudian, dia called balik. Dia cadangkan Anim duduk rumah dia tu kalau ditakdirkan rayuan Anim tak lepas. (Anim cadang nak cari bilik sewa kat kampung tempat Anim mengajar). Dia kata, kat kampung tu Anim tak  biasa. Kalau kat rumah dia, Anim dah tau jiran kiri kanan. Kalau susah, ada tempat nak minta tolong. Betul jugakan? Nampaknya kunci rumah SP kami simpan dululah. 

Tuan rumah Ipoh pula, cikgu India, sudah 3 hari ulangalik rumah. Mula-mula fixed lantai bilik air 2nd floor . Lepas tu tukar pemegang pintu yang rosak. Kata Encik Suami, Mr.G dah pesan kalau ada sebarang kerosakan beritahu saja .

Semalam, wife Mr.G ikut sekali ke rumah. Jengok ruang belakang rumah. Pagar dah goyang. Rumput naik tinggi. Dalam 2,3 hari lagi dia akan datang cabut pokok yang ditanam penyewa terdahulu ( rumahnya hanya disewakan kepada orang Melayu sahaja).

Kami dah pun pasang plan kat ruang 6' x 20' di belakang rumah ni. Simen, naik tembok dan pasang awning . Kalau tuan rumah setuju, kami cadang nak upah orang. 

Bila suarakan hajat hati semalam, dema setuju. Dema kata nanti kami potong sikit-sikit dari  duit sewa rumah. Lega sangat sebab kali ni boleh share dengan tuan rumah. Maklumlah sewa kat Ipoh ni lebih sekali ganda sewa rumah di SP.  

  
Lupa nama pokok yang disebut tuan rumah. Kata dia, daunnya dibuat masak lemak dan digemari oleh orang Perak. Iya ke orang Perak?

P/S Lega.....sungguhpun berdepan tragedi Plaza Tol Sg.Dua dan main hentam saja meredah jalan gelap bersama deretan kereta lain, kami selamat tiba hotel on time, boleh berehat dan boleh publish entry tertangguh ini.

Artikel berkaitan:

UTC, Mykad dan Tafsir Al Quran


Assalamualaikum wbt..

Sibuk berkemas dan buat 2nd saringan barang untuk dibuang ( terlepas saringan 1 di SP). Namun faktor utama tak update entry dan BW bukan soal penat tapi line internet...huhu

3 hari lalu, celebrate birthday si Abdul sulung yang ke12. Ke Secret Recipe di AEON berdekatan rumah. Dah bujang dia. Rasa baru lagi menukar lampinnya.

 
Then, ke UTC Perak untuk buat Mykad dia. Ummi dia pun berhajat nak tukar Mykad jugak. Address kat I/C lama dah tak valid. Nama jalan di Peserai, Johor tu dah ditukar. Tak sampai 20 minit urusan borang dan ambil gambar selesai (esok hari ambil Mykad ). Terbaik UTC. Kat Kedah, di Alor Setar le ek gamaknya. 

Dek masih awal nak balik, ronda-ronda apa ada dalam UTC tu. Next time boleh p malam kerana kebanyakan kaunter beroperasi hingga 9.30 malam (Isnin-Khamis).

Singgah TMpoint . Bila checked, area kami tinggal takde Unifi rupanya (walhal town area, huhu). Nampaknya kena down grade ke Streamyx . Nak tukar takleh la sebab masih ada setahun kontrak. 

Kedai Buku 1Malaysia dikunjungi. Memang tak sah kalau keluar tangan kosong. Buku pertama, "Diari Seorang Diplomat". Membaca buku tulisan arwah Wan Ahmad Fadzil pastinya membawa perasaan bercampur baur kerana Allahyarham penulis tidak sempat melihat karyanya dibukukan.

Kedua, "Cinta sang Murabbi". Novel berdasarkan kisah pejuang Palestin, Sheikh Ahmad Ismail Yassin, lelaki berkerusi roda yang telah menggegarkan dunia.

Ternampak diskaun untuk Tafsir Ibnu Katsir di sini. Terbaik!! Kalau nak tau, sewaktu mencari2 tafsir Al Quran di SP, jumpa jugak 2 set tafsir oleh Ibnu Katsir (berlainan penerbit). Harga dalam RM700, tak ada diskaun sehingga RM 500 ++ macam kat Kedai Buku 1Malaysia ni.

Kebetulan tercerita fasal Tafsir Quran, kita share gambar yang di ambil di salah sebuah kedai buku di SP.Tafsir Ibnu Katsir ni kalau tak silap, RM900. Tapi kami tak beli kerana susah sikit nak faham. Kena berguru:-))

Tafsir Al-Azhar oleh Prof.Dr.Hamka ni pulak dalam RM300. Lupa nama penerbit. Guna bahasa Indonesia

Pilihan kami di SP tempohari ialah Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka terbitan Pustaka Nasional. Ada 10 Jilid dan guna bahasa Melayu. Harga lepas diskaun dalam RM500++. Lama dok cari bila Dr. Danial Zainal Abidin sering merujuk Tafsir Al- Azhar oleh Prof. Dr. Hamka dalam kuliah ilmunya di Tanyalah Ustaz.

P/S Buat entry panjang ni dalam kereta lepas ambil Mykad di UTC tadi. Area rumah asyik uploading berjam-jam. Bosan menunggu. .

Artikel berkaitan:

Angkut barang dulu...


Assalamualaikum wbt...

Suasana pagi Ahad. Janji 9 pagi, jam 8.30 pagi, lori sudah tiba. Kata Encik Suami, setakat ni orang Perak yang dikenalinya macam tulah ( takde istilah "Janji Melayu"). Tahniah orang Perak!

Bantuan dari staff ofis lama dan Nazri, jiran sebelah mencepatkan kerja. Maklum, campur 2 driver ada 11 orang yang membantu kerja-kerja memunggah barang naik lori. Alhamdulillah..jam 11.30 pagi, lori bertolak balik ke Ipoh. Selesai satu bab;-))

Pagi Isnin baru barang turun dari lori. Seperti dijanjikan, jam 9 pagi mereka tiba. Punctual orang Perak ni. Alhamdulillah, ada 10 orang yang membantu. Cepat kerja-kerja memunggah. Dema kerja lebih sikit dari orang SP sebab kena angkut naik hingga tingkat 2 dan 3, huhu.

Kata Si Abdul sulung, dia nak call skuad "Clean House".. Program channel berapa ek? Suka tengok. Pelan2 kita kerja. Yang penting, kerjasama..

P/S Kak Hjh Noralenna dan Vee, Anim dah called tuan rumah SP semalam. Nanti Anim cerita ek hasil perbualan. Tq, mama_ka0ri. Tak terfikir langsung nak wassap gambar. Kak dah buat semalam. Buat yang lain, sorrylah. Berhutang BW. Nanti Anim qadha no..

Artikel berkaitan:

Maafkan kami..maafkan kami..


Assalamualaikum wbt...

Entry ini ditujukan khas untuk tuan rumah sewa kami di Sg.Petani (macamlah dia baca!). 4 setengah tahun menyewa rumahnya, kami tak pernah bersua dan mendengar suara. Berhubung melalui SMS sahaja. Yang kami tahu, dia seorang guru, kini bermastautin di Kuantan mengikut suaminya. (Dapat tahu, rumahnya tak terlibat banjir). Menurut cerita tetangga, rumah ini dulu didudukki oleh arwah adik lelakinya . Kemudian bila isteri arwah adiknya pulang ke kampung, bertukar ganti penyewa.

Maafkan kami..maafkan kami kerana buat rumah cikgu macam rumah kami sendiri. Sebenarnya ada beberapa pengubahsuaian dan penambahan yang kami "lakukan" tanpa pengetahuan dan keizinan cikgu. Bukan setakat mengecat semula dinding rumah berwarna shocking pink (khabarnya penyewa sebelum kami ialah perempuan bujang) ke warna putih saja...

Cikgu tau tak kejadian pada tahun 2009, ketika kami baru berpindah masuk? Rumah kami dipecah masuk. Duit raya 2 Abdul dan baki duit raya berjumlah RM 900 yang belum sempat dibank in, 1 digital kamera dan jamtangan Power Ranger si Abdul kecil sudah lesap.

Yang pelik, komputer riba, handphone dan jam tangan berjenama Encik Suami elok je terletak di tempatnya. Kami syak ini kerja budak-budak nakal cari duit raya.

1)Rentetan dari itu, kami pasang pintu bergrill berdekatan pintu dapur. Sebelum tu kawasan ni ternganga sahaja.

2) Buat pintu kat pagar belakang. Senang nak menebas dan meracun lalang di belakang. Takut ada binatang berbisa. Kemudian, kami bina "zoo" bawah pokok buah mata kucing

3)Pasang awning di tepi rumah. Senang nak sidai baju musim hujan.

4) Tukar sinki beserta rak dapur. Yang asal dah nak roboh.

5) Simen sedikit kawasan berumput . Senang nak park motor dan letak buaian di situ. Kawasan porch tu dah sesak benar.

6) Pagar ni dah 2 kali repair. Sudah dua kali tumbang. Kata jiran sebelah, sebelum kami pindah masuk, pernah tumbang hempap anak penyewa. Berjahit juga kepalanya. Aduii...kesiannya. Nasib baik waktu pagar ni tumbang tak hempap 2 Abdul. Tapi...

Hempap body Waja kita tau!. Nampak tak 3 lekuk yang sampai la tak p ketuk...huhu....

Tapi kita percaya Encik Suami tak claimed atau beritahu cikgu. Dia pernah kata, kesian kat cikgu sebab bayaran rumah sewa cikgu yang kami duduk ni, mungkin 1/3 sahaja dari jumlah bayaran pinjaman yang cikgu kena bayar (jangkaan orang makan gaji macam kami).. Maklum..kat SP, harga rumah boleh tahan mahal tapi sewanya rendah.

Kita faham sangat dah. Masa duduk Selangor, ada budak muda langgar kereta dia, bapak budak tu janji nak bayar 2 kali ansuran (tak bagi report) ,tapi separuh bayaran saja diterima. Kita "bising" juga suruh minta baki bayaran tapi dia "malu" nak minta. Orang kita, katanya.

Tu yang kita nak minta maaf banyak-banyak bagi pihak Encik Suami. Kita minta dia maklumkan pada cikgu sebelum kami melangkah keluar dan serahkan kunci rumah akhir bulan ini kat jiran sebelah macam cikgu suruh (tengoklah..senang betul dapat tuan rumah macam cikgu). Tapi dia kata, tak payahlah. Aduiii...kita bukan nak tuntut bayaran, cuma minta halalkan pengubahsuaian dan penambahan rumah yang kami lakukan. 

P/S  Pagi ini , in sha Allah, angkut barang naik lori. Kita ingat nak sms kat cikgu, bagi url blog kita (nak suruh baca) tapi kita serba salah. Senang sebab ada gambar sekali. Kalau kita sms atau bagitau mulut, payah kot cikgu nak faham sebab cikgu tak pernah tinggal di rumah ini. Camne ek?

Artikel berkaitan:

Berkemas..berkemas..berkemas


Assalamualaikum wbt..

Kita tahan lori yang kutip barang lusuh. What??? Kertas dalam bentuk buku/majalah, 10 sen sekilo. Kertas suratkhabar pula 20 sen sekilo.

Kita kata kat Ane, pembeli barang lusuh tu, buku ni dia boleh baca. Ane jawab, kat tempat dia penuh buku tak larat baca, heee. Adooi...berat kertas buku 37 kilogram=RM 3.70. Nak pekena Nasi Kandar pun tak lepas, huhu.

Satu lagi Ane kata kalau nak harga tinggi sikit, bawalah sendiri kat pusat pengumpulan. Boleh dapat 22 sen sekilo. Malas pulak nak mengangkut. Kalau barangan plastik, boleh dapat 50 sen sekilogram.

Lepas solat Jumaat, panggil tukang untuk tanggal benda yang dipasang di dinding. Airconditoner, penyidai kain aluminium dan rak di dapur , kena tanggal dan nak angkut ke Ipoh. Sayang nak tinggal. Tapi bila tukang tu balik, baru teringat, water heater di bilik mandi. Laaa...terlupalah...(mesti ada yang kata, susah-susah sangat, tinggalkan sajalah)

Sebenarnya bila sebut fasal pindah ni, ada barang yang kita rasa tak mahu dibawa. Nak offer kat oranglain, serba salah. Bimbang dikata kita bagi benda yang tak elok, dah rosak. Nak dibuang dan dibakar, rasa sayang.Bukan juga saja nak penuhkan rumah di Ipoh dengan perabot baru kerana rumah itu pun sewa juga. Cuma nak angkut-angkut lagi, takut barai naik turun lori.

Setakat ni dah kenalpasti perabot yang nak ditinggal. Meja makan kayu getah dah offer kat tukang tanggal airconditioner tadi. Kabiner di dapur pula milik bibik Indon cleaner yang mai rumah ikut jam. Rak stainless steel bawah sinki ni nampaknya milik tuan rumah. Payah nak cabut. Lagipun kami tukar sinki sebelum ni yang sudah senget tanpa pengetahuan dan keizinannya.

P/S  In sha Allah, hujung minggu ini, kami angkut barang ke Ipoh.

Artikel berkaitan:

Peserta Mimbar Pencetus Ummah itu Tok Guru saya


Assalamualaikum wbt....

Lamanya tak bersiaran.Terima kasih buat readers yang sudi singgah walaupun tak ada entry baru. Dok Ipoh takde line internet. Balik SP..rancaklah semula.

Sudah tentu sepanjang minggu ini, banjir buruk yang melanda Kuantan menjadi tajuk perbualan. Anim doakan semoga mereka yang terlibat sabar dengan musibah yang melanda. Message teman blogger Ita, Nea Lopah dan Najmiah yang tinggal di Pahang. Ita tidak terlibat banjir namun Nea dan Najmiah tiada berita. Semoga Allah permudahkan urusan dan kehidupan mereka semua.

Baru selesai tonton Mimbar Pencetus Ummah Musim ke 3, setiap Khamis jam 9.00 malam di ASTRO Oasis.

Lama tak ikuti kuliah Ustaz Shahul Hamid sejak dia "dikurung" menjadi peserta Mimbar Pencetus Ummah, Astro Oasis.  Entry bersama Ustaz Shahul yang boleh dijengok andai berkesempatan (ijazah serban. malam 1 Safar 1434H dan Majlis Pecah Tanah). Ada dua, tiga entry lain lagi yang berkaitan.


Berpeluang dengar "kuliah" Ustaz di TV bila balik SP sebab ASTRO belum terminate lagi. Tagline Ustaz Shahul, "Jom mengaji (belajar). Kalau tak mengaji, ceroi"

Bagi yang menonton Musim Ke 2 minggu lalu, pasti teringat akan kedua ibubapa arwah Ahmad Ammar b. Ahmad Azam yang diundang naik ke pentas.

Seperti Dr.Ridzuan Tee, kita pun sedih sangat  bila ayah arwah Ammar dalam sebak menyebut  dia menyangka anaknya itu yang akan menyembahyangkan jenazahnya kelak.

Namun wanita ini amat mengagumkan Anim. Tabahnya hati seorang ibu. Redhanya pada arwah Ammar diungkapkan. Dalam kita mengagumi Ammar yang kita kenali setelah ketiadaannya berbanding semasa hidupnya,mungkin kita perlu kenali ibu yang mengandungkan arwah Ammar. 

Tertanya-tanya, apakah amalannya, bagaimanakah didikannya dalam membesarkan anak muda sehebat arwah Ammar. Lihat saja ketabahan ibunda Nabi Ismail, Siti Hajar dan hebatnya ibu Nabi Isa, Maryam yang diceritakan dalam Quran. 

Moga Ammar tenang di sana. Al fatihah buat arwah Ammar.

P/S   Doakan kejayaan Ustaz Shahul. Kita sokong Tok Guru kita tau.. Go Shahul go...eeh...eeh.... eeh..Ustaz Shahul

Artikel berkaitan: