Home · About Me · Sitemap ·

Beriman selamat, mendustakan celaka


Assalamualaikum wbt..

Dah terlepas 2 episod Mimbar Pencertus Ummah. Last week, dapat tau PU Shahul berada di antara 3 peserta terendah. Malam tadi tersenyum lega bila baca komen Bonda di WhatsApp. Moga-moga PU Shahul terus berada di antara yang terbaik. Mudah-mudahan hasrat yang dimaklumkan pada jemaah masjid Taman Keladi di kuliah terakhirnya 2 bulan lalu untuk menggunakan wang kemenangan yang bakal diperolehi, untuk menambah dana bagi pembinaan Perkampungan Islam Filfilani di Balik Pulau ( ada dalam entry sebelum, guna iPad tak reti nak link) dimakbulkan Allah.

Memang tak dinafikan pendakwah yang menggunakan pendekatan lembut dan lucu sering menambat hati penonton. Namun pada pendapat Anim, tak semua orang boleh "tersedar" atau terkesan dengan cara begitu. Mungkin suka dengar, terhibur tapi ianya berakhir setelah selesai menonton. Setiap dari kita berlainan penerimaannya. Ada di antara kita terkesan kerana mengidamkan keindahan balasan syurga, manakala ada yang terkesan kerana takutnya dengan ancaman azab neraka.

Membaca Tafsir Al -Azhar oleh Prof.Dr. Hamka bagi surah Al-Mursalat (Yang Diutus) yang mempunyai 50 ayat pendek tapi masha Allah, mempunyai 10 kali peringatan, dan tiap-tiap akhir dari peringatan itu ditekankan bahwa di hari kiamat kelak, celaka besarlah yang akan diderita oleh orang-orang yang mendustakan.

Peringatan 1: Tentang perubahan besar yang akan terjadi di dunia ini bila kiamat itu telah ditentukan.
Peringatan 2: Akibat yang diderita oleh orang dulu-dulu kerana tidak mahu mengacuhkan peringatan yang disampaikan Tuhan dengan perantaraan Nabi-nabiNya.
Peringatan 3: Tentang asal-usul kejadian manusia, sejak dari segumpal air, sampai dikandung dalam rahim menurut qadar yang telah ditentukan.
Peringatan 4: Tentang keadaan bumi dengan gunung-ganang dan sungai-sungainya yang mengalir untuk kesuburan hidup manusia.
Peringatan 5: Tentang azab siksaan dan ancaman yang akan diterima oleh sesiapa yang mendustakan.
Peringatan 6 & 7: Membayangkan betapa kebingungan yang akan menimpa diri orang-orang yang tidak mahu menuruti jalan yang benar itu kelak.
Peringatan 8: Bahagia yang akan dirasakan dan nikmat yang akan diterima oleh orang-orang yang bertaqwa
Peringatan 9: Peringatan singkat tetapi penuh ancaman kepada orang-orang yang mendustakan itu, bahwa kalau mereka berbangga dengan kedurhakaan, itu hanya akan mereka rasakan sebentar.
Peringatan 10: Sekali lagi catatan tentang orang yang mendustakan, jika disuruh ruku' atau tunduk kepada Tuhan,mereka masih saja mengangkat muka kerana sombong.

Penutup adalah pertanyaan yang penuh ancaman juga:"Kata-kata macam apa lagi yang akan dikatakan supaya mereka mahu beriman...?

P/S Bunyinya keras, ancamannya seram dan jalan yang lain akan dipilih tidak ada, kecuali dua. Beriman atau mendustakan?

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Beriman selamat, mendustakan celaka"

  1. Dalam berdakwah kena bijak...serius dan jenaka perlu kena pada tempat dan isunya.
    Semoga beriman adalah pilihan dari mendustakan.

    BalasPadam
  2. Bila hati telah gelap makanya apa yg tertulis hanya di baca sebagai bacaan biasa tanpa ada makna yg meresap dalam jiwa.

    BalasPadam
  3. Peringatan tentang hari kaiamat itu perlu diulang-ulang selalu bagi mengingatkan kita. Kalau lihat sekarang terasa uzurnya bumi Allah ni Anim.

    Mujur masih ada ulama' dan pendakwah yg tidak serik memberi peringatan.. doa mereka tempiasnya pada semua. Apa lagi yg mungkar sana-sini semakin bermaharajalela.

    Kakak tak tonton sebab tak pasang pun astro. Kalau nak tengok kena ke youtube.

    BalasPadam
  4. kami di kg tade astro.. kena tengok yuotube. itupn sangkut2.. line tenet xberapa clear.

    semoga kita memilih untuk beriman. takut pulak rasa..

    BalasPadam
  5. Alaaa tak follow lah. anak asyik layan katun je susah nak tukar chanel :(

    BalasPadam
  6. tak follow la kak sbb anak anak asyik layan disney junior je..

    BalasPadam
  7. semoga kita tergolong dalam org2 yang beriman ya kak...amin..

    p/s iklan : utk sesiapa yg xde astro boleh masuk astro njoi yg free bulanan..xde channel kartun hanya ada yg basic dan bermanfaat mcm channel2 lain termasuk tv al hijrah dan astro oasis..saya bukan agen ye.. cuma pelanggan yg nak berkongsi kemudahan je.. ;)

    BalasPadam
  8. sy selalu terlepas tgok citer ni...so takde la ikut sgt. tapi kenkwn kat opis ada juga citer..sy dengar je..nnti bole la tgok ulangan dia

    BalasPadam
  9. Anim Alhamdulillah, knah xmiss tengok PU. rancangan ilmu yang penuh peringatan..perasaannya sama macam duduk dalam ESQ 165 dulu..menusuk hati sampai mengalir air mata.kalau miss Anim boleh tengok ulangan pada esoknya.. =)

    BalasPadam
  10. saya pun dah 3 minggu terlepas dengan PU ni kak..rugi kalo tak tengok rancangan macam ni..

    BalasPadam
  11. kat umah kami takde astro kak anim..tak pernah tgk..tapi terima kasih sebab kak anim berkongsi di sini..peringatan utk kita semua...

    kak anim..entry ni menjawab persoalan kak anim mengenai biskut yg sy jual tu..
    http://ka0rist0ry.blogspot.com/2013/12/jangan-risauhalal-untuk-dimakan.html

    harap membantu..:)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum cikgu
    saya selalu tengok siaran PU tertunda...rancangan yang menarik.

    BalasPadam
  13. Sy ikut Pencetus Ummah ni kak...tiap2 minggu tgk..
    sokong PU Shahul, PU Yeop, PU Salman & PU Rahmat.. tapi mmg semua best2 lah kan..hehe..
    TQ sharing peringatan tu..sgt bermanfaat Kak :)

    BalasPadam
  14. assalamualaikum wbt.

    kak, PU ne yang ada DJ Abby ngn Ustaz Kazim selaku juri tu ke?

    BalasPadam
  15. Program terbaik pencarian pendakwah modern ...like..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai