Home · About Me · Sitemap ·

Tragedi di highway lagi


Assalamualaikum wbt...

Kalau Sabtu lepas, sewaktu kami otw pulang ke SP, ada lori melintang di lebuhraya selepas Plaza Tol Sg Dua dan sebabkan kesesakan luarbiasa hingga lalulintas kedua hala ditutup....

Kejadian sama berlaku otw kami pulang semula ke Ipoh.  Jam 11 malam, dalam jarak 2 km menghampiri terowong menora menuju ke Ipoh, kesesakan luarbiasa dihadapan. Dekat setengah jam juga terperangkap atas bukit. Bila telefon Plusline, diberitahu ada lori terbalik tetapi  jalan masih boleh dilalui. 

Kasihan, ternampak satu kereta (family Melayu) tak boleh start enjin dilorong tengah. Macamana pihak PLUS nak bantu depa agaknya. Malam, kiri kanan gaung. 

Buat mereka yang biasa gunakan laluan ini, pasti sedar banyaknya bilangan lori yang berada di highway di waktu malam. Ada sesetengahnya tu, kita tengok pun takut. Selalu "perasan' dia tu kereta, bukan lori besar bawa muatan. Laju dan suka memotong...

Satu jam berlalu. Trafik masih belum bergerak. Semua kenderaan termasuk kereta kami dah matikan enjin, matikan lampu. Minyak tinggal separuh. Risau ooo...Ramai pemandu dan penumpang keluar dari kenderaan mereka. Bergelap atas bukit. Kereta kami ni berada di tengah-tengah kesesakan. Dalam 3 km dari terowong. Tak taulah apa cerita kesesakan di bawah sana. Sesak sampai ke Sg.Petani kot,huhu.

Tak boleh jadi. Kalau boleh dilalui kenderaan, sure boleh bergerak walaupun macam semut. Hubungi Plusline sekali lagi. Depa bagitau TADANO baru sampai nak alihkan lori. Adusss...tak taulah pukul berapa laluan boleh clear. 

Syukurlah malam. Kalau siang, tak taulah macamana 2 Abdul mengeletik kepanasan. Waktu selesai type entry ni sudah pukul 12.48 malam. Line internet takde atas bukit ni, entah pukul berapa boleh publish. Kita nak lelap dulu dalam kereta.

P/S Salah jalan bercerun ke salah lori?

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Tragedi di highway lagi"

  1. kasihannya. Sabar ajelah bila keadaan jadi macam inilkan akak.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Kak anim, betul... memang highway tu menakutkan dan menyeramkan...
    nasib baik akak tak stuck dalam terowong... itu lagi mencemaskan.
    saya takut betul lalu terowong tu kalau time sesak cam raya ke, cuti sekolah ke... takut stuck...
    bahaya sebab ayah saya ada asthma.... dalam terowong tu boleh bagi orang athma sesak nafas....
    eeee nauzubillah....

    BalasPadam
  3. Sentiasa berhati-hati dengan lori besar-besar ni lagi-lagi waktu malam. ngeri juga dengar pasal kemalangan ni..takut.

    BalasPadam
  4. salah lori lah.hmm tapi ntah lah kan.kalo salah kan lori.nt lori nk lalu mana pulak kan.

    BalasPadam
  5. kasihannya kak anim.. aiza paling risau kalau memandu pada waktu malam.. selalu tengok lori dan bas dipandu laju dan memotong sesuka hati mereka.. dah la kereta aiza kereta viva je, ngeri juga kalau berselisih..

    BalasPadam
  6. erm! sslu sgt jadi kejadian mcm ni kat lebuh raya kan kak.. tapi tu lah bila byk lori susah sikit...nasib baik takde apa2...dugaan betul...

    BalasPadam
  7. tp kdg2 dlm berhati2 pun kena gak xcident...dah takdir kita mcm tu kan?

    BalasPadam
  8. dah tu k.anim.. pukul berapa baru gerak balik nih.. kalau lori memang bawak laju. dorg tak perasan kelajuan kot.. sebab besar kan.. abg ipar bawak lori. bila bawak keta pun laju. sebb dah biasa bawak lori..

    BalasPadam
  9. alahai susahnyer yerk... entahler salah siapakan.. tapi memang susahler kalau selalu sangat berlakunyer...

    BalasPadam
  10. sempat juga akak menulis blog yer..memang kalo tengok lori takut sangat..dah la muatannya banyak, kadang2 berlebih plak tu..

    BalasPadam
  11. Tahun 2010 dulu rasanya ada kes macam ni gak kat terowong tu sampai kete kena matikan enjin tak bergerak langsung... hubby dari SP ke KL stucked lamaaaaa kat situ sebab accident selepas terowong ke KL....

    BalasPadam
  12. Belum pernah kena jem sampai terhenti berjam2.
    Tengah malam pula tu...nasib baik ramai orang...hehe Mcm2 juge dgar cite seram kat terowong tu.

    BalasPadam
  13. sy tgk kt tv psl eksiden ni...sy dpt byg kn mcm mn ddk dlm kereta yg x bergerak2..krem kaki!

    BalasPadam
  14. Kak Anim kalau kat terowong tu sellau jadi macam2 paling kerap Aina kena lori rosok betul2 dlaam terowong bayangkanlah kalau time puncak jemnya hanya Allah yg tahu.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai