Home · About Me · Sitemap ·

Bahana ulang alik..


Assalamualaikum wbt...

Malam tadi, sebaik turun tol SP Selatan, singgah rumah dulu ambil Waja sebelum bergerak ke satu hotel di SP. Encik Suami kena bertolak awal ke Sintok. 2 Abdul pasti merungut jika seawal itu juga kami terpaksa balik ke rumah. Belum berkesempatan bercuti ke mana-mana. Dapat berendam dalam pool pun jadilah. Dah cukup membahagiakan mereka. Jalan terbaik, ambil kereta Anim dan ikut suka kami ber3 nak check out pukul berapa, heee.

Dek kerana Encik Suami tak dapat menemani kami ke majlis kahwin geng bas sekolah di Sedaka, Yan kerana urusan kerja (Ahad kan hari kerja di Kedah), Anim plan nak p dengan 2 Abdul sebaik check out. Terpandang sesuatu.......

Inilah bahananya asyik ke hulu ke hilir..tak sedar cukai jalan mati 10 hari yang lalu. 

Masha Allah, malam tadi dengan selamba mengekor kereta Encik Suami ke hotel di tengah bandar SP. Tengahari tadi, singgah KFC Drive Thru sebelum drive pulang ke rumah lihat cleaner yang ditugaskan bersih rumah . Dahla tu, otw balik tadi ternampak polis buat road block kat seberang jalan. Tertanya-tanya jugak, tak pernah-pernah polis wat road block kat situ, apa kes pulak hari ni. Huhu... kes naya kalau polis tu berada di jalan kami lalu tadi.Tak pasal-pasal kena saman. Kalau tak silap RM300 kan?.

Sudahnya terus park kereta senyap-senyap di rumah. Tak berani keluar dah. Nak renew road tax menda, dokumen ada di Ipoh .(Balik nanti p UTC no..). Tak jadi nak p Sedaka, tak dapat nak 'salam keruk'. Harap-harap, pengantin baru tak kecil hati. Bukan sengaja tak mau mai , huhu.

Cerita fasal 'salam keruk' ni, nak cerita "pengalaman baru" hadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan staff ofis Encik Suami di Ipoh semalam. Macam biasa, Anim jumpa isteri tuan rumah, memperkenalkan diri dan nak ' salam keruk'. Isteri tuan rumah menolak dan kata, ini majlis kesyukuran perkahwinan anaknya. Terkejut juga sebab tak biasa berdepan dengan tuan rumah yang menolak "salam keruk" di Johor. Begitu juga bila hadir makan kenduri di Kedah. 

Nak kata majlis simple tak juga sebab ada 3 khemah disediakan. Makanan pun guna katering. Setiap tetamu termasuk anak-anak dibekalkan pulang dengan goodies beg. 

Semasa berjalan pulang ke kereta, Encik Suami beritahu bapak pengantin kata kalau majlis anak lelaki dia terima tapi tidak majlis anak perempuan. Anak perempuan dia ni pelajar perubatan. Agaknya ini budaya orang Kelantan kot ya (dema orang sana). Tabik!! Pertama kali alami situasi begini. ^_^

P/S Orang Kedah, biasanya 'salam keruk' sebelum makan dan jumpa tuan rumah dulu. Kat Johor pulak, kami 'salam keruk' lepas makan.

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "Bahana ulang alik.."

  1. Emmm..CM dah jadi ex SP, Anim pun la kan..walaupun belum 100% he he..CM dah terbiasa salam keruk semasa nak balik.. orang kita kata 'nyumbang' kan...

    BalasPadam
  2. sebenarnya kalau kita niat sedekah makan lagi bagus kan . tapi rm kena kuat lah ...

    BalasPadam
  3. kat perak panggil 'salam kaut', biasa tetamu salam dengan tuan rumah masa sebelum makan

    BalasPadam
  4. 1. Habislah patah kaki sementara waktu ye Anim
    2. Betullah kalau kat Johor dah macam tradisi salam keruk bila nak balik tinggalkan majlis. Salutelah dgn mereka tu.. baru betul mahlis kesyukuran tu.

    BalasPadam
  5. hehehe.. biasalah tu !

    BalasPadam
  6. sy biase nyumbang mase majlis kawen ngn cukur jambul jek..

    BalasPadam
  7. hahaha...smp cmtu skali kan kak xsedar ckai jalan dh mati

    BalasPadam
  8. Hahaha...kadang-kadang sibuk boleh terlupa kan. Tapi, kena berhati-hatilah.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai