Home · About Me · Sitemap ·

UTC, Mykad dan Tafsir Al Quran


Assalamualaikum wbt..

Sibuk berkemas dan buat 2nd saringan barang untuk dibuang ( terlepas saringan 1 di SP). Namun faktor utama tak update entry dan BW bukan soal penat tapi line internet...huhu

3 hari lalu, celebrate birthday si Abdul sulung yang ke12. Ke Secret Recipe di AEON berdekatan rumah. Dah bujang dia. Rasa baru lagi menukar lampinnya.

 
Then, ke UTC Perak untuk buat Mykad dia. Ummi dia pun berhajat nak tukar Mykad jugak. Address kat I/C lama dah tak valid. Nama jalan di Peserai, Johor tu dah ditukar. Tak sampai 20 minit urusan borang dan ambil gambar selesai (esok hari ambil Mykad ). Terbaik UTC. Kat Kedah, di Alor Setar le ek gamaknya. 

Dek masih awal nak balik, ronda-ronda apa ada dalam UTC tu. Next time boleh p malam kerana kebanyakan kaunter beroperasi hingga 9.30 malam (Isnin-Khamis).

Singgah TMpoint . Bila checked, area kami tinggal takde Unifi rupanya (walhal town area, huhu). Nampaknya kena down grade ke Streamyx . Nak tukar takleh la sebab masih ada setahun kontrak. 

Kedai Buku 1Malaysia dikunjungi. Memang tak sah kalau keluar tangan kosong. Buku pertama, "Diari Seorang Diplomat". Membaca buku tulisan arwah Wan Ahmad Fadzil pastinya membawa perasaan bercampur baur kerana Allahyarham penulis tidak sempat melihat karyanya dibukukan.

Kedua, "Cinta sang Murabbi". Novel berdasarkan kisah pejuang Palestin, Sheikh Ahmad Ismail Yassin, lelaki berkerusi roda yang telah menggegarkan dunia.

Ternampak diskaun untuk Tafsir Ibnu Katsir di sini. Terbaik!! Kalau nak tau, sewaktu mencari2 tafsir Al Quran di SP, jumpa jugak 2 set tafsir oleh Ibnu Katsir (berlainan penerbit). Harga dalam RM700, tak ada diskaun sehingga RM 500 ++ macam kat Kedai Buku 1Malaysia ni.

Kebetulan tercerita fasal Tafsir Quran, kita share gambar yang di ambil di salah sebuah kedai buku di SP.Tafsir Ibnu Katsir ni kalau tak silap, RM900. Tapi kami tak beli kerana susah sikit nak faham. Kena berguru:-))

Tafsir Al-Azhar oleh Prof.Dr.Hamka ni pulak dalam RM300. Lupa nama penerbit. Guna bahasa Indonesia

Pilihan kami di SP tempohari ialah Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka terbitan Pustaka Nasional. Ada 10 Jilid dan guna bahasa Melayu. Harga lepas diskaun dalam RM500++. Lama dok cari bila Dr. Danial Zainal Abidin sering merujuk Tafsir Al- Azhar oleh Prof. Dr. Hamka dalam kuliah ilmunya di Tanyalah Ustaz.

P/S Buat entry panjang ni dalam kereta lepas ambil Mykad di UTC tadi. Area rumah asyik uploading berjam-jam. Bosan menunggu. .

Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "UTC, Mykad dan Tafsir Al Quran"

  1. salam kak aneem..boleh tahan juga harga buku2 tu tapi takpa ilmu yg sangat berguna dan banyak manfaatnya..

    BalasPadam
  2. byk shopping buku kak anim...cemane ngan umah baru? seronok? mesti mengemas tak habis lagi kan?

    BalasPadam
  3. waahhh memborong tafsir ya kak? ms kt pesta buku @ jakarta, tafsir2 begini mmg murah! nk beli dgn x je

    BalasPadam
  4. Salam,
    Mudahnya buat Mykad. Sempat juga akak update blog walaupun sibuk.

    BalasPadam
  5. Salam hujung minggu...hensem siAbdul tu...dah bujang dah ekk.. :)

    BalasPadam
  6. dah besar abdul sulung.. selamat hari lahir dan semoga membesar jadi anak yang soleh.. banyak juga diskaun untuk tafsir itu.. tak sabar nak membaca cerita kak mengenai rumah sewa baru itu..

    BalasPadam
  7. dah besar abdul sulung ek.. cinta sang murabbi tu macam best jer..

    BalasPadam
  8. cepat jer . saya tukar alamat kat sini amik masa sebulan ... tak aci tul .

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai